Ekspres Khas Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ekspres Khas Utara merupakan nama kereta api KTM Antarabandar yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu, berjalan dari Butterworth ke Sentral Kuala Lumpur, arah utara ke selatan. Nombor kod bagi kereta api dari utara ke selatan ialah 1003, manakala nombor kod bagi kereta api dari selatan ke utara ialah 1004. Perkhidmatan kereta api ini hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad sahaja. Kereta api 1003 (utara ke selatan) tidak berhenti pada stesen Kampar.

Senarai stesen[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai stesen yang keretapi ini berhenti, dari arah utara ke selatan:

Stesen Bandar lokasi Catatan
Stesen keretapi Butterworth Butterworth, Pulau Pinang Terminal
Stesen keretapi Bukit Mertajam Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Stesen keretapi Parit Buntar Parit Buntar, Perak
Stesen keretapi Taiping Kg Boyan,Taiping, Negeri Perak
Stesen keretapi Ipoh Ipoh, Negeri Perak
Stesen keretapi Kampar Kampar, Negeri Perak Tiada hentian kereta api 1003 (utara ke selatan)
Stesen keretapi Tanjung Malim Tanjung Malim, Negeri Perak
Sentral Kuala Lumpur Brickfields, Kuala Lumpur Terminal, pertukaran dengan KTM Komuter

Pautan luar[sunting | sunting sumber]