Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Elbrus Avia (Bahasa Rusia: Эльбрус-авиа) ialah sebuah syarikat penerbangan penumpang yang berasal dan beribu pejabat di Nalchik, Rusia. Syarikat penerbangan ini menawarkan pakej penerbangan terus Athens, Istanbul, dan Moscow, dan beberapa sesi penerbangan bermusim menuju ke Yerevan. Elbrus Avia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan ke Kabardino-Balkaria; di mana terletaknya Gunung Elbrus yang merupakan puncak tertinggi di Eropah, dan punca nama syarikat ini.