Ejen Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ejen Ali
GenreAnimasi, Aksi, Cereka sains, Misteri
FormatAnimasi
PenciptaUsamah Zaid Yasin
Faiz Hanafiah
Nazmi Yatim
Syafiq Isa
Fuad Md Din
Dibangunkan oleh
WAU Animation
Ditulis olehUsamah Zaid Yasin
Faiz Hanafiah
Nazmi Yatim
Fuad Md Din
Shafiq Isa
Andi Abdul Ghani
Ghazali Omar
Adam Amiruddin
Faqihin Muhd Fadzlin (lakon layar)
PengarahUsamah Zaid Yasin
Pengarah kreatif
Nazmi Yatim
Shafiq Isa
Adam Amiruddin
Pelakon suara
Ida Rahayu Yusoff[1]
Shafiq Isa
Azman Zulkiply
Azuan Wanji Shamsir
Noorhayati Maslini Omar
Nurul Radhiah Ibrahim
Megat Zahrin Megat Hisham
Roshilawati Razlan
Salina Salmee
Nor Meirysha Nurol Ashikin
Usamah Zaid Yasin
Sarah Azman
Iliyas Abdull Latif
Aina Nadzir
Muhammad Zulhilmi
Azi Shafian
Haziq Khushairi
Syahrul Matnizam
Ain Hafizah
Mohammed Haziq
Khairul Anwar Suwandi
Syuhadah Hysham
Shafiqah Zulkefli
Iqbal Mustaqim
Fadhli Abu Shafian
Nur Atika Abdullah
Hakim Kamal
Lagu pembukaanEjen Ali Intro
Lagu penutupEjen Ali Ending
PenggubahAzri Yunus
Hakim Kamal
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim3
Bilangan episod39 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifUsamah Zaid Yasin
Dato' Khairul Anwar Salleh
Nini Yusof
PenerbitMohd Faiz Hanafiah
Aziemah Azman
Andrea Lok
PenyuntingUsamah Zaid Yasin
Nazmi Yatim
Reuban Singham
Tempoh siaran21 min/episod (Musim 1)
22-23 min/episod (Musim 2)
21 min/episod (Musim 3)
Syarikat penerbitan
WAU Animation
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios (Media Prima Berhad)
Disney+ Hotstar (Musim 3)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (S1-S3)
Disney+ Hotstar (S3)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audio5.1
Siaran asal8 April 2016 - 28 Januari 2023
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan WAU Animation

Ejen Ali merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama WAU Animation dan ditayangkan secara perdana di TV3 mulai 8 April 2016. Kisahnya mengenai seorang murid Darjah Enam bernama Ali yang menjadi seorang ahli perisikan untuk sebuah pertubuhan rahsia secara terpaksa kerana tidak sengaja melibatkan diri dengan misi pertubuhan tersebut menentang musuh.

Siri ini diterbitkan dalam format HDTV. Ejen Ali merupakan siri animasi pertama yang dijadikan harta intelek Media Prima Berhad (MPB).[2] Ejen Ali ditayangkan di China juga menerusi Tencent Video dan Amazon Prime di seluruh dunia.[3]

Selain di TV3, siri ini juga ditayangkan di saluran Media Prima yang lain iaitu TV9 dan NTV7

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Ejen Ali mengisahkan seorang murid sekolah rendah yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang ejen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency). Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Dos dan Trez cuba mendapatkannya semula tetapi dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem I.R.I.S sehingga hanya dirinya sahaja yang mampu menggunakan alat tersebut. Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baharu M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya daripada sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan baharunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.[4]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Idea menghasilkan siri animasi ini datang kepada Usamah Zaid Yasin, pengarah dan penulis skrip, selepas menubuhkan WAU Animation pada 2013. Untuk jalan cerita, beliau dan pasukan beliau menonton filem, siri animasi dan membaca novel tentang perisikan. Penghasilan Ejen Ali mengambil masa dua tahun sebelum kerja-kerja produksi bermula pada Julai 2015. Berkaitan nama yang dipilih dalam siri ini, Usamah berkata bahawa Ali merupakan nama yang ringkas dan banyak digunakan dalam buku teks. Mereka pening pada mulanya untuk memilih nama yang ringkas dan akhirnya Ali telah dipilih.[5]

Pada mulanya, WAU Animation bercadang untuk menjadikan Ejen Ali sebagai projek filem, tetapi disebabkan oleh kesukaran mendapatkan pelaburan dan selepas berbincang dengan pelbagai pihak dan beberapa maklum balas, mereka merasakan bahawa ia satu kerugian jika mereka hanya menjadikan ia sebagai satu filem sahaja kerana konsepnya amat luas. Mereka merancang untuk mengembangkan siri ini sekurang-kurangnya sehingga 5 musim, kemudian filem pula bakal menyusul.[6]

Musim ketiga Ejen Ali telah bersiaran pada 25 Jun 2022 dengan tayangan perdana di laman penstriman Disney+ Hotstar.

Ejen Ali musim ketiga terbahagi kepada dua bahagian, iaitu episod 1 hingga 7 pada 25 Jun hingga 6 Ogos 2022, manakala episod 8 hingga 13 mulai 24 Disember 2022 hingga 28 Januari 2023.

Episod[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Ejen Ali semakin cergas dengan misinya di M.A.T.A. Tetapi, konflik timbul apabila Ali tahu bukan lagi dia seorang sahaja yang mampu menguasai I.R.I.S. Kini M.A.T.A. telah menaiktarafkan I.R.I.S. kepada I.R.I.S. NEO yang akan dijadikan peranti asas bagi semua ejen. Ini membuatkan Ali persoalkan kebergunaannya dalam agensi M.A.T.A. Ketika ini, seorang individu bernama Niki mendekati Ali dan mendakwa dia tahu sebab kehilangan ibunya. Sekarang, Ali perlu lakukan misi aksi dan merungkai misteri ini yang mengancam bandar Cyberaya, serta mempertaruhkan kesetiaan kepada M.A.T.A. sebelum terlewat.

Ejen Ali: The Movie mendapat kejayaan komersial apabila filem ini mendapat kutipan sebanyak RM30.05 juta di Malaysia sahaja sekaligus memenangi anugerah filem box-office pada Festival Filem Malaysia ke-31[7]. Filem ini juga membawa pulang satu lagi anugerah pada malam tersebut dan dicalonkan sebanyak 11 anugerah.

Watak[sunting | sunting sumber]

Pelakon suara utama[sunting | sunting sumber]

  • Ida Rahayu Yusoff sebagai Ali Ghazali, pelajar berusia 12 tahun, bersekolah di SRT Cyberaya (1) di kelas 6 Avicenna dan ahli teras TEKNO
    • Ida juga membawakan watak Comot, kucing belaan Ali dan ahli teras INVISO
  • Noorhayati Maslini sebagai Alicia Kheng, kawan rapat Ali, seorang pengawas, pelajar yang bersekolah di SRT Cyberaya (1) di kelas 6 Avicenna dan ahli teras NEURO
  • Shafiq Isa sebagai Bakar, bapa saudara Ali yang juga merupakan mentor teras KOMBAT di M.A.T.A.
  • Azman Zulkiply sebagai General Rama, anggota teras NEURO, orang atasan kepada Ali, Alicia, Bakar dan Comot serta bapa angkat kepada Alicia
    • Azman juga membawakan watak Viktor, kawan rapat kepada Ali

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (4 Julai 2022). "Ida seronok jadi Ali". Berita Harian. Dicapai pada 4 Ogos 2022.
  2. ^ "Dunia risikan Ejen Ali di TV3 Diarkibkan 2017-01-11 di Wayback Machine" Harian Metro. 30 Mac 2016. Dicapai pada 29 Mei 2016.
  3. ^ Zaidi Mohamad (16 Jun 2020). "Ejen Ali ditonton seluruh dunia". Berita Harian. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
  4. ^ "Ejen Ali" Tonton. Dicapai pada 25 November 2016.
  5. ^ "Fenomena Ejen Ali Diarkibkan 2016-06-07 di Wayback Machine" Harian Metro. 2 April 2016. Dicapai pada 29 Mei 2016.
  6. ^ The Making of Ejen Ali. TV3. 1 April 2016, 5.30 pm.
  7. ^ Fatin Farhana Ariffin (10 Disember 2021). "Ejen Ali The Movie raih Anugerah Khas : Box Office FFM31". Berita Harian. Dicapai pada 4 Ogos 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]