Elizabeth Wong Keat Ping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Elizabeth-wong.jpg
YB Elizabeth (The Sun)
Fail:Elizabeth-wong1.jpg
YB Elizabeth Wong)

Elizabeth Wong Keat Ping atau Elizabeth Wong (bahasa Cina: 黄洁冰) merupakan ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat berketurunan Cina dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab dalam pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar. Elizabeth masih bujang berusia 37 tahun.

Aktivis hak asasi manusia[sunting | sunting sumber]

Beliau terlibat di dalam hak asasi manusia semenjak dari zaman pelajarnya di Sydney dan seterusnya semasa kerjanya di Nepal. Beliau pernah menjadi setiausaha agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia dari tahun 2000 hingga 2006 (sekarang ini menjadi ahli Ex-Com), satu ahli sekretariat Suaram dan telah menjadi fellow hak asasi manusia bagi Majlis Carnegie bagi Etika dan Hal Ehwal Antarabangsa (2002-03). Beliau juga menjadi seorang perunding politik dan telah melibatkan diri di dalam pembinaan Kaukus Antara Parlimen Asean bagi Myanmar dan juga Kempen Pembebasan dan Demokrasi bagi Hak Asasi Manusia di Aceh.[1]

Penglibatan di dalam politik[sunting | sunting sumber]

Elizabeth telah memasuki arena pilihan raya sebagai satu calon di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dan pada 8 Mac 2008, Wong telah dipilih menjadi ADUN Bukit Lanjan dengan satu majoriti lebih 5000, majoriti kedua terbesar telah dimenangi oleh PKR di Selangor.

Buat pertama kali juga kerusi ini jatuh ke Pakatan Rakyat. Sejarah terbentuk kemudian apabila kerusi Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor - negeri yang paling maju dan makmur di Malaysia, bersama-sama negeri-negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Beliau telah dilantik menjadi Exco negeri Selangor, di dalam Hal Ehwal Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar.

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Informasi Wanita PKR dan juga di peringkat bahagian Petaling Jaya Utara.

Sebaran gambar bogel di internet[sunting | sunting sumber]

Gambar bogel beliau semasa sedang tidur telah diedarkan di internet, mungkin dicuri rakam[2].Pada 16 Februari 2009, Eizabeth membuat laporan polis terhadap pencerobohan hak peribadinya. Foto dan rakaman video itu mungkin diambil di rumahnya di Bukit Gasing, Petaling Jaya. Elizabeth membuat laporan polis di Balai Polis Damansara. Kemudian sekali lagi memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 17 Februari 2009. Polis akan mendapatkan maklumat tambahan termasuk gambar-gambar tersebut dan bagaimana mula tersebar sebelum tindakan seterusnya dijalankan.[3] Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman menyiasat mengikut mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu mengedar bahan lucah. Wartawan yang melihat gambar dalam telefon bimbit tersebut dan lain-lain akan dipanggil untuk membantu siasatan. [4]

Pada 17 Februari Elizabeth Wong mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Selangor. Wong mempertahankan dirinya tidak bersalah dan tawar untuk meletakkan jawatan dan akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mengatur urusan penyerahan tanggungjawabnya mengikut prosedur sepatutnya.[5] Beberapa pemimpin dan penyokong Elizabeth Wong hadir memberi sokongan. Antaranya ialah ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, exco negeri, Teresa Kok dan Xavier Jayakumar, serta naib presiden PKR, Sivarasa K. Rasiah. [6]

Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Elizabeth Wong memikirkan semula keputusan untuk meletakkan jawatan ADUN Bukit Lanjan. Beliau dinasihatkan bercuti dan selepas 'bertenang' barulah membuat keputusan. Ketua PKR Selangor juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor untuk menjelaskan situasi semasa dan mendapatkan nasihat baginda.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]