Amir
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Emir)
Seorang Emir dari Bukhara sekitar tahun 1909. Gambar bewarna ini diambil oleh seorang ahli fotografer Rusia Sergei Mikhailovich Prokudin-Gorskii.
Emir (Arab: أمير; amīr, ãmir, "pemimpin" atau "jeneral". Perkataan "pangeran" ; juga diterjemahkan menjadi amir, aamir atau ameer) adalah sebuah gelaran bangsawan yang mempunyai status kedudukan yang tinggi, digunakan di kebanyakan negara Arab di Timur Tengah dan Afrika Utara, dalam sejarah juga termasuk di negara orang-orang Turki.
Istilah emir lebih banyak digunakan dalam Bahasa Indonesia, walaupun istilah Arabnya adalah amir. Salah satunya kerana diambil daripada kaedah penterjemahan istilah Emirat dengan penguasanya seorang Emir.