Empangan Aswan
Untuk Empangan Aswan yang dibina di bahagian hilir pada tahun 1902, sila lihat Empangan Hilir Aswan.
| Empangan Hulu Aswan | |
|---|---|
Empangan Hulu Aswan dilihat dari angkasa |
|
|
|
|
| Nama rasmi | Empangan Hulu Aswan |
| Lokasi | Mesir |
| Koordinat | 23°58′14″U 32°52′40″T / 23.97056°U 32.87778°TKoordinat: 23°58′14″U 32°52′40″T / 23.97056°U 32.87778°T |
| Mula dibina | 1960 |
| Tarikh buka | 1970 |
| Empangan dan alur limpah | |
| Tinggi | 111 meter (364 ka) |
| Panjang | 3,830 meter (12,570 ka) |
| Lebar tapak | 980 meter (3,220 ka) |
| Impounds | Sungai Nil |
| Spillway capacity | 11,000 cubic metres per second (390,000 cu ft/s) |
| Takungan | |
| Creates | Tasik Nasser |
| Kapasiti | 111 kilometer padu (90,000,000 kaki ekar) |
| Luas permukaan | 5,250 kilometer persegi (2,030 batu²) |
| Stesen kuasa | |
| Turbin | 12 |
| Kapasiti pemasangan | 2,100 megawatt |
Empangan Aswan adalah sebuah empangan tetambak yang terletak merentasi Sungai Nil di Aswan, Mesir. Sejak tahun 1950-an, nama ini biasanya merujuk kepada Empangan Hulu, yang mana lebih besar dan baru berbanding Empangan Hilir Aswan, yang mana telah disiapkan pada tahun 1902. Pembinaan Empangan Hulu menjadi tujuan utama bagi Kerajaan Mesir selepas Revolusi Mesir 1952, di sebabkan keupayaan untuk mengawal air banjir dan meningkatkan kuasa hidroelektrik yang mampu dijananya. Empangan Hulu telah dibina antara tahun 1960dan 1970. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran ekonomi dengan mengawal aliran sungai tahunan dan menyediakan takungan bagi menyimpan air untuk pertanian, dan kemudian menjana hidroelektrik. Empangan ini memiliki kesan penting kepada ekonomi dan budaya di Mesir.
Sebelum empangan-empangan ini dibina, Sungai Nil mengalami banjir setiap tahun pada akhir musim panas, setelah air mengalir ke hilir dari lembah lembangan saliran di Afrika Timur. Banjir ini membawa banyak air dan nutrien dan mineral semulajadi yang mana memperkayakan tanah subur di sepanjang dataran banjir dan delta; ini menjadikan lembah Nil ideal bagi pertanian sejak zaman purba.
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
| Wikisource mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Empangan Aswan |
- Sayed El-Sayed and Gert L. van Dijken 'The southeastern Mediterranean ecosystem revisited: Thirty years after the construction of the Aswan High Dam.'
- Aswan High Dam
- Old Aswan Dam
- The Nile Under Control - An article from 1937 about controlling the flow of the Nile.
- Info on the Aswan Dam
- View the official opening of the Aswan Dam in 1971