Elie Hobeika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Elie Hobeika memerintah pasukan bersenjata Pasukan Lubnan Nasrani "Christian Lebanese Forces", yang membunuh beratus hingga beribu wanita dan kanak-kanak pelarian Palestin di kemah pelarian Sabra dan Shatila di Lubnan pada tahun 1982.

Pada tahun 1983 penyiasatan Israel tentang penyembelihan kem pelarian mengatakan bahawa Ariel Sharon memikul tanggung jawab secara tidak langsung dan bahawa Elie Hobeika tidak memasuki kem, tetapi mengarah Nasarani bersenjata melalui komunikasi radio yang kemudiannya melaksanakan pembunuhan tersebut.

Elie Hobeika terbunuh, bersama pemandunya, oleh bom kereta di Beirut, Lebanon pada 24 Januari 2002. 22 poun TNT diletakkan dalam kereta Sedan berdekatan yang diletupkan; empat tangki oksigen dalam kereta Hobeika menguatkan lagi letupan. Satu kumpulan yang tidak pernah dikenali mengenalkan dirinya sebagai "Lebanese for a Free and Independent Lebanon" menghantar fax mengaku bertanggung jawab, menuduh Hobeika sebagai "agen Syria"; kumpulan itu tidak kedengaran lagi selepas itu. Lebanese Interior Minister Elias Murr telah menuduh Israel sebagai bertanggung jawab, berdasarkan kesan lesen kereta sedan; yang dinafikan dengan kerasnya oleh menteri luar Israeli Shimon Peres. Elie Hobeika dijadualkan untuk memberi keterangan terhadap Ariel Sharon mengenai penglibatannya dalam penyembelihan dalam mahkamah Belgium kerana jenayah terhadap kemanusiaan.

Bunyi tembakan bagi meraikan kematian Hobeika dilapurkan kedengaran di kem pelarian Palestin di Lubnan.

Lihat juga: Phalangist