Embun (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Embun
Embun.jpg
Pengarah Erma Fatima
Penerbit Filem Negara Malaysia
Pengarang Rohiman Haroon
Erma Fatima
Lakonan Umie Aida
Aqasha
Izi Yahya
Hani Mohsin
Bahasa Melayu, Jepun
Rujukan IMDb

Embun ialah tajuk bagi sebuah filem Malaysia berunsurkan drama, peperangan dan romantis yang pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 2002 (iaitu dibuka pada 1 Ogos, kebetulannya menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara ketika itu). Filem arahan Erma Fatima ini yang panjangnya 135 minit ini dibintangi Umie Aida, Aqasha, Hani Mohsin dan Izi Yahya dan diterbit oleh Filem Negara Malaysia. Dialog filem Embun berbahasa Melayu dan Jepun kerana berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Filem ini merupakan usahasama Filem Negara Malaysia dan FINAS.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah kehidupan tiga manusia yang hidup pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu gadis bernama Embun (Umie Aida), bersama abangnya Bayu (Hani Mohsin) serta kekasihnya, Leftenan Koishi (Aqasha). Embun yang berusia 17 tahun adalah wanita Melayu yang mempunyai semangat pembebasan dan daya juang yang tinggi. Dia bukan seperti wanita sezamannya yang asyik terperap di dapur atau banyak mengalah dalam dominasi lelaki. Seperti abangnya yang menjadi penggerak utama Kesatuan Melayu Muda di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Embun berpendapat bahawa kedatangan Jepun dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajah Inggeris. Bayu adalah seorang lepasan sekolah Arab dan menjadi pengikut setia pengasas KMM, Ibrahim Haji Yaakob serta anak asuhan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Mereka dengan senangnya mempercayai slogan "Asia Untuk Asia" dan "Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya" yang dilaungkan pemerintah Jepun.

Suatu hari, setahun selepas kedatangan pihak Jepun, Bayu ditangkap kerana membuat perhimpunan tunjuk perasaan terhadap orang Jepun. Embun memberanikan diri untuk bertemu Jeneral Kurugawa (Ahmad Tarmimi Siregar) untuk memohon dibebaskan abangnya itu. Malangnya, Embun ditangkap Leftenan Akishi (Izi Yahya) dan gadis itu diperkosa secara beramai-ramai. Leftenan Koishi yang baru ditukarkan ke situ melihat kejadian penyeksaan itu lalu menyelamatkan Embun. Embun semakin sedih apabila ayahnya, Pak Harun (Dato' Haji Rahim Razali) dibunuh. Sejak kejadian itu, Embun menjadi lebih bersemangat dan menyimpan dendam terhadap tentera Jepun. Dengan bantuan Koishi, Embun bertemu Kurugawa untuk membincangkan mengenai pembebasan Bayu. Dia disyaratkan supaya bekerjasama dengan Koishi untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong Jepun menerusi program pembangunan di Kampung Bukit, Bayan Lepas.

Hubungan Embun dan Koishi kian erat bagai orang yang bercinta, sehingga merunsingkan Akishi yang kemudiannya mendapati bahawa Koishi mengkhianati penjajah dengan membantu orang Melayu menentang penjajah lalu mengehendaki Koishi dan Embun dihukum mati.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Filem Embun meraih lima anugerah di Festival Filem Malaysia ke-16 pada tahun 2003 iaitu:

  • Pelakon Wanita Terbaik (Umie Aida)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  • Sinematografi Terbaik
  • Skor Muzik Terbaik
  • Poster Terbaik
  • Penataan seni terbaik

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]