Elizabeth II dari United Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Elizabeth II
Ratu United Kingdom dan Alam Komanwel lain
Elizabeth II pada tahun 2007
Elizabeth II pada tahun 2007
Pemerintahan 6 Februari 1952 hingga kini (55 tahun)
Pertabalan 2 Jun 1953
Pendahulu George VI
Pengganti Charles, Putera Wales
Pasangan Putera Philip, Duke Edinburgh
Anakanda
Charles, Putera Wales
Anne, Puteri Diraja
Putera Andrew, Duke York
Putera Edward, Earl Wessex
Nama penuh
Elizabeth Alexandra Mary[1]
Gelaran
HM The Queen
HRH Puteri Elizabeth, Duchess dari Edinburgh
HRH Puteri Elizabeth
HRH Puteri Elizabeth dari York
Wangsa Wangsa Windsor
Lagu diraja "God Save the Queen"
Ayahanda George VI
Bonda Elizabeth Bowes-Lyon
Lahir 21 April 1926 (88 tahun)
Mayfair, London , UK
Ditansir 29 Mei 1926[2]
Istana Buckingham, London[2]

Elizabeth II (lahir 21 April 1926 sebagai Elizabeth Alexandra Mary) merupakan Ratu United Kingdom dan lima belas negara lain, iaitu Alam Komanwel (Commonwealth Realm). Di samping United Kingdom, Elizabeth merupakan Ratu Kanada, Australia, New Zealand, Jamaica, Barbados, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Antigua dan Barbuda, Belize dan Saint Kitts dan Nevis. Di negara-negara tersebut, baginda diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral. Alam Komanwel mempunyai jumlah penduduk seramai 129 juta orang. Namun, kuasa baginda hanya terhad kepada budi bicara, dan baginda tidak mempunyai kuasa politik langsung di mana-mana negara Alam Komanwel.

Pemerintahan baginda yang begitu panjang menampakkan perubahan yang nyata dalam Alam Komanwel, khususnya United Kingdom, dan seluruh dunia. Antara peristiwa penting yang berlaku semasa pemerintahan Elizabeth ialah proses pembubaran Empayar British secara perlahan, iaitu dekolonisasi tanah jajahan Empayar British yang pada satu masa menjadi Empayar terbesar di dunia.

Pada 1947, baginda mengahwini Putera Philip, Duke Edinburgh, seorang putera Greece dan Denmark. Baginda berdua dikurniakan empat orang anak serta tujuh orang cucu.

Pemerintahan Ratu Elizabeth II merupakan antara tempoh yang paling lama di United Kingdom, selepas Ratu Victoria (63 tahun) dan Raja George III.

Antara negara-negara bekas Alam Komanwel, iaitu negara yang pernah diperintah oleh Elizabeth sebagai Ratu ialah Ceylon (Sri Lanka), Fiji, Gambia, Ghana, Guyana, India, Ireland, Kenya, Malawi, Malta, Mauritius, Nigeria, Pakistan, Sierra Leone, Afrika Selatan, Tanganyika (Tanzania), Trinidad dan Tobago dan Uganda. Kesemua negara ini memberhentikan sistem monarki apabila berubah menjadi republik.

Sebagai Ketua Negara United Kingdom, baginda merupakan Panglima Agung (Commander-in-Chief) Angkatan Tentera British, dan juga kebanyakan negara Alam Komanwel.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan di 17 Bruton Street, Mayfair, London pada 21 April 1926. Ayahanda dan bonda baginda ialah Putera Albert, Duke York (kemudian Raja George VI) dan Elizabeth Bowes-Lyon (kemudian Ratu Elizabeth, dan The Queen Mother selepas Elizabeth II menaiki takhta. Elizabeth ditansir (baptis) di Private Chapel Istana Buckingham oleh Cosmo Lang, Biskop Besar York (dan kemudiannya Biskop Besar Canterbury).

Elizabeth mempunyai seoran adinda, iaitu Puteri Margaret. Mereka diberi pendidikan di rumah. Elizabeth belajar sejarah dengan C. H. K. Marten, diajar agama oleh Biskop Besar Canterbury, serta boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Perancis. Gelaran yang digunakan oleh baginda sejak kelahiran baginda ialah "Puteri Elizabeth dari York" (Her Royal Highness Princess Elizabeth of York).

Pewaris takhta[sunting | sunting sumber]

Bapanya menjadi Raja United Kingdom selepas penurunan takhta bapa saudaranya Raja Edward VIII pada 1936. Selepas itu baginda dikenali sebagai "Puteri Elizabeth" (Her Royal Highness The Princess Elizabeth). Semasa bermulanya Perang Dunia II, Elizabeth berumur 13 tahun dan dipindahkan ke Windsor Castle. Pada 1945, baginda menyertai Angkatan Tentera di bawah Perkhidmatan Wilayah Sokongan Wanita. Elizabeth merupakan satu-satunya kerabat diraja wanita yang menyertai Angkatan Tentera.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Elizabeth menemui dua pupunya Putera Philip, Duke Edinburgh ketika baginda berusia 13 tahun. Mereka berkahwin pada 20 November 1947. Dahulunya perkahwinan mereka menimbulkan kontroversi, kerana Philip merupakan seorang penganut Ortodoks Greek, dan kakak-kakanya mengahwini penyokong Nazi.

Pada 14 November 1948, Elizabeth dikurniakan anak pertama baginda, Charles. Mereka mempunyai empat anak:

  1. Putera Charles, Putera Wales (lahir 14 November 1948)
  2. Puteri Anne, Puteri Diraja (lahir 15 Ogos 1950)
  3. Putera Andrew, Duke York (lahir 19 Februari 1960)
  4. Putera Edward, Earl Wessex (lahir 10 Mac 1964)

Menaiki takhta[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 1952, semasa Elizabeth dan suaminya sedang berlawat ke Kenya, ayanhanda baginda, George VI meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Baginda pulang ke Britain dengan segera. Upacara pertabalan baginda diadakan pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey.

Sebagai Ratu[sunting | sunting sumber]

Selepas menjadi Ratu Britain, Elizabeth dan suami baginda telah berpindah ke Istana Buckingham. Namun, baginda dikatakan lebih menyukai Istana Windsor sebagai kediaman. Elizabeth banyak mengadakan lawatan ke seluruh pelosok dunia. Baginda merupakan ratu pertama melawati Australia, New Zealand dan Fiji. Pada 1957, baginda telah berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebelum ke Kanada. Pada 1961, Elizabeth melawati Turki, India, Iran, Pakistan dan Nepal. Pada 1991, baginda juga berucap dalam sesi Kongres Amerika Syarikat dan pada 2007, baginda berucap dalam Perhimpunan Agung Virginia. Elizabeth seing menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) sebagai Ketua Komanwel.

Hubungan keluarga[sunting | sunting sumber]

Elizabeth dan suaminya Putera Philip, Duke Edinburgh telah meraikan ulang tahun perkahwinan permata mereka pada November 2007. Baginda juga mempunyai hubungan yang erat dengan anakanda baginda, serta cucu-cucu baginda, terutamanya, Putera William, Puteri Beatrice dan Zara Phillips.

Kelanjutan usia[sunting | sunting sumber]

Tempoh pemerintahan Ratu Elizabeth merupakan kedua paling lama di dunia (selepas Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand) dan kedua paling lama di United Kingdom (selepas Ratu Victoria dari United Kingdom). Dalam tempoh itu, United Kingdom telah dipimpin oleh dua belas Perdana Menteri.

Kalau Elizabeth memerintah sehingga 9 September 2015 (usia 89), baginda akan menjadi ratu yang mempunyai tempoh pemerintahan yang paling lama di Britain.

  1. As a titled royal, HM holds no surname, but, when one is used, it is Windsor
  2. 2.0 2.1 "80 Things You (Probably) Didn't Know About Queen Elizabeth". Time Europe. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-30. http://web.archive.org/web/20060630201642/http://www.time.com/time/europe/html/060417/facts.html. 
Raja United Kingdom
 Kerajaan
Great Britain
Anne | George I† | George II† | George III
Union flag 1606 (Kings Colors).svg
 United Kingdom  George III†/‡ | George IV‡ | William IV‡ | Victoria | Edward VII | George V** | Edward VIII** | George VI** | Elizabeth II**
* Juga Raja Ireland | ** Juga Raja bagi Alam Komanwel|† Juga Pemilih Hanover|‡ Juga Raja Hanover
Flag of the United Kingdom.svg



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.