Ekonomi Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ekonomi Singapura
SGcurrency.jpg
Kertas wang dolar Singapura
Kedudukan ke-58
Mata wang Dolar Singapura (SGD)
Tahun fiskal 1 April - 31 Mac
Pertubuhan perdagangan WTO, APEC
Perangkaan
KDNK $124.3 bilion (anggaran 2005)
Pertumbuhan KDNK 7.9% (2006)
KDNK per kapita AS$28,100
KDNK mengikut sektor Pertanian: 0%, industri: 33.9%, perkhidmatan: 66.1% (anggaran 2005)
Inflasi (CPI) 0.4% (anggaran 2005 )
Populasi
dibawah garis kemiskinan
tiada maklumat
Pekali Gini tiada maklumat
Tenaga buruh 2.28 juta (anggaran September 2005)
Tenaga buruh mengikut pekerjaan Perkilangan 18%, pembinaan 6%, pengangkutan dan komunikasi 11%, kewangan, perniagaan dan perkhidmatan lain 39%, lain-lain 26% (2003)
Pengangguran 2.7% (2006)
Industri utama Elektronik, bahan kimia, perkhidmatan kewangan, pelengkapan penggerudian minyak, penapisan petroleum, pemprosesan getah dan keluaran getah, makanan proses dan minuman, pembaikan kapal, pembinaan pelantar luar pesisir, sains hayat, dan perdagangan entreport
Dagangan antarabangsa
Eksport $204.8 bilion f.o.b. (anggaran 2005)
Barangan yang dieksport Jentera dan pelengkapan (termasuk elektronik), barang pengguna, bahan kimia, dan bahan bakar mineral
Rakan dagangan eksport utama Malaysia 14.7%, Amerika Syarikat 11.5%, Indonesia 10.7%, Hong Kong 10.4%, China 9.5%, Jepun 6%, Thailand 4.5%, Australia 4.1% (2005)
Import $188.3 bilion (anggaran 2005)
Barangan yang diimport Jentera dan pelengkapan, bahan bakar mineral, bahan kimia, barang makanan
Rakan dagangan import utama Malaysia 14.4%, Amerika Syarikat 12.4%, China 10.8%, Jepun 10.1%, Indonesia 5.5%, Arab Saudi 4.7%, Korea Selatan 4.5% (2005)
Kewangan awam
Hutang awam AS$23.76 bilion (anggaran 2005)
Hasil negara AS$18.67 bilion
Perbelanjaan AS$18.21 bilion; termasuk perbelanjaan modal sebanyak AS$5.1 bilion (anggaran 2005)
Bantuan ekonomi tiada

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Kehidupan di
Singapura
Agama
Bahasa
Bahasa Singlish
Demografi
Ekonomi
Filem
Hari Kelepasan
Kebudayaan
Kehomoseksualan
Kesusasteraan
Muzik
Pendidikan
Pengangkutan
Politik
Sukan
Tarian
sunting

Ekonomi Singapura ialah sebuah ekonomi pasaran bebas yang amat maju dan berjaya, dengan kerajaannya memainkan peranan yang utama. Singapura mempunyai sebuah persekitaran perniagaan yang terbuka, nyata, dan agak bebas daripada amalan rasuah, dengan harga-harga yang stabil. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapitanya adalah antara yang tertinggi di dunia. Eksport, khususnya elektronik dan bahan kimia serta perkhidmatan, merupakan sumber hasilnya yang utama yang membenarkannya membeli sumber-sumber semula jadi dan bahan-bahan mentah yang tidak dimilikinya. Oleh itu, Singapura bolehlah dikatakan bergantung kepada sebuah konsep perdagangan entreport yang lanjut, dengan pembelian bahan-bahan mentah untuk dihalusinya bagi tujuan mengeksport kembali, umpamanya industri pembikinan wafer dan penapisan minyak.

Singapura juga mempunyai sebuah pelabuhan yang strategik yang memberikannya kelebihan untuk bersaing, berbanding dengan jiran-jirannya yang menjalankan kegiatan-kegiatan entreport. Pelabuhan Singapura ialah pelabuhan yang tersibuk di dunia, mengatasi juga Hong Kong dan Shanghai. Selain daripada infrastruktur pelabuhannya yang unggul, Singapura juga mempunyai tenaga buruh yang mahir, hasil daripada kejayaan dasar pendidikannya untuk mengeluarkan pekerja-pekerja yang mahir. Infrastruktur pelabuhannya yang unggul memberinya laluan yang lebih mudah ke pasaran kedua-dua import dan eksport, manakala kemahiran tenaga buruh diperlukan untuk menghalusi barang-barang import supaya menjadi barang-barang eksport.

Pada 14 Februari 2007, kerajaan Singapura mengumumkan bahawa pertumbuhan ekonomi pada tahun 2006 telah mencapai 7.9%, suatu pencapaian cemerlang yang melebihi jangkaan yang asal sebanyak 7.7%. [1]


Arah aliran makroekonomi[sunting | sunting sumber]

Yang berikut ialah jadual arah aliran Keluaran Dalam Negara Kasar Singapura pada harga pasaran, sebagaimana yang dianggarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa.


Tahun KDNK Pertukaran Dolar
Amerika Syarikat
1980 25,117 SGD2.14
1985 39,036 SGD2.20
1990 66,778 SGD1.81
1995 119,470 SGD1.41
2000 159,840 SGD1.72
2005 194,360 SGD1.64

Untuk pembandingan pariti kuasa beli, dolar Amerika Syarikat ditukarkan pada kadar 1.56 dolar Singapura sahaja.


Kerajaan Singapura menggalakkan tingkat simpanan wang dan pelaburan yang tinggi melalui skim simpanan yang wajib yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Simpanan Pusat. Sebahagian besar belanjawannya digunakan untuk pendidikan dan teknologi, dengan belanjawan pendidikan pada tahun 2005 merupakan 21% KDNK, berbanding dengan belanjawan pendidikan Amerika Syarikat sebanyak 4% pada tahun yang sama. Kerajaan Singapura memiliki syarikat-syarikat berkait Temasik (TLC) yang berkait pula dengan cabang pelaburan kerajaan, khususnya dalam sektor perkilangan. Syarikat-syarikat itu dikendalikan sebagai entiti-entiti perdagangan, dan memberikan sumbangan sebanyak 60% daripada KDNK Singapura. Semasa Singapura melihat sebuah masa hadapan yang semakin ditandai oleh globalisasi, negara itu sedang menempatkan diri sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah.

Lokasi Singapura yang strategik yang terletak pada laluan-laluan laut yang utama serta masyarakatnya yang rajin memberikannya suatu kepentingan ekonomi di Asia Tenggara yang tidak setanding dengan saiznya. Ketika Singapura mencapai kemerdekaannya pada tahun 1965, ia menghadapi kekurangan sumber semula jadi serta juga pasaran dalam negeri yang kecil. Sebagai gerak balas, kerajaan Singapura mengamalkan dasar ekonomi berasaskan perniagaan dan pelaburan asing, serta dasar berorientasi eksport, bersama dengan pelaburan-pelaburan terarah kerajaan oleh perbadanan-perbadanan kerajaan.

Strategi ekonomi Singapura terbukti berjaya dan menghasilkan pertumbuhan sebenar sebanyak 8.0% pada puratanya antara tahun-tahun 1990-1999. Ekonomi Singapura bertambah baik pada tahun 1999 selepas Krisis Kewangan Asia, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.4%, diikuti oleh kadar 9.9% pada tahun 2000. Bagaimanapun, keadaan ekonomi yang lembap di Amerika Syarikat, Jepun, dan Kesatuan Eropah, serta kemerosotan sektor elektronik di seluruh dunia, telah mengurangkan anggaran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2001 sehingga negatif 2.0%. Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 2.2% pada tahun yang berikut, dan sebanyak 1.1% pada tahun 2003 ketika meletusnya penyakit SARS di negara. Kemudiannya, sebuah perubahan haluan ekonomi yang utama yang berlaku pada tahun 2004 membenarkan negara ini membuat suatu pemulihan pertumbuhan, walaupun pencapaiannya sebanyak hanya 2.5% tidak mendekati juga separuh daripada sasaran pertumbuhannya. Pada tahun 2005, pertumbuhan ekonominya mencapai 6.4%, dengan pertumbuhan sebanyak 7.9% pada tahun 2006.

Kerajaan yang agak bebas daripada amalan rasuah, tenaga buruh yang mahir, serta infrastruktur yang maju dan cekap telah menarik pelaburan daripada melebihi 3,000 buah syarikat multinasional (MNC) Amerika Syarikat, Jepun, dan Eropah ke Singapura. Syarikat-syarikat asing boleh didapati dalam hampir semua sektor ekonomi, dan merupakan melebihi dua pertiga daripada keluaran perkilangan dan jualan eksport langsung, walaupun sesetengah sektor perkhidmatan masih dikuasai oleh perbadanan-perbadanan berkait kerajaan.

Perkilangan serta perkhidmatan perniagaan kewangan merupakan jentera kembar ekonomi Singapura yang masing-masing merupakan 26% dan 22% daripada KDNK Singapura pada tahun 2000. Industri elektronik yang memandu sektor perkilangan Singapura merupakan 48% daripada jumlah keluaran perindustriannya, tetapi kerajaan Singapura kini juga mengutamakan pembangunan industri-industri bahan kimia dan bioteknologi.

Untuk mengekalkan kedudukan persaingannya walaupun upahnya semakin meningkat, kerajaan Singapura berhasrat menggalakkan kegiatan-kegiatan nilai ditambah dalam sektor-sektor perkilangan dan perkhidmatan. Ia juga telah membuka atau dalam proses membuka sektor-sektor perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, penjanaan kuasa, serta peruncitan kepada para pembekal perkhidmatan asing dan kepada persaingan yang lebih hebat. Kerajaan Singapura kini juga mengejar langkah-langkah pemotongan kos, termasuk pengurangan upah dan sewa, demi mengurangkan kos pengendalian perniagaan di dalam negara.

Bioteknologi[sunting | sunting sumber]

Singapura sedang menggalakkan dan mengembangkan industri bioteknologinya secara agresif. Beratus-ratus juta dolar telah dilabur dalam sektor ini untuk membina infrastruktur, membiayai penyelidikan dan pembangunan, serta menggaji ahli sains antarabangsa yang terbaik. Para pembuat drug yang utama, seperti GlaxoSmithKline (GSK), Pfizer, dan Merck & Co., telah membina kilang-kilang di Singapura. Pada 8 Jun 2006, GSK mengumumkan pelaburan tambahan sebanyak S$300 juta untuk membina lagi sebuah kilang, khusus untuk mengeluarkan vaksin pediatrik. Kilang tersebut ialah kilang sedemikiannya yang pertama di Asia. [1]. Bahan farmaseutik kini merupakan melebihi 16% daripada pengeluaran perkilangan negara Singapura.

Perdagangan, pelaburan, dan bantuan[sunting | sunting sumber]

Perdagangan Singapura pada tahun 2000 berjumlah S$373 bilion, suatu kenaikan sebanyak 21% daripada tahun 1999. Walaupun saiznya yang kecil, Singapura ialah rakan perdagangan kesepuluh terbesar Amerika Syarikat. Pada tahun 2000, import Singapura berjumlah S$135 bilion, dengan eksportnya S$138 bilion. Malaysia ialah sumber import Singapura yang terutama, serta pasaran eksportnya yang terbesar. Malaysia menerap 18% daripada eksport Singapura, dengan Amerika Syarikat tidak jauh di belakang. Pada tahun 2000, eksport semula ke negara-negara yang lain merupakan 43% daripada jumlah jualan Singapura. Eksport-eksport utama Singapura ialah keluaran petroleum, makanan dan minuman, bahan kimia, tekstil dan pakaian, komponen elektronik, alat telekomunikasi, serta pelengkapan kenderaan. Import-import untama Singapura ialah kapal terbang, minyak mentah dan keluaran petroleum, komponen elektronik, penerima serta alat radio dan televisyen, kereta, bahan kimia, makanan dan minuman, besi dan keluli, serta yan dan fabrik tekstil.

Singapura terus menarik pelaburan pada skala besar-besaran walaupun persekitaran kos pengendaliannya yang agak tinggi. Amerika Syarikat adalah pelabur asingnya yang terutama dan merupakan 40% daripada semua pelaburan baru dalam sektor perkilangan pada tahun 2000. Sehingga tahun 1999, pelaburan Amerika Syarikat dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan Singapura mencapai lebih kurang $20 bilion (jumlah aset) pada keseluruhannya. Kebanyakan pelaburan Amerika Syarikat adalah dalam industri perkilangan elektronik, penapisan dan storan minyak, serta bahan kimia. Melebihi 1,500 buah syarikat Amerika Syarikat beroperasi di Singapura.

Kerajaan Singapura juga menggalakkan syarikat-syarikatnya untuk melabur di luar negara, dengan jumlah pelaburan langsungnya di luar negeri mencapai S$39 bilion pada akhir tahun 1998. Republik Rakyat China merupakan destinasi terutama, dan merupakan 14% daripada jumlah pelaburannya di luar negeri, diikuti oleh Malaysia (10%), Hong Kong (8.0%), Indonesia (8.0%) dan Amerika Syarikat (4.0%). Ekonomi India yang bertumbuh dengan pesat, khususnya dalam sektor teknologi tinggi, merupakan sumber pelaburan asing yang semakin berkembang untuk Singapura. Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang bantuan dwipihak kepada Singapura, tetapi Presiden dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat sedang membincangkan cara-cara perdagangan yang lain dengan negara ini.

Tahun Jumlah perdagangan Import Eksport  % Perubahan
2000 $373 $135 $138 21%
2001       -9.4%
2002 $432     1.5%
2003 $474     9.6%
2004 $580     22.4%
2005 $716     14%
Semua angka dalam bilion dolar Singapura.

Perjanjian perdagangan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Ekonomi Perjanjian Singkatan Diikat Dimeterai Kesan Ruj.
New Zealand Perjanjian New Zealand-Singapura mengenai Perkongsian Ekonomi yang Lebih Rapat ANZSCEP 18 Ogos 2000 14 Nov 2000 1 Januari 2001 [2]
Persatuan Perdagangan Bebas Eropah Perjanjian antara Negara-negara EFTA dan Singapura FTA EFTA-Singapura 11 April 2002 26 Jun 2002 1 Januari 2003 [3]
Jepun Perjanjian antara Jepun dan Republik Singapura untuk Perkongsian Ekonomi Zaman Baru JSEPA      
Australia Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura-Australia SAFTA November 2002 17 Februari 2003 28 Julai 2003 [4]
Amerika Syarikat Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Syarikat-Singapura USSFTA 19 Nov 2002 6 Mei 2003 1 Januari 2004 [5]
Jordan Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura-Jordan SJFTA 29 April 2004 16 Mei 2004   [6]
Brunei Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Rentas Pasifik SEP Rentas Pasifik   Ogos 2005 1 Januari 2006 [7]
Chile 18 Julai 2005
New Zealand 18 Julai 2005
India Perjanjian Ekonomi Komprehensif India - Singapura CECA India-Singapura November 2004 29 Jun 2005 1 Ogos 2005 [8]
Korea Perjanjian Perdagangan Bebas Korea-Singapura KSFTA 28 November 2004 4 Ogos 2005 Akhir 2005 [9]

Tenaga buruh[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000, Singapura mempunyai tenaga buruh pada sekitar 2.2 juta. Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC), persekutuan kesatuan sekerja yang tunggal di negara, terdiri daripada hampir 99% jumlah buruh berkesatuan. Perkara-perkara yang melibatkan buruh dan kesatuan sekerja dikawal oleh undang-undang yang meluas. Mahkamah Timbang Tara Perindustrian menangani pertikaian-pertikaian buruh-pengurusan yang tidak dapat diselesaikan secara tidak formal melalui Kementerian Buruh. Kerajaan Singapura telah menekankan pentingnya kerjasama antara kesatuan, pengurusan dan kerajaan ("tripartisme"), serta penyelesaian awal pertikaian. Negara ini hanya mengalami sebuah mogok pada 15 tahun yang lalu.

Singapura telah menikmati guna tenaga penuh bagi tempoh-tempoh yang panjang. Semasa kemerosotan ekonomi, kadar pengangguran naik sehingga 4.0% menjelang akhir tahun 2001 daripada 2.4% pada awal tahun tersebut. Sejak dari masa itu, pengangguran telah baik pulih dan kadar pengangguran pada tahun 2006 sebanyak 2.7% merupakan kadar pengangguran yang terendah pada empat tahun yang lalu, dengan 2.3 juta orang digaji. [2] [3]

Kerajaan Singapura dan NTUC telah mencuba berbagai-bagai rancangan untuk menaikkan daya pengeluaran yang jatuh serta merangsang kadar penyertaan tenaga buruh wanita dan pekerja lebih tua. Walaupun demikian, kekurangan buruh masih dihadapi dalam sektor perkhidmatan dan untuk banyak pekerjaan kemahiran rendah bagi industri-industri pembinaan dan elektronik. Oleh itu, pekerja-pekerja asing telah dimasukkan ke negara untuk membantu mencukupkan tenaga buruh yang diperlukan. Pada tahun 2000, adanya lebih kurang 600,000 orang pekerja asing di Singapura yang merupakan 27% daripada jumlah tenaga buruh.

Fakta dan angka[sunting | sunting sumber]

Peratusan pertumbuhan ekonomi pada tahun 2006: 7.9%

Kadar pertumbuhan pengeluaran perindustrian: 9.5% (anggaran 2005)

Pengeluaran elektrik: 36.8 bilion kWh (2004)

Pengeluaran elektrik mengikut sumber:

bahan api fosil: 100%
hidro: 0%
nuklear: 0%
lain-lain: 0% (1998)

Elektrik - penggunaan: 33.2 bilion kWh (2004)

Elektrik - eksport: 0 kWh (2004)

Elektrik - import: 0 kWh (2004)

Hasil pertanian: getah, kopra, buah-buahan, sayur-sayuran; ayam itik, telur, ikan, bunga anggerik, ikan hiasan

Mata wang: 1 dolar Singapura (S$ atau SGD) = 100 sen

Kadar pertukaran: Dolar Singapura (S$ atau SGD) per AS$1 - 1.59 (Oktober 2006) 1.6255 (Januari 2006), 1.6733 (Januari 2000), 1.6950 (1999), 1.6736 (1998), 1.4848 (1997), 1.4100 (1996), 1.6622 (20 Disember 1995)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


sunting     Singapura Bendera Singapura
Sejarah Garis masa sejarah Singapura · Hubungan PAP-UMNO · Negeri-negeri Selat · Pembunuhan beramai-ramai Sook Ching · Pendudukan Jepun di Singapura · Pengasasan Singapura moden · Pertempuran Singapura · Pungutan suara negara Singapura, 1962
Politik Hak asasi manusia di Singapura · Hubungan luar negeri · Kabinet · Kawasan pilihan raya · Kerajaan · Parlimen · Parti politik · Perdana Menteri · Pilihan raya · Presiden · Senarai kawasan pilihan raya · Terorisme balas · Undang-undang
Geografi Bandar, kawasan perumahan dan kawasan kejiranan · Chek Jawa · Daerah dan tempat · Fauna · Flora · Jalan air · Lebuh raya · Pantai · Pemuliharaan · Perancangan bandar · Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar · Pulau · Sungai · Takungan · Taman · Tasik
Ekonomi Bank · Biopolis · Bursa Singapura · Dolar Singapura · Kumpulan Wang Simpan Pusat · Lapangan Terbang Changi Singapura · Pihak Berkuasa Kewangan Singapura · Sistem Penerbangan Singapura · Syarikat
Demografi Arab · Cina · India · Melayu · Peranakan · Serani
Kebudayaan Bahasa · Filem · Hari kelepasan · Masakan · Muzik · Kehomoseksualan · Kesusasteraan · Pendidikan · Sukan
Pengangkutan Alihan Laju Massa · Alihan Laju Ringan · Lapangan Terbang Changi Singapura · Lebuh raya Singapura · Pelabuhan Singapura · Pengangkutan bas di Singapura
Lambang Bendera · Ikrar · Jata · Lambang Kepala Singa · Majulah Singapura · Merlion · Vanda Miss Joaquim
Lain-lain Angkatan tentera · Perbarisan Hari Kebangsaan · Komunikasi · Pasukan Polis · Pelancongan · Peristiwa semasa · Seni bina · Tempat di Singapura