Ekspres Langkawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ekspres Langkawi (dikenali secara rasmi sebagai Ekspres Peninsular) merupakan nama kereta api KTM Antarabandar yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM), berjalan dari Hat Yai ke Sentral Kuala Lumpur dan Johor Bahru Sentral, arah utara ke selatan. Nombor kod bagi kereta api dari utara ke selatan ialah 21 turun, manakala nombor kod bagi kereta api dari selatan ke utara ialah 20 naik. Perkhidmatan Ekspres Langkawi atau Ekspres Peninsular telah ditamatkan oleh KTM pada 10 Mei 2016 dengan pengenalan perkhidmatan kereta api elektrik iaitu Electric Train Service di laluan Timur Barat KTM.

Senarai stesen[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai stesen yang keretapi ini berhenti, dari arah utara ke selatan:

Stesen Bandar lokasi Catatan
Stesen keretapi Hat Yai Hat Yai, Wilayah Songkhla, Negara Thai Terminal paling utara untuk Ekspres Langkawi/Peninsular
Stesen keretapi Padang Besar Padang Besar, Perlis
Stesen keretapi Arau Arau, Perlis
Stesen keretapi Alor Setar Alor Setar, Kedah
Stesen keretapi Gurun Gurun, Kedah
Stesen keretapi Sungai Petani Sungai Petani, Kedah
Stesen keretapi Bukit Mertajam Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Stesen keretapi Butterworth Butterworth, Pulau Pinang
Stesen keretapi Bukit Mertajam Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Stesen keretapi Nibong Tebal Nibong Tebal, Pulau Pinang
Stesen keretapi Parit Buntar Parit Buntar, Perak
Stesen keretapi Bagan Serai Bagan Serai, Perak
Stesen keretapi Taiping Taiping, Perak
Stesen keretapi Kuala Kangsar Kuala Kangsar, Perak
Stesen keretapi Sungai Siput Sungai Siput (U), Perak
Stesen keretapi Ipoh Ipoh, Perak
Stesen keretapi Batu Gajah Batu Gajah, Perak
Stesen keretapi Kampar Kampar, Perak
Stesen keretapi Tapah Road Tapah Road, Perak
Stesen keretapi Sungkai Sungkai, Perak
Stesen keretapi Slim River Slim River, Perak
Stesen keretapi Tanjung Malim Tanjung Malim, Perak
Stesen keretapi Rawang Rawang, Selangor Pertukaran dengan Laluan Rawang-Seremban KTM Komuter
Stesen keretapi Sungai Buloh Sungai Buloh, Selangor Pertukaran dengan Laluan Rawang-Seremban KTM Komuter
Sentral Kuala Lumpur Brickfields, Kuala Lumpur Pertukaran dengan KTM Komuter, ETS, ERL, LRT, Monorel
Stesen keretapi Bandar Tasik Selatan Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur Pertukaran dengan KTM Komuter dan ETS
Stesen keretapi Kajang Kajang, Selangor Pertukaran dengan KTM Komuter dan ETS
Stesen keretapi Seremban Seremban, Negeri Sembilan Pertukaran dengan KTM Komuter dan ETS
Stesen keretapi Rembau Rembau, Negeri Sembilan Pertukaran dengan KTM Komuter dan ETS
Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka Pertukaran dengan KTM Komuter, ETS dan KTM Antarabandar

(Shuttle Selatan ke JB Sentral)

Stesen keretapi Batang Melaka Batang Melaka, Jasin, Melaka Pertukaran dengan ETS
Stesen keretapi Gemas Gemas, Negeri Sembilan Pertukaran dengan ETS dan KTM Antarabandar

(Ekspres Rakyat Timuran ke Tumpat, Kelantan dan

Shuttle Selatan ke JB Sentral)

Stesen keretapi Segamat Segamat, Johor
Stesen keretapi Labis Labis, Johor
Stesen keretapi Bekok Bekok, Johor
Stesen keretapi Paloh Paloh, Kluang, Johor
Stesen keretapi Kluang Kluang, Johor
Stesen keretapi Kulai Kulai, Johor
Stesen keretapi Kempas Baru Kempas, Johor Bahru, Johor
Stesen keretapi Johor Bahru Sentral Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor Terminal paling selatan untuk Ekspres Langkawi/Peninsular

Pertukaran dengan KTM Antarabandar

(Shuttle Tebrau dari JB Sentral ke Woodlands, Singapura)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]