Eman Manan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eman Manan

Kelahiran
Abdul Manan bin Embong

(1958-01-01) 1 Januari 1958 (umur 66)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1984–kini
PasanganOgy Ahmad Daud (k. 1990; c. 2003)
KeluargaFad Anuar (anak saudara)

Abdul Manan Embong SMT AMN atau lebih dikenali sebagai Eman Manan (lahir 1 Januari 1958) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal melalui peranan lakonan di televisyen dan filem. Beliau telah lapan kali tercalon untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan menang tiga kali daripadanya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan pelakon Ogy Ahmad Daud pada 23 Disember 1990, perkahwinan mereka mendapat liputan meluas daripada media ketika itu. Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pertama kali memijakkan kakinya dalam bidang lakonan pada 1984 menerusi filem Matinya Seorang Patriot arahan Dato' Haji Rahim Razali ketika beliau berusia 26 tahun. Beliau meneruskan rentetan kerjasama bersama Rahim menerusi dua lagi filem, Tsu Feh Sofiah (1986) dan Puteri (1987).

Pada tahun 1990, Eman membintangi drama pertamanya ialah Marlia. Lapan tahun kemudian, beliau berlakon di samping Rosyam Nor (kini Datuk) dan Nina Juren (kini Datin) menerusi filem Lenjan, arahan Ismail Yaacob. Menerusi watak Amir, beliau berjaya menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 1998.[2]

Eman paling dikenali menerusi gandingannya bersama Betty Banafe dalam filem drama Buai Laju-Laju arahan U-Wei Hj Saari yang ditayangkan pada 9 September 2004. Persembahannya dalam filem ini melayakkan beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1984 Matinya Seorang Patriot Saiful Filem pertama
1986 Tsu Feh Sofiah
1987 Puteri Iskandar
Bayangan Cinta Akhbar Filem usahasama Malaysia - Indonesia
1988 Yassin Yassin Filem berdasarkan kisah benar seorang pejuang nasionalisme-Yassin yang dibicarakan di mahkamah rakyat Bintang Tiga pada 1945. Heroin: Uji Rashid sebagai Cik Jah (isteri Yassin)
1990 Rentak Mat Desa
1991 Bintang Malam Yazid
1992 Syahadat Farouk
Ops Belantara Johan
1994 Femina Pyan
1998 Lenjan Amir
2002 Zaleha Ayam Patah Dr. Rahman Filem pendek
2004 Buai Laju-Laju Amran
2005 Kemarau Cinta Zaman
2007 Haru Biru Abang Kechik Pelakon undangan
2008 Wayang Tok Dalang Awang Lah
2011 Karipap-Karipap Cinta Dato' Razali Bunari
2014 Laga Seman
2021 Tarantula X ASP Anuar
2023 Rahsia Tan Sri Karim
TBA Dimensi Cinta Tidak ditayangkan
Surat Muhammad Pos-produksi
Takluk: Inspirasi Lahad Datu Pra-produksi
Geran 2 Dalam perancangan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1989 Luk Tujuh TV3 Drama pertama
1990 Marlia TV1
1994 Dunia Punya Cerita TV3
Pendekar Kundur TV1
1998–2002 Keris Hitam Bersepuh Emas Bitara
2008 Lara Rindu Mahsuri TV3
2011 Tahajjud Cinta Ustaz Shauki
2012 Masihkah Ada Ramadan Ibrahim Astro Prima
2013 Jihad Iskandar Iskandar
2016 Kerambit Rahman TV2
2022 Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti Muda Primula Astro Ria
2023 Perempuan Itu Ustaz Salahudin Tonton Penampilan khas

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1988 Permatang Budi Hassan TV1 Telefilem pertama
1993 Ianya.... Anugerah TV3
Cukup Sampai Di Sini
Ladang Tini
1994 Cinta Buta TV1
2003 Suri Rumah Adi VCD
Orang Kasar Murad di samping Jalaluddin Hassan & Uji Rashid
2005 Ops Landau Sarjan Mejar Hashim TV2
2006 Episod Terakhir TV1
2008 Ombak Laut China Selatan Arman Astro Ria
Ana Nak Susu Rahmat Astro Oasis
2011 Taubah Jalil TV1
Manual Cinta Haikal
Parit Jawa Arman Astro Box Office
Iqra' Arman TV3
Kenapa Aku Mencuri? Hamid Astro Prima
Janjiku Pada Al-Walid Khalid TV3
Pak Ngah Haji Omar Pak Ngah Haji Omar TV AlHijrah
Janji Syurga Andak Astro Oasis
2012 Kabus
Rahmat... Ana Nak Susu Rahmat
Parut Ashikin Ustaz Muas Astro Citra
2013 Antara Safa & Marwah Tuan Malik Astro Prima
2014 Kata Samseng Seman TV2
2015 Kasyaf TV1
Pak Din Morris Pak Din
Nasi Ayam Duda Sani TV2
2016 Epok Pak Din TV3
Batas Deraman TV2
Munajat Suci Tuan Syed Ali Astro Prima
Terputusnya Sebuah Doa Qamar Astro Ria
2017 Rantai Husin TV2
Kismet Shahrom TV3
The Berlian Job J Astro Citra
Srengenge Imam Hamad TV1
Kasih Seorang Ayah Pak Yusuf TV3
2019 Takkan Gentar Omar TV3
2020 Satu Kampung Dua Orang Buyung Astro Citra
2023 Tentang Ogos Ismail TV2

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya Keputusan
1984 Festival Filem Malaysia ke-5 Pelakon Lelaki Terbaik "Matinya Seorang Patriot" Menang
1987 Festival Filem Malaysia ke-7 Pelakon Lelaki Terbaik "Puteri" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pertama Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
1989 Festival Filem Malaysia ke-8 Pelakon Lelaki Terbaik Yassin Tercalon
Anugerah Seri Angkasa 1989 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) "Hambali Seorang Jeneral" Tercalon
1990 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-3 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
1991 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-5 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
1992 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-6 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
Bintang Paling Popular Menang
Festival Filem Malaysia ke-10 Pelakon Lelaki Terbaik "Bintang Malam" Menang
1993 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-7 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
Pelakon TV Lelaki Popular Menang
1994 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-8 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-11 Pelakon Lelaki Terbaik "Femina" Tercalon
1995 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-9 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
1998 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-11 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
1999 Festival Filem Malaysia ke-14 Pelakon Lelaki Terbaik "Lenjan" Tercalon
Anugerah Skrin 1999 Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Tercalon
2004 Festival Filem Malaysia ke-17 Pelakon Lelaki Terbaik "Buai Laju-laju" Menang
2005 Anugerah Skrin 2005 Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Tercalon
2006 Anugerah Skrin 2006 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) "Episod Terakhir" Tercalon
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Pelakon Lelaki Terbaik "Wayang" Tercalon
Anugerah Skrin 2008 Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Menang
2010 Anugerah Seri Angkasa 2010 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) "Melukut Kasih Di Kaki Santubong" Tercalon
2011 Anugerah Skrin 2011 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) "Janji Syurga" Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Anugerah Sri Perak Tercalon
2012 Anugerah Skrin 2012 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) "Parut Asyikin" Tercalon
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Lelaki Terbaik Drama "Kasih Seorang Ayah" Tercalon
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon TV Lelaki Terbaik (Telefilem) "Satu Kampung Dua Orang" Menang


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hanya Ogy isteri saya Diarkibkan 2018-06-23 di Wayback Machine Utusan Malaysia (13 November 2010). Dicapai pada 23 Jun 2011.
  2. ^ A. Wahab Hamzah (3 Julai 1998). Lenjan filem saspens yang menarik Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2010.
  3. ^ Muzlina Abu Bakar (7 Ogos 2004). Buai Laju-laju Diarkibkan 2018-08-12 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Ogos 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]