Ekonomi Republik Rakyat China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ekonomi Republik Rakyat China
Lujiazui Skyline from Bund.jpg
Pemandangan bandar Pudong, Shanghai
Kedudukan  
Mata wang yuan (CNY); juga dikenali sebagai Renminbi (RMB)
Tahun fiskal Tahun kalendar (01 Januari hingga 31 Disember)
Pertubuhan perdagangan WTO, APEC, G-20, dll.
Perangkaan
KDNK $5.88 trilion (nominal: ke-2; 2010)
$10.08 trilion (PPP: ke-2; 2010)
Pertumbuhan KDNK 10.3% (ekonomi utama: ke-1; 2010)
KDNK per kapita $4,283 (nominal: ke-95; 2010)
$7,518 (PPP: ke-93; 2010)
KDNK mengikut sektor pertanian (primer) (10.6%)
perkilangan (sekunder) (46.8%)
perkhidmatan (tertier) (42.6%)
perhatian: perkilangan termasuk pembinaan (5.5%)
Inflasi (CPI) -0.7% (2009)[1]
Populasi
dibawah garis kemiskinan
10% (2004)
Pekali Gini 46.9
Tenaga buruh 812.7 juta (2009; kedudukan #1)
Tenaga buruh mengikut pekerjaan pertanian (43%), perkilangan (25%), perkhidmatan (32%) (2006)
Pengangguran 4.2% (Julai 2010)[2]
Industri utama perlombongan dan pemprosesan bijih, besi, keluli, aluminium, dan logam-logam lain, arang; Perjenteraan; persenjataan; tekstil dan pakaian; petroleum; simen; bahan kimia; baja; keluaran pengguna termasuk alas kaki, mainan, dan elektronik; pemprosesan makanan; kelengkapan pengangkutan termasuk kereta, gerabak dan lokomotif, kapal, dan pesawat; kelengkapan telekomunikasi, kenderaan pelancaran angkasa komersil, satelit
Dagangan antarabangsa
Eksport AS$1,577.93 bilion; 2010[3]
Barangan yang dieksport mesin elektrik dan lain-lain, termasuk kelengkapan pemprosesan data, pakaian, tekstil, besi dan keluli, kelengkapan optik dan perubatan
Rakan dagangan eksport utama AS 20.0%, Hong Kong 12.0%, Jepun 8.3%, Korea Selatan 4.6%, Jerman 4.3% (2009)
Import AS$1,394.83 bilion; 2010 [3]
Barangan yang diimport mesin elektrik dan lain-lain, bahan api minyak dan galian, kelengkapan optik dan perubatan, bijih logam, plastik, kimia organik
Rakan dagangan import utama Jepun 12.3% ,Hong Kong 10.1%, Korea Selatan 9.0%, US 7.7%, Taiwan 6.8%, Jerman 5.6% (2009)
Saham FDI $100 bilion (2010)
Kewangan awam
Hutang awam 18.2% KDNK (ke-107; 2009)
Hasil negara $1.260 trilion (2010)[4]
Perbelanjaan $1.358 trilion (2010)[5]
Bantuan ekonomi penerima: $1.12 per kapita (2008)[6]

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Ekonomi Republik Rakyat China ialah ekonomi kedua terbesar di dunia mengikut KDNK sama ada dari segi nominal mahupun PPP selepas Amerika Syarikat.[7][8] Ia merupakan ekonomi utama dunia yang pesat berkembang, dengan purata pertumbuhan ekonomi 10% untuk 30 tahun yang lepas.

China juga merupakan pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar barangan di dunia. Enam rakan dagangan utamanya (A.S., Jepun, Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan, Jerman) membentuk lebih 50% daripada jumlah perdagangan antarabangsa China.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Parti Komunis China (CCP) menformulakan dasar ekonominya sebagai sesuatu yang sosialis 'dengan karekter China'. Dimulai dengan tahun 1978 kepemimpinan China telah mereformasikan sektor ekonominya daripada suatu yang berasaskan sistem ekonomi kawasan pusat ala Soviet kepada suatu yang lebih kapitalis akan tetapi masih di bawah kawalan politik CCP. Kearah ini pentadbiran menukar ke sistem responsibiliti para keluaga dalam pertanian dalam penggantian sistem lama yang berasaskan penggabunggan, menambah kuasa pegawai tempatan dan pengurus kilang dalam industri, dan membenarkan pelbagai pengusahawanan dalam servis dan perkilangan ringan, dan membuka ekonomi kepada perdagangan dan pelaburan luar. Kawalan harga juga telah dilonggarkan. Ini telah mewujudkan penukaran sistem ekonomi berasaskan komunis kepada sistem ekonomi campuran komunis dan kapitalis.

Kerajaan PRC tidak suka menekankan kesamarataan apabila ia mula membangunkan ekonominya, sebaliknya ia menekankan kenaikan taraf pendapatan peribadi dan kebolehan membuat pembelian dan mewujudkan sistem-sistem pengurusan baru untuk meningkatkan produktiviti. Kerajaan juga mengfokus kepada perdagangan antarabangsa sebagai salah satu cara untuk meningkatkan sektor ekonomi, dengan ini ia mewujudkan lebih daripada 2,000 Zon Ekonomi Khas (SEZ) dimana undang-undang mengawal pelaburan telah dilonggarkan untuk menarik pelabur asing. Hasilnya adalah KDNK per kapita yang bertambah empat kali ganda sejak tahun 1978. Pada tahun 1999 pula, dengan jumlah penduduk 1.25 bilion dan KDNK yang hanya AS$3,800 per kapita, PRC menjadi ekonomi keenam terbesar di dunia dalam pertukaran wang asing dan ketiga terbesar di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat daripada segi kuasa pembelian. Purata pendapatan biasa seorang pekerja China adalah AS$1,300. Perkembangan ekonomi negara ini pula dikatakan adalah terpantas di dunia, dengan pertumbuhan mencecah 8% setiap tahun mengikut statistik kerajaannya. Ini menjadikan China sebagai fokus utama dunia pada masa kini dengan hampir kesemua negara, termasuk negara Barat yang mengritik China, ingin sekali menjalinkan hubungan perdagangan dengannya. China kini adalah ahli Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Tanah besar China mendapat reputasi sebagai tempat yang berkos rendah untuk menjalankan aktiviti perkilangan, dan ketiadaan persatuan sekerja amat menarik bagi pengurus-pengurus syarikat asing. Seorang pekerja tanpa kemahiran di sebuah kilang China di kawasan kampung menelan belanja yang serendah kurang daripada AS$1/jam, amat kurang berbanding AS$/jam di Amerika Syarikat. Pekerja-pekerja China ini seringkali terpaksa berkerja teruk di kawasan berbahaya dan mudah ditindas majikan kerana tiada undang-undang dan persatuan sekerja yang boleh melindungi hak mereka.

Kos rendah bahan mentah merupakan satu lagi aspek ekonomi China. Ini disebabkan persekitaran kompetitif yang menyebabkan hasil berlebihan yang turut menurunkan kos pembelian bahan mentah. Ada juga kewujudan kawalan harga dan jaminan sumber-sumber yang tinggal daripada sistem ekonomi lama berasaskan Soviet. Apabila negara terus menswastakan syarikat-syarikat miliknya dan pekerja berpindah ke sektor yang lebih menguntungkan, deflationary effect ini akan terus menambahkan tekanan keatas harga dalam ekonomi.

Insentif-insentif cukai turut diberikan sebagai bantuan kewangan kepada sektor perkilangan di China, sama ada untuk barangan eksport ataupun barangan untuk pasaran tempatan. China cuba mengharmonikan sistem cukai dan duti yang ia meletakkan keatas kedua-dua pelabur asing dan pengusaha tempatan. Sebagai hasil, potongan cukai dan duti istimewa yang dinikmati pengeksport di zon ekonomi khas dan bandar persisiran pantai akan dilihat semula. Eksport China ke Amerika Syarikat adalah AS$125 bilion pada tahun 2002 manakala eksport Amerika ke China hanyalah sebanyak AS$19 juta sahaja. Perbezaan jurang yang besar ini meningkatkan kemarahan Amerika Syarikat, akan tetapi bukan salah China yang eksportnya murah dan lebih berkualiti daripada barangan buatan Amerika. Amerika sendiri membeli lebih daripada ia membuat dan sekalipun rakyat China ingin membeli barangan buatan Amerika, mereka tidak dapat melalukan sedemikian kerana harga barangan Amerika terlalu tinggi. Amerika seringkali mendakwa bahawa kadar tukaran wang asing dolar Amerika dan renminbi China yang kononnya tidak adil dan berat sebelah kepada China kerana China mengikat ia kepada kadar tetap lapan renminbi kepada satu dolar. Pada tarikh 21hb Julai 2005, Bank Rakyat China mengumumkan bahawa ia akan membenarkan mata wang renminbi ditentukan oleh pasaran, dan membenarkan kenaikan 0.3% sehari. Eksport negara China ke Amerika Syarikat semakin naik 20% setiap tahun, jauh lebih cepat daripada eksport Amerika ke China. Dengan pemansuhan kuota tekstil, China sudah tentu akan menguasai sebahagian besar pasaran baju dunia. [1], [2]

Pada tahun 2003, KDNK China dalam konteks kuasa pembelian mencapai AS$6.4 trilion, menjadi kedua terbesar di dunia. Dengan menggunakan pengiraan konvensional, ia dirangka pada tangga keenam. Dengan penduduknya yang padat ini masih memberikan KDNK per kapita yang sebanyak AS$ 5,000, atau 1/7 daripada Amerika Syarikat. Laporan rasmi kadar pertumbuhan pada tahun 2003 adalah 9.1%. Ia dianggarkan oleh perisik Amerika CIA pada tahun 2002 pertanian menyumbang sebanyak 14.5% GNP China dan sektor perindustrian dan pembinaan pula 51.7% dan perkhidmatan 33.8%. Purata pendapatan luar bandar adalah satu pertiga daripada di dalam bandar, jurang yang semakin membesar dalam dekad kebelakangan ini.

Oleh sebab saiznya yang amat luas dan budaya yang amat panjang sejarahnya, China mempunyai tradisi sebagai sebuah negara kuasa ekonomi. Dalam kata Ming Zeng, profesor pengurusan di Shanghai, Dalam sesetengah statistik, pada penghujung abad ke-16 sekalipun, China mempunyai satu pertiga KDNK. Amerika Syarikat yang gagah pada masa kini pula hanya mempunyai 20%. Jadi, jika anda membuat perbandingan sejarah ini, tiga atau empat ratus tahun terdahulu, China tentulah kuasa terbesar dunia. Percubaan mewujudkan semula keadaan yang menbanggakan ini sudah tentu adalah salah suatu matlamat orang China. Maka tidak hairanlah fenomena kebanjiran orang bukan China dunia yang lain mahu mempelajari Bahasa Cina ini dan kegerunan Amerika dan Barat terhadap China secara amnya berlaku pada senario politik dunia pada hari ini.

Akan tetapi, jurang pengagihan kekayaan diantara persisiran pantai dan kawasan pendalaman China masih amat besar sekali. Untuk menandingi keadaan yang berpotensi mengundang bahaya ini, kerajaan melaksanakan strategi Pembangunan Bahagian Barat China pada tahun 2000, Pembangunan Semula China Timur Laut pada tahun 2003, dan Kenaikan Kawasan China Tengah pada tahun 2004, kesemuanya bertujuan membantu kawasan pendalaman China turut membangun bersama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]