Emeelya Elyana Emrizal
| Erneelya Elyana Emrizal | |
|---|---|
| Latar belakang | |
| Nama lahir | Erneelya Elyana binti Emrizal |
| Kelahiran | 5 Julai 1987 (25 tahun) |
| Berasal dari | Shah Alam, Selangor, |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
| Tahun aktif | 2001—kini |
| Label | Fantasia Music City, Media Prima, Astro Shaw/Tayangan Unggul |
| Laman web | http://www.myspace.com/elyanamusic |
Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana (lahir: 5 Julai 1987) merupakan seorang penyanyi Malaysia yang mulai menceburi dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun.
Isi kandungan |
Kerjaya [sunting]
Elyana mula diperkenalkan oleh komposer Patrick Khamis menerusi lagu pop Niat yang dimuatkan dalam album komposer tersebut. Lagu Niat yang diputar pada tahun 2001 menjadi antara lagu paling hits sekaligus memperkenalkan Elyana dan mendapat beberapa pencalonan dalam pelbagai majlis anugerah muzik.[1]
Muzik [sunting]
Elyana muncul dengan album pertama ketika berusia 15 tahun menerusi album berjudul Satu pada 2002, kemudian disusuli dengan album kedua (yang kurang mendapat publisiti) iaitu album Segalanya pada 2003. Menerusi album ini, Elyana bereksperimentasi dengan muzik pop rock sentuhan Tam Spider menerusi lagu berjudul "Cahaya Gelita".
Masih bersekolah di tingkatan 4 ketika muncul dengan 2 album ini,Elyana menamatkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2004. [2]Sehingga kini, dia telah merakamkan empat album solo.
Album solo ketiganya, Bicara Mata Ini yang muncul pada 2005 ketika beliau berusia 18 tahun melonjakkan kembali nama penyanyi ini. Album ini menampilkan banyak lagu hits, antaranya ialah "Tak Tercapai Akalmu". Elyana dan penerbitnya, Aidit Alfian mempertaruhkan genre muzik yang belainan daripada penyanyi sedia ada. Menerusi lagu "Tak Tercapai Akalmu", mereka berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke 21 pada Januari 2007.
Rentetan kejayaan itu, Elyana dan Aidit Alfian kini mempertaruhkan album terbaru berjudul Jadi Diriku yang muncul pada bulan November 2007. Album ini mendapat ulasan yang baik dari penggiat seni muzik dan juga media di Malaysia.[perlu rujukan] Menampilkan lagu-lagu seperti "Kau atau Aku (Main Tarik Tali)" dan '"Kalis Rindu", album Jadi Diriku menjadi antara album terbaik untuk tahun 2007.[perlu rujukan]
Bidang lakonan [sunting]
Elyana juga menceburi dunia lakonan secara serius. Pada mulanya, Elyana muncul dalam sebuah drama yang tidak ditayangkan iaitu Sepai Tajul Muluk pada 2003, kemudian Elyana hanya secara suka-suka muncul dalam drama seram arahan Ellie Suriaty Omar pada tahun 2004 berjudul Seriau. Namun selepas aksi lakonannya yang dikatakan baik, beliau mendapat tawaran untuk muncul dalam beberapa produksi lain.
Filem pertama Elyana ialah filem bengenre seram dan pengembaraan remaja - Gong(2006) yang menjalani pengambaran di Jogjakarta, Indonesia. Filem arahan Sandosh Kesavan ini menerima 3 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke 19. Turut berlakon dalam filem ini ialah Fasha Sandha dan aktor Indonesia, Teuku Zacky.
Seterusnya Elyana disunting untuk membintangi filem seram blockbuster berjudul Dukun. Filem arahan Dain Iskandar Said ini menjalani pengambaran pada 2006 dan dilakonkan oleh aktres tersohor Malaysia, Umie Aida disamping barisan pelakon kelas A seperti Faizal Hussein,Namron, Adlin Aman Ramli, Ramli Hassan dan Hasnul Rahmat. Elyana memegang watak sebagai banduan juvana dalam filem ini, lakonan Elyana dalam filem ini mendapat pujian dari penggiat seni. Walaubagaimanapun, lakonan mantap beliau dalam filem ini tidak dapat ditonton peminat kerana filem ini diharamkan tayangan kerana dikatakan dibuat berdasarkan kisah benar pembunuhan oleh dukun terkenal Malaysia, Mona Fandey.
Selari dengan 3 produksi drama/filem seram lakonannya, muzik dan imej Elyana juga tampil ghotik seperti yang ditampilkannya menerusi album kedua dan ketiganya.
Karier lakonan Elyana tidak berakhir disitu. Pada 2006, Elyana berjaya mendapat watak utama dalam siri TV komedi remaja berjudul Dunia Baru terbitan Grand Brilliance. Siri TV ini mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi rancangan TV yang tinggi rating nya dengan 2.3 juta penonton. Dalam Dunia Baru, Elyana memegang watak utama sebagai Sofia Nordin atau Opie, seorang gadis biasa yang kasar dan sentiasa merasa dirinya tidak sempurna. Kisah pelajar jurusan kejuruteraan ini juga dibintangi pelakon remaja seperti Pierre Andre, Wan Ellyas, Almy Nadia, Anne Ngasri, Anita Baharom dan [Que Haidar]]. Lagu Pakai Kanta Cinta ciptaan AG Coco daripada kumpulan Hujan dijadikan lagu tema drama ini.
Lanjutan dari kejayaan musim pertama siri TV ini, Dunia Baru dilanjutkan kemusim kedua pada akhir 2006 dan musim ketiga pada akhir 2007. Siri TV ini masih kekal antara program paling tinggi rating di TV. Elyana juga sudah serasi dengan watak Opie dalam drama ini.
Tidak hanya di TV, pada Februari 2008 ini, Elyana buat pertama kali akan memegang watak utama dalam filem Dunia Baru The Movie. Filem arahan M Hitler Zami ini mengekalkan pelakon siri TV Dunia Baru dengan kemunculan beberapa bintang komedi seperti Opie Zami dan Kenchana Dewi.
Selepas tamat siri Dunia Baru musim ketiga pada Januari 2008, Elyana muncul dengan siri TV terbaru berjudul Renjis. Drama siri ini mendapat sambutan menggalakkan hingga mencecah 2.1 juta penonton di Astro Ria. Pada musim pertama, Elyana memegang watak sebagai Kirana, perunding perkahwinan yang menghadapi dilema dalam memilih bakal suami. Musim pertama menyaksikan Elyana bergandingan bersama aktor Ashraf Sinclair, manakala musim kedua bersama aktor Kamal Adli. Pelakon lain yang turut membintangi siri tersebut ialah Ashraf Muslim, Liza Abdullah, Syed Ali dan Sherry Ibrahim.
Pada November 2009, Elyana muncul dengan siri TV terbaru beliau berjudul Kamelia Katrina sementara filem terbarunya berjudul Hooperz bergandingan bersama aktres komedi popular Amy Mastura dan aktor kacak Remy Ishak dijadualkan bakal muncul pada awal 2010.
Kini Elyana dikenali sebagai pelakon dan penyanyi rock remaja wanita yang paling popular di Malaysia dengan pencapaian yang seimbang diantara kedua-dua bidang. Dalam usia 21 tahun, Elyana bakal terus popular dengan imej tersendirinya seperti vokal unik dan bertenaga, sering berkaki ayam di atas pentas, muzik rock yang unik, karekter lucu dalam lakonan serta fesyennya yang popular dan menjadi ikutan muda mudi.
Komersial [sunting]
Elyana merupakan duta produk Converse pada tahun 2003 dan 2004. Elyana menyambung kontrak bersama Converse pada tahun 2008.
Diskografi [sunting]
Album studio [sunting]
- Satu (2002)
- Segalanya (2003)
- Bicara Mata Ini (2005)
- Jadi Diriku (2007)
Single [sunting]
| Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Era | Muzik.fm | Hot.fm | Muzik-muzik | |||
| 2001 | "Niat" | 2 | 1 | — | 4 | Pilihan Bestari Patrick Kamis |
| 2002 | "Rela" | 4 | 3 | — | — | Satu |
| "Ironi" | 1 | 1 | — | 5 | ||
| "Suka" | — | — | — | — | ||
| "Hasrat" | — | 12 | — | — | ||
| "Cinta Remaja" duet bersama kumpulan Antz |
8 | 7 | — | — | Pintas | |
| 2003 | "Sandiwara" | 18 | 9 | — | — | Segalanya |
| "Cahaya Gelita" | 4 | 5 | — | 6 | ||
| "Pulang Menjadi Milikku" | — | — | — | — | ||
| 2004 | "Ku Punya Waktu" | — | — | — | — | |
| 2005 | "Tak Tercapai Akalmu" | 1 | 1 | — | 1 | Bicara Mata Ini |
| "Diriku Tapak Sulaiman" | 2 | 1 | — | 2 | ||
| 2006 | "Di Atas Medan Kasih" | — | — | — | 8 | |
| "Missed Call" | — | 7 | — | — | ||
| "Pakai Kanta Cinta" | 12 | 4 | — | — | ||
| 2007 | "Kau Atau Aku (Main Tarik Tali)" | 1 | 1 | 2 | 1 | Jadi Diriku |
| "Kalis Rindu" | 1 | 1 | 1 | 1 | ||
| 2008 | "Bukannya Satelit" | 5 | 6 | 10 | — | |
| "Syukur Ku Sedar" | — | 14 | — | — | ||
| "Molek" | 7 | 11 | 4 | — | ||
| 2011 | "Sewaktu Dulu-dulu" | 6 | 4 | 17 | — | Single |
Persembahan dan konsert [sunting]
- Anugerah Personaliti Hiburan (Media Hiburan) 2003 menyampaikan lagu Warna bersama Sarah dan Misha Omar
- Konsert Jamm@McD 2003 menyanyikan lagu Ku Bahagia (Melly Goeslaw)
- Anugerah Era 03 bergandingan bersama Ezlynn, Azharina dan Naufara dalam medley 70an
- Anugerah Industri Muzik ke 13 (2006) menyampaikan lagu Tak Tercapai Akalmu
- Anugerah Era 06 menyampaikan lagu Diriku Tapak Sulaiman
- Anugerah Juara Lagu ke 21 (2007) mempertandingkan lagu Tak Tercapai Akalmu
- Konsert Hot.fm Big Jamm 2008 menyampaikan lagu Kalis Rindu dan Kau Atau Aku bersama kumpulan COCO
- Konsert Zoom In RTM bersama Elyana (Mac 2008) di Angkasapuri.Elyana diiringi band COCO berkolaborasi bersama band-band indie seperti Hujan,Meet Uncle Hussein,dan penyanyi remaja Iqwal.
- Anugerah Planet Muzik 2008 menyampaikan lagu Kalis Rindu
- Anugerah Industri Muzik ke 15 (2008) sebagai penyampai anugerah bersama Dina dan Lah Ahmad
Bidang Lakonan [sunting]
Filem [sunting]
| Filem | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Filem & Pengarah | Peranan | Nota |
| 2006 | Gong | Ika
|
|
| 2008 | Dunia Baru The Movie | Sofia Nordin / Opie
|
|
| 2010 | Hooperz | TBA
|
|
| Tidak Ditayangkan | Dukun | Nadia Karim |
|
Drama [sunting]
| Telefilem | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Telefilem & Pengarah | Nota | |
| 2003 | Sepai Tajul Muluk |
|
|
| 2004 | Seriau | ||
| 2008 | Sabrina | ||
Siri TV [sunting]
| Siri TV | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Siri TV | Peranan | Saluran |
| 2006 | Dunia Baru
|
Sofia Nordin aka Opie
|
TV3, Slot Lestary |
| 2007 | Dunia Baru
|
Sofia Nordin aka Opie
|
TV3, Slot Lestary |
Susuk
|
Pelakon undangan
|
TV3, Slot Seram | |
| 2008 | Dunia Baru
|
Sofia Nordin aka Opie
|
TV3, Slot Lestary |
Renjis
|
Kirana
|
Astro Ria MEGADRAMA | |
Renjis
|
Kirana
|
Astro Ria MEGADRAMA | |
| 2009 | Kamelia Katrina
|
Katrina
|
Astro Ria MEGADRAMA |
Siri Online [sunting]
| Siri Online | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Siri TV | Peranan | Saluran |
| 2006 | Dunia Baru- Renunion
|
Sofia Nordin aka Opie
|
GuaTV; gua.com.my |
Pencapaian [sunting]
Anugerah [sunting]
| Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | ||||
|---|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album | Keputusan |
| 2001 (AIM ke 9) | Artis Harapan | Elyana | Single Niat | Dicalonkan |
| 2005 (AIM ke 13) | Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik | Tak Tercapai Akalmu | Bicara Mata Ini | Dicalonkan |
| 2007 (AIM ke 15) | Persembahan Vokal Wanita Terbaik | Elyana | Jadi Diriku | Dicalonkan |
| Video Muzik Terbaik | Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) | Dicalonkan | ||
| Anugerah Planet Muzik Nusantara (APM) | ||||
|---|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album | Keputusan |
| 2002 | Artis Baru Wanita Terbaik | Elyana | Single Niat | Dicalonkan |
| 2007 (AIM ke 15) | Artis Wanita Terbaik | Elyana | Jadi Diriku | Dicalonkan |
| Artis Wanita Popular | Elyana | Dicalonkan | ||
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 2002 | Artis Baru Wanita Popular | Menang | |
| 2008 | Penyanyi Wanita Popular | Dicalonkan | |
| Anugerah Juara Lagu (AJL) | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
| 2006 (AJL 21) | Tak Tercapai Akalmu Comp. Aidit Alfian & Ad Samad | Pop Rock | Dicalonkan |
| 2008 (AJL 23) | Kalis Rindu Comp. Aidit Alfian & Ad Samad | Pop Rock | Dicalonkan |
| Separuh Akhir Muzik Muzik | |||
| Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
| 2002 (AJL 17) | Niat Comp. Patrick Khamis | Balada | Gagal ke Final |
| Anugerah Skrin | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Filem/ Drama | Keputusan |
| 2008 | Pelakon Wanita Terbaik | Dunia Baru The Movie | Dicalonkan |
| Anugerah Era | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Keputusan |
| 2002 | Artis Harapan | Niat | Dicalonkan |
| Anugerah Citrawangsa, Dewan Bahasa Pustaka | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 2005 | Galakan Penulisan Lirik Bahasa Melayu | Menang
|
|
| Voice of Asia Kazakhstan | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Hadiah | ||
| 2002 | Menang| Anugerah Khas Pilihan Juri | ||
| Menang | Peserta Paling Popular | |||
| Senarai EH! Yang Anggun | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kedudukan | Nota | |
| 2005 | Top 20 | Menang | |
| 2008 | Top 20 | Menang | |
| Anugerah Media Hiburan | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 2002 | Anugerah Bakat Baru Penyanyi | Menang | |
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Kosmo
- Berita Utusan - repost di forum cari.
- Berita Harian.
- Emeelya Elyana Emrizal.
- http://elyana.ning.com
- ElyanaNews Blog
| Anugerah dan pencapaian | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Maya Karin |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Artis Baru Wanita Popular 2002 |
Diikuti oleh: Misha Omar |
| Didahului oleh Ferhad |
Anugerah Media Hiburan - Bakat Baru Penyanyi 2002 |
Diikuti oleh: Misha Omar |