Ekonomi Afghanistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Afghanistan ialah sebuah negara yang amat miskin, dan amat bergantung kepada pertanian dan penternakan. Ekonominya amat terjejas oleh pergolakan politik dan tentera baru-baru ini. Kemarau yang amat teruk antara 1998 dan 2001 menambahkan kesusahan lagi. Kebanyakan daripada penduduknya masih mengalami makanan, pakaian, perumahan dan perubatan yang tidak mencukupi disebabkan oleh operasi tentera dan ketidakpastian politik. Inflasi masih merupakan masalah yang besar. Ekonomi Afghanistan kini bergantung besar kepada bantuan asing.

Perang tentera campuran yang dipimpin oleh Amerika Syarikat telah menyebabkan kekalahan Taliban pada November 2001, dan perumusan "Pihak Berkuasa Sementara Afghanistan" (Afghan Interim Authority) (AIA) oleh Persetujuan Bonn pada Disember 2001. Ikhtiar antarabangsa untuk membina semula Afghanistan telah dikemukakan dalam Persidangan Penderma Tokyo pada Januari 2002 dan AS$4.5 bilion dikumpul sebagai tabung amanah untuk ditadbirkan oleh Bank Dunia. Bidang-bidang yang diutamakan untuk pembinaan semula Afghanistan termasuk:

  • pembinaan kemudahan pendidikan, kesihatan dan sanitasi;
  • pengukuhan keupayaan pentadbiran;
  • perkembangan sektor pertanian; serta
  • pembinaan semula perhubungan lebuh raya, tenaga dan telekomunikasi.

Dua pertiga daripada penduduk Afghanistan hidup melalui wang yang kurang daripada AS$2 sehari. Kadar mortaliti bayi adalah 257 bagi setiap 1,000 kelahiran.