Ellen Pompeo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ellen Pompeo
Kelahiran
Ellen Kathleen Pompeo

(1969-11-10) 10 November 1969 (umur 54)
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1994–kini
PasanganChris Ivery (k. 2007)
Anak-anak3

Ellen Kathleen Pompeo (lahir 10 November 1969) merupakan seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau lebih dikenali sebagai Meredith Grey atau Dr. Grey yang dilakonkannya menerusi drama kedoktoran popular terbitan ABC, Grey's Anatomy.[1][2][3][4][5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Pompeo dilahirkan di Everett, Massachusetts sebelum menetap di New York. Datuknya merupakan anak kelahiran Gesualdo, sebuah kampung di Province of Avellino, Itali. Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia empat tahun. Pada 1996, beliau menjadi pelayan di SoHo Bar & Grill. Pada masa yang sama, beliau ditawarkan berlakon untuk iklan televisyen seperti Citibank dan L'Oreal. Beliau pernah terbabit dalam Strangers with Candy yang membawa tuah kepadanya apabila ramai produser filem memilihnya untuk memegang salah satu watak dalam filem-filem mereka.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pompeo pada 2008

Mempunyai impian untuk berjaya dalam bidang lakonan, Pompeo nekad untuk berhijrah ke Los Angeles pada 2001. Seorang pengarah, Brad Silberling telah memilih beliau untuk berlakon dalam filem Moonlight Mile pada 2002. Beliau juga terbabit dalam filem Daredevil sebagai setiausaha Matt Murdock (Ben Affleck), Karen Page, tetapi malangnya kebanyakan babak membabitkan beliau terpaksa diposong. Beliau bekerjasama dengan Jim Carrey sebagai, Naomi, pada 2004 untuk Eternal Sunshine of the Spotless Mind, tetapi malangnya kesemua babak membabitkan beliau terpaksa dipotong (namun babak beliau masih boleh ditonton menerusi DVD untuk filem terbabit). Pada 2002 dan 2003, Pompeo membintangi Old School sebagai Nicole dan Catch Me If You Can sebagai Marci. Beliau juga diundang sebagai pelakon jemputan drama Law & Order untuk dua episod dan drama komedi Friends untuk episod The One Where the Stripper Cries. Pompeo akhirnya mendapat tawaran sebagai watak utama menerusi drama kedoktoran ABC, Grey's Anatomy, yang diambil semperna wataknya, Meredith Grey, seorang pakar bedah. Pada 2007, Pompeo telah dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik di dalam Siri Drama pada anugerah Golden Globe. Untuk tahun itu juga, beliau telah menandatangai perjanjian untuk terus membintangi drama Grey's Anatomy dan beliau dibayar hampir $200,000 per episod.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mengikat tali pertunangan dengan seorang produser muzik, Christopher Ivery[2]. Mereka bertemu pada 2003 apabila seorang teman telah memperkenalkan kepada mereka antara satu sama lain di Whole Foods Market, tetapi hanya keluar bersama enam bulan selepas itu.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • Life of the Party (2005) .... Phoebe
  • Grey's Anatomy (2005 - kini) Siri TV .... Dr. Meredith Grey
  • Eternal Sunshine of the Spotless Mind (2004) Naomi (babak dibatalkan)
  • Art Heist (2004) .... Sandra Walker
  • Nobody's Perfect (2004) .... Veronica
  • Friends (The One Where the Stripper Cries) (2004)....Missy Goldberg
  • Undermind (2003) .... Flynn
  • Old School (2003) .... Nicole
  • Daredevil (2003) .... Karen Page
  • Catch Me If You Can (2002) .... Marci
  • Moonlight Mile (2002) .... Bertie Knox
  • In the Weeds (2000) .... Martha
  • Eventual Wife (2000) .... Beth
  • Coming Soon (1999) .... Upset Girl
  • 8 1/2 x 11 (1999) .... Wanita Sumber Manusia
  • Strangers With Candy (1999) .... Lizzie Abrams

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ellen Pompeo - Biography". TV Guide.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 6, 2014. Dicapai pada September 27, 2014.
  2. ^ "Ellen Pompeo Quietly Weds in New York". People. Diarkibkan daripada yang asal pada March 20, 2016. Dicapai pada May 22, 2016.
  3. ^ "Obituaries 09-13-2012 | Charlestown Patriot-Bridge". Charlestownbridge.com. October 13, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2012. Dicapai pada April 11, 2013.
  4. ^ "Descendants of Mary Coffey and Dennis O'Keefe:Information about Ellen Pompeo". Genealogy.com. November 10, 1969. Diarkibkan daripada yang asal pada February 22, 2014. Dicapai pada April 11, 2013.
  5. ^ "Ellen Pompeo: strength from a challenging early life". The Inner Actor. November 4, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada April 30, 2017. Dicapai pada May 10, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]