Empanada
| Empanada | |
|---|---|
Dua empanada (empanadillas) |
|
| Asal | |
| Negara asal | Spain |
| Maklumat hidangan | |
| Jenis hidangan | Hidangan utama |
| Suhu dihidangkan | Panas atau sejuk |
| Ramuan utama | Pastri Kod Ayam |
| Variasi | Pasty |
| Maklumat lain | Popular di: Spain Portugal Amerika Latin Amerika Utara Filipina Indonesia Malaysia Haiti |
Empanada merupakan sejenis roti sumbat atau pastri yang dibakar atau digoreng, dan boleh didapati dirantau seperti Amerika Selatan, Eropah Selatan, dan sebahagian di Asia Tenggara. Nama Empanada datang dari kata kerja empanar, yang membawa erti membalut atau membungkus dalam roti. Empanada dibuat dengan melipat doh diatas isi-isi bahan. Isi-isi bahan boleh datang dari pelbagai jenis daging, keju, huitlacoche, sayur-sayuran atau buah-buahan diantaranya.
Isi kandungan |
Asal-usul[sunting]
Empanada, susul jalur asalnya dari Galicia dan Portugal.[1][2][3] Makanan ini mula muncul dalam zaman pertengahan Iberia semasa waktu pemerintahan Andalusia. Ia juga,dipercayai bahawa empanadas dan calzone menyerupai seakan-akan sejenis pai daging dari Arab yang dikenali sebagai, samosa.[4]
Di Galicia and Portugal, empanada disedia seakan-akan serupa seperti satu pai yang besar dimana kemudiannya ia akan dipotong-potong kecil, diberi pada orang yang berkerja. Empanada orang Galicia dan Portugis selalu isinya adalah ikan tuna, ikan sardin atau chorizo, selain itu juga disi dengan daging khinzir atau ikan kod. Isi bahan untuk empanada juga mengandungi tomato, bawang putih, dan sos bawang. Di Amerika Selatan, empanda lebih dikenali sebagai empanada gallega, ini disebabkan banyak pendatang dari Galicia.
Makanan ini yang dibawa oleh Penjajah Sepanyol, popular di Filipina dan popular di Indonesia disebabkan oleh Penjajah Portugis.
Lihat juga[sunting]
Rujukan[sunting]
- ↑ "Historia de la empanada criolla". Dra. Susana Barberis. http://www.produccion-animal.com.ar/temas_historia/76-empanadas.pdf. Capaian 8 of July 2010.
- ↑ Penelope Casas (1982), The Foods and Wines of Spain, Alfred A. Knopf, New York 1982 (p. 52)
- ↑ "Breve historia de la alimentación en Argentina". Liliana Agrasar. http://www.fac.org.ar/fec/foros/cardtran/gral/Historia.htm. Capaian 8 of July 2010.
- ↑ Clifford A. Wright (1999), A Mediterranean Feast, William Morrow, New York (p. 573)
Pautan luar[sunting]
- Bagaimana untuk membuat Empanadas - Panduan Langkah demi langkah dengan gambar, bagaimana untuk membuat empanadas (Inggeris)