Empangan Bengoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 1°14′31″N 110°14′30″E / 1.242°N 110.2416°E / 1.242; 110.2416 Empangan Bengoh terletak di Puncak Borneo, Kuching ,Sarawak, Malaysia. Empangan ini mula dibina pada tahun 2007[1] dan siap pada penghujung 2010. Ia mampu menampung keperluan air bersih untuk hampir 2 juta pengguna di sekitar bandar raya Kuching menjelang tahun 2030.

Empangan itu mampu membekalkan 130 juta mililiter tambahan air mentah kepada Loji Rawatan Air Batu Kitang sebelum disalur kepada pengguna sekitar bahagian Kuching. Pembinaan bermula pada 7 Ogos 2007 dengan kos RM310 juta. Empangan ini siap sepenuhnya pada 6 Dis 2010.

Mini turbin hidro dirancang di empangan ini bagi mengalirkan tiga megawat tenaga elektrik yang akan disambung ke grid utama.Seramai 394 keluarga terlibat di sekitar Empangan Bengoh.Mereka diberi kemudahan rumah yang lebih baik.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]