Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Wangfujing ialah salah satu jalan raya yang paling sibuk di Beijing, dengan hampir 100,000 pelawat setiap hari (Ogos 2008).
Beijing adalah antara bandar raya yang paling maju serta juga bandar raya pasca-perindustrian yang pertama di China,[1] dengan industri peringkat ketiganya merupakan 73.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China.
Industri kewangan ialah salah satu industri Beijing yang paling penting.[2] Menjelang akhir 2007, Beijing memiliki 751 buah pertubuhan kewangan yang bersama-sama menjanakan hasil sebanyak 128.6 bilion RMB, iaitu 11.6% daripada seluruh hasil industri kewangan negara. Angka itu juga merupakan 13.8% daripada KDNK Beijing, suatu peratusan yang tertinggi antara kesemua bandar raya Cina.[3] Kawasan Beijing menampung 26 buah syarikat Fortune Global 500 yang merupakan bilangan ketiga tertinggi di seluruh dunia, selepas Tokyo dan Paris.
Sektor harta tanah dan sektor automobil Beijing terus berkembang maju pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pada 2005, sejumlah 28.032 juta meter persegi harta tanah dijual pada harga sejumlah 175.88 bilion RMB. Jumlah kereta yang didaftarkan di Beijing pada 2004 sebanyak 2.146 juta buah, dengan 1.54 juta antaranya merupakan pemilikan persendirian. Kenaikan jumlah kereta itu merupakan satu kenaikan tahun ke tahun sebanyak 18.7%.[4]
Daerah Pusat Perniagaan Beijing yang berpusat di kawasan Guomao telah dikenal pasti sebagai daerah pusat perniagaan baharu dan menampung berbagai-bagai pejabat induk wilayah korporat, kawasan beli-belah, dan perumahan atasan. Jalan Kewangan Beijing di kawasan Fuxingmen dan kawasan Fuchengmen merupakan pusat kewangan tradisional, manakala kawasan Wangfujing dan kawasan Xidan merupakan daerah beli-belah yang utama.
Kawasan bandar Beijing juga dikenali sebagai sebuah pusat barang haram daripada pakaian pereka yang terkini sehingga DVD cetak rompak yang terkini, dengan kesemuanya dijual di seluruh bandar raya, seringnya kepada ekspatriat dan pelawat antarabangsa.[5]
Sebaliknya, pertanian dilakukan di luar kawasan bandar Beijing, dengan gandum dan jagung merupakan tanaman utama.[6] Sayur-sayuran juga ditanam di kawasan yang lebih mendekati kawasan bandar agar membekalkan bandar raya itu.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) [sunting]
Pada 2008, KDNK nominal Beijing ialah 1.0488 trilion RMB (150 bilion USD) yang merupakan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 9%, berbanding dengan tahun sebelumnya. KDNK per kapita pula sebanyak 63,029 RMB (9,075 USD), suatu kenaikan sebanyak 5.2% daripada tahun sebelumnya. Pada tahun itu, industri-industri peringkat utama, sekunder, dan peringkat ketiga Beijing masing-masing bernilai 11.28 bilion RMB, 269.32 bilion RMB, dan 768.2 bilion RMB.
Sebaliknya, pendapatan boleh guna per kapita bandar ialah 24,725 yuan, satu kenaikan benar sebanyak 12.4% daripada tahun sebelumnya, manakala pendapatan tulen per kapita luar bandar ialah 10,747 RMB, satu kenaikan benar sebanyak 12.4%.[7] Pendapatan boleh guna per kapita bagi golongan 20% yang berpendapatan paling rendah naik sebanyak 16.7%, iaitu 11.4 titik peratusan lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan untuk golongan 20% yang berpendapatan paling tinggi. Pekali Engel mencecah 31.8% bagi penghuni bandar dan 32.8% bagi penghuni luar bandar Beijing pada 2005, satu kemerosotan masing-masing sebanyak 4.5 titik peratusan dan 3.9 titik peratusan, berbanding dengan tahun 2000.
Kawasan perindustrian [sunting]
Kawasan perindustrian utama termasuk Shijingshan yang terletak di pinggiran barat bandar raya,[8] dengan taman perindustrian khas termasuk:
- Taman Sains Zhongguancun;
- Zon Pembangunan Ekonomi Yongle;
- Kawasan Pembungan Ekonomi-teknologi Beijing; dan
- Zon Perindustrian Lapangan Terbang Tianzhu.
Zhongguancun yang diberi gelaran "Silicon Valley China" merupakan pusat utama untuk industri-industri yang berkaitan dengan elektronik dan komputer, serta juga penyelidikan bahan farmaseutik. Di samping itu, Yizhuang yang terletak di bahagian tenggara bandar semakin merupakan pusat yang baharu untuk bahan farmaseutik, teknologi maklumat, dan kejuruteraan bahan.[9]
Beijing semakin terkenal kerana usahawannya yang inovatif serta pertumbuhan syarikat baharu yang tinggi. Budaya ini disokong oleh sebuah komuniti yang besar yang terdiri daripada kedua-dua firma modal usaha niaga Cina dan firma modal usaha niaga asing seperti Sequoia Capital yang perjabat induknya di China terletak di daerah Chaoyang, Beijing. Walaupun Shanghai diperlihatkan sebagai pusat ekonomi China, ini biasanya berdasarkan bilangan perbadanan besar yang berpusat di sana dan bukan kerana ia merupakan pusat keusahawanan Cina.
Pembangunan Beijing terus berkembang maju pada kadar yang pantas, dengan peluasan Beijing yang besar mengakibatkan berbagai-bagi masalah untuk bandar raya itu. Beijing dikenali kerana asbutnya serta juga untuk rancangan "penjimatan kuasa" yang kerap dimulakan oleh pemerintahan. Penduduk Beijing serta juga pelancong seringnya merungut tentang kualiti bekalan air dan kos perkhidmatan asas seperti elektrik dan gas asli. Untuk mengurangkan pencemaran udara, sebilangan industri utama telah diarahkan untuk mengurangkan pancaran atau meninggalkan bandar raya itu. Beijing Capital Steel yang pada suatu ketika merupakan majikan bandar raya dan pencemar tunggal yang terbesar telah memindahkan kebanyakan operasinya ke Tangshan.[10]
- ↑ "北京已率先进入后工业经济时代". china.com.cn. 2008-03-20. http://www.china.com.cn/economic/txt/2008-03/20/content_13178335.htm. Capaian 2008-10-01.
- ↑ "Beijing’s Bankosphere". bankosphere.com. 2008-08-11. http://bankosphere.com/2008/08/11/beijing-bankosphere. Capaian 2008-10-01.
- ↑ "北京市金融业发展新闻发布会". zhengwu.beijing.gov.cn. 2008-07-27. http://zhengwu.beijing.gov.cn/xwfbh/bmqxfbh/t989438.htm. Capaian 2008-10-01.
- ↑ "Urban Construction". Beijing Municipal Bureau of Statistics. 2006. http://www.bjstats.gov.cn/esite/bjsq/csjs/. Capaian 2008-03-15.
- ↑ "Pirates weave tangled web on 'Spidey'", The Hollywood Reporter, Reuters, 2007-04-27. Dicapai pada 2008-03-15.
- ↑ "Beijing". People's Daily. March 2001. http://english.people.com.cn/data/province/beijing.html. Capaian 2008-06-22.
- ↑ "Beijing annual GDP per capita hit $6,000". Beijing2008.cn. 2007-04-03. http://en.beijing2008.cn/54/97/article214029754.shtml. Capaian 2008-06-27.
- ↑ "ShiJingShan". Beijing Economic Information Center. http://www.bjinvest.gov.cn/english/dac/sjs/. Capaian 2008-06-22.
- ↑ (2004-02-12). "Statistical Communique on the 2003 National Economic and Social Development of the City of Beijing". Beijing Municipal Bureau of Statistics. Dicapai pada 2008-03-15.
- ↑ [1] & [2]
|
|
|
| Asia Tengah |
Asia Timur |
Asia Tenggara |
Asia Barat ₦
|
|
Astana, Kazakhstan ₴
Bishkek, Kyrgyzstan
Dushanbe, Tajikistan
Ashgabat, Turkmenistan
Tashkent, Uzbekistan
Kabul, Afghanistan
Dhaka, Bangladesh
Thimphu, Bhutan
New Delhi, India
Malé, Maldives
Kathmandu, Nepal
Islamabad, Pakistan
Kotte3, Sri Lanka
|
|
Manila', Filipina
Jakarta, Indonesia
Phnom Penh, Kemboja
Vientiane, Laos
Kuala Lumpur, Malaysia 4
Putrajaya, Malaysia 5
Bandar Seri Begawan, Brunei
Naypyidaw, Myanmar
Singapura, Singapura
Bangkok, Thailand
Dili, Timor Leste
Hanoi, Vietnam
Port Moresby, Papua New Guinea₮
|
Riyadh, Arab Saudi
Yerevan, Armenia ‡ ¥
Baku, Azerbaijan ₴ ¥
Manama, Bahrain
Nicosia, Cyprus ₠
Abu Dhabi, UAE
Tbilisi, Georgia ₴ ¥
Tehran, Iran
Baghdad, Iraq
Amman, Jordan
Baitulmaqdis, Palestine
Kuwait City, Kuwait
Beirut, Lubnan
Kaherah, Mesir ₴
Muscat, Oman
Doha, Qatar
Damsyik, Syria
Ankara, Turki ₴
Sana'a, Yaman
|
|
|
1 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Timur. 2 Juga dikenali sebagai Republik China dan masih lagi ditadbir oleh China. 3 Nama penuh ialah Sri Jayawardenapura-Kotte. 4 Rasmi. 5 Pentadbiran. 6 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Tengah atau Selatan. 7 Lihat Kedudukan Jerusalem untuk maklumat status Jerusalem. 8 Merupakan wilayah pentadbiran khas China tetapi ditadbir oleh kerajaan sendiri. ₴ Negara trans-benua. ₦ Juga dikenali sebagai Timur Tengah. ¥ Juga dikenali sebagai negara Caucasus,. ₠ Keseluruhan di Asia Barat tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Eropah.₮ Keseluruhan di Melanesia tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Asia Barat Daya.
|
|
Koordinat: 39°54′U 116°24′T / 39.9°U 116.4°T / 39.9; 116.4