Ekuinoks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pencahayaan Bumi oleh Matahari pada hari ekuinoks, (waktu cahaya senja diabaikan).
Bumi dalam orbitnya mengelilingi Matahari menyebabkan Matahari muncul di sfera cakerawala bergerak di atas ekliptik (merah) yang mencondong pada khatulistiwa (biru).
Diagram musim-musim Bumi seperti yang dilihat dari Utara. Kanan jauh: solstis Disember
Diagram musim-musim Bumi seperti yang dilihat dari Selatan. Kiri jauh: solstis Jun
Lengkok siang pada latitud 0°, khatulistiwa
Lengkok siang pada latitud 20°
Lengkok siang pada latitud 50°
Lengkok siang pada latitud 70°
Lengkok siang pada latitud 90°, kutub

Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa apabila Matahari boleh diperhati tepat di atas khatulistiwa Bumi, sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria terjadinya ekuinoks atau solstis. Pada tarikh-tarikh inilah waktu malam dan siang sama jangka masanya manakala Matahari melintas khatulistiwa cakerawala (iaitu, keserongan 0 darjah). Secara teknikal, ekuinoks terjadi apabila Matahari terletak di satu daripada dua titik bertentangan di sfera cakerawala iaitu bersilangnya khatulistiwa cakerawala dan ekliptik. Lebih lanjut lagi, ekuinoks merupakan dua hari dalam setiap tahun apabila pusat Matahari meluangkan tempoh masa yang sekata di atas dan bawah ufuk di setiap lokasi di Bumi. Perkataan ekuinoks berasal daripada perkataan bahasa Latin aequus (bersamaan) dan nox (malam).

Mengikut teori, waktu siang lebih lama berbanding waktu malam di satu ekuinoks. Dari Bumi, Matahari kelihatan sebagai sekeping cakera dan bukannya setompok cahaya yang tunggal; maka, apabila pusat Matahari di bawah ufuk, maka sisi atasnya kelihatan. Lebih-lebih lagi, atmosfera membiaskan cahaya; maka, sekalipun sisi atas Matahari di bawah ufuk, sinarnya mencapai ke atas ufuk ke bumi. Dalam jadual matahari terbit/terbenam, anggaran semi-diameter (jejari) Matahari ialah 16 minit lengkok manakala anggaran pembiasannya 34 minit lengkok. Gabungannya bererti apabila sisi atas Matahari terdapat pada ufuk nyata pusatnya terletak 50 minit lengkok di bawah ufuk geometri, iaitu persilangan dengan sfera cakerawala satah mengufuk pada mata pemerhati. Kesan-kean ini bersama-sama menjadikan waktu siang 14 minit lebih panjang berbanding waktu malam di khatulistiwa, dan maikn ke arah kutub, makin lama waktu siangnya. Kesamaan waktu siang dan malam yang sebenar hanya berlaku di tempat-tempat yang cukup jauh dari khatulistiwa agar mengalami sekurang-kurangnya perbezaan bermusim dalam tempoh siang sebanyak 7 minit dan terjadi selama beberapa hari menghadap sisi musim sejuk setiap ekuinoks.

Istilah[sunting | sunting sumber]

  • Ekuinoks musim bunga dan ekuinoks musim luruh: digunakan apabila hendak mengaitkan ekuinoks dengan musim. Musim di hemisfera utara sentiasa berlawanan dengan musim di hemisfera selatan (iaitu ekuinoks musim bunga di satu hemisfera bersamaan dengan ekuinoks musim luruh di hemisfera yang satu lagi), maka nama-nama ini boleh menimbulkan kemusykilan.
  • Ekuinoks Mac dan ekuinoks September: sebagai alternatif kepada set yang di atas tanpa kemusykilan mengenai hemisfera yang dimaksudkan. Namun begitu, istilah-istilah ini tidak cukup universal kerana bukan semua penduduk Bumi memakai takwim berasaskan suria yang mana ekuinoks jatuh pada bulan yang sama setiap tahun (contohnya, dalam takwim Ibrani ekuinoks sering berbeza tarikhnya). Istilah-istilah ini juga tidak berguna untuk planet-planet lain (contohnya, Marikh), meskipun planet-planet itu turut mengalami peralihan musim.

Tempoh suria di Asia Timur[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Chunfen dan Qiufen

Takwim Asia Timur tradisional membahagi setahun kepada 24 tempoh suria ( 節氣). Chūnfēn (pīnyīn) atau Shunbun (Rōmaji) (Bahasa Cina and Jepun: 春分; Bahasa Korea: 춘분; Bahasa Vietnam: Xuân phân; secara harifah: "vernal ekuinoks") ialah tempoh suria ke-4 yang bermula apabila Matahari mencapai longitud cakerawala 0° dan tamat apabila Matahari mencapai longitud 15°. Dalam erti kata lain, inilah harinya apabila Matahari berada tepat pada longitud cakerawala of 0°. Dalam takwim Gregorian, tempoh ini lazimnya bermula sekitar 20 Mac dan tamat sekitar April 5.

Qiūfēn (pīnyīn) atau Shūbun (Rōmaji) (Bahasa Cina and Jepun: 秋分; Bahasa Korea: 추분; Bahasa Vietnam: Thu phân; secara harifah: "autumnal ekuinoks") ialah tempoh suara ke-16 yang bermula apabila Matahari mencapai longitud cakerawala 180° dan tamat apabila Matahari mencapai longitud 195°. Inilah harinya apabila Matahari berada tepat pada longitud cakerawala 180°. Dalam kalendar Gregorian, tempoh ini biasanya bermula sekitar 23 September dan tamat sekitar 8 Oktober. Aksara Cina [[wikt:分| ]] bermaksud bahagian, maka ekuinoks musim bunga dan ekuinoks musim luruh masing-masing menandakan pertengahan musim bunga dan musim luruh, tidak seperti dalam budaya Barat yang mana ekuinoks ini menandakan permulaan musim berkenaan.

Aspek budaya[sunting | sunting sumber]

Dalam senarai di bawah istilah ekuinoks Mac dan September digunakan apabila sesuatu perayaan itu ditetapkan masanya, manakala istilah ekuinoks musim bunga dan musim luruh merujuk kepada perayaan yang disambut secara berbeza dalam kedua-dua hemisfera.

  • Pengiraan perayaan Easter dalam gereja Kristian (hari Ahad pertama selepas bulan purnama pertama pada atau selepas ekuinoks Mac), menggunakan takrifan sendiri untuk ekuinoks itu — iaitu sentiasa jatuh pada 21 Mac. Maka, tarikh terawal yang boleh dijadikan hari Easter dalam mana-mana tahun ialah 22 Mac.
  • Ekuinoks Mac menandakan hari pertama pelbagai kalendar termasuk takwim Iran dan takwim Bahá'í.[1] Perayaan Norouz disambut pada hari itu oleh orang Farsi (Iran) . Menurut mitos Farsi lama, Jamshid, raja Persia yang legenda, menaiki takhta pada hari ini dan setiap tahun peristiwa ini diperingati dengan perayaan selama dua minggu. Perayaan ini mengingatkan mitos penciptaan dan kosmologi purba orang Iran dan Farsi. Norouz juga dijadikan cuti di Azerbaijan, Afghanistan, India, Turki, Zanzibar, Albania, dan negara-negara Asia Tengah, serta juga di kalangan orang Kurdistan. Selain dijadikan perayaan agama Zoroastrian, Norouz juga dijadikan hari suci untuk penganut agama Bahá'í, dan orang Islam Nizari Ismaili yang sering dikenali sebagai pengikut Aga Khan.
  • Ekuinoks September menandakan hari pertama Mehr atau Libra dalam takwim Iran, dan juga salah satu perayaan Iran bergelar Jashne Mihragan, atau perayaan perkongsian atau cinta dalam Zoroastrianisme.
  • Di Jepun, (Mac) Hari Ekuinoks Musim Bunga (春分の日 Shunbun no hi?) ialah satu cuti umum rasmi yang disambut dengan menziarahi kubur saudara-mara dan mengadakan majlis perjumpaan keluarga. Begitu juga dengan Hari Ekuinoks Musim Luruh (September) (秋分の日 Shūbun no hi?).
  • Tahun Baru Tamil dan Bangla mengiut zodiak Hindu dan disambut mengikut ekuinoks musim bunga ikut bintang (14 April). Tahun Baru Tamil disambut di negeri Tamil Nadu di bahagian selatan India, manakala Tahun Baru Bangla disambut di Bangladesh dan negeri Bengal Barat di bahagian timur India.
  • Hari Bumi asalnya disambut pada 21 Mac 1970, iaitu hari ekuinoks. Sekarang Hari Bumi disambut di berbagai-bagai negara pada 22 April.
  • Di kebanyakan negara Arab, Hari Ibu disambut pada ekuinoks Mac.
  • Ekuinoks September pernah dijadikan "Hari Tahun Baru" dalam Kalendar Republik Perancis yang digunakan dari tahun 1793 hingga tahun 1805. Republik Pertama Perancis diisytiharkan dan monarki Perancis pula dimansuhkan pada 21 September 1792, menjadikan hari berikutnya sebagai hari ekuinoks pada tahun tersebut, hari pertama "Era Republik" di Perancis. Permulaan setiap tahun ditentukan melalui pengiraan falak (iaitu: mengikut Matahari yang sebenar dan bukannya Matahari min seperti dalam takwim lain).
  • Pesta menuai di United Kingdom disambut pada hari Ahad bulan purnama yang paling hampir kepada ekuinoks September.
  • Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan qamari ke-8, dan dijadikan cuti umum di kebanyakan negara Asia Timur. Disebabkan takwim qamari tidak segerak dengan takwim Gregorian, tarikh perayaan ini mungkin terletak di antara pertengahan bulan September dan awal bulan Oktober.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]