Empangan Chenderoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 4°57′40″N 100°58′42″E / 4.961°N 100.9782°E / 4.961; 100.9782 Empangan Chenderoh adalah empangan hidroelektrik dan stesen kuasa hidroelektrik yang tertua di Malaysia. Empangan ini terletak 10 km di Utara Kuala Kangsar. Perasmian pada 28 Jun 1930 oleh Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Cecil Clementi. Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah dan lain-lain pembesar turut hadir.

Pembinaan bermula pada 1928 dan siap pada 1930. Kosnya hampir $20 juta , dijalankan oleh syarikat 'The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited'. Panjangnya empangan ini ialah 640 kaki dan tingginya 90 kaki. Keupayaannya boleh mengeluarkan 31 ribu kilowatts tenaga eletrik. Tujuan asalnya bagi memudahkan industri perlombongan bijih timah di Lembah Kinta. Ekoran banjir dahsyat pada 1897 dan tahun 1926 di Sungai Perak juga memerlukan sebuah empangan .Empangan ini mampu menakung 50 juta gelen air dan membentuk sebuah tasik buatan manusia seluas 10 batu persegi. Tasik ini telah menenggelamkan banyak sawah padi ,dusun buah-buah serta perkampungan Melayu dan Orang Asli seperti Kampung Beng dan Kampung Batu Ring.Ikan-ikan yang hidup di dalam tasik ini boleh menambahkan mata pencarian penduduk-penduduk yang tinggal di daerah tersebut.[1]

Stesen kuasa[sunting | sunting sumber]

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 10.7 MW sebuah dan satu turbin dengan keupayaan 8 MW, berjumlah 40.5 MW kesemuanya. Stesyen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Spesifikasi empangan[sunting | sunting sumber]

Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:

  • Empangan utama
    • Tinggi xxx m dari tapak ke puncak. Panjang xxx m dari hujung ke hujung. Isipadu xx.00 juta meter padu.
    • Aras puncak ialah 50 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 48 m. Aras operasi adalah 45 m maksima dan xxx m minima.
    • Takungan : luas permukaan pada 45 m ialah 25 km persegi, dan kawasan tadahan ialah x,000 km persegi. Isipadu takungan ialah 95 juta meter padu.
  • Tandop – 5 petak.
  • Alur limpah – luahan x,000 meter padu sesaat.
  • Terowong jana – 5 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
  • Rumah janakuasa
    • Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
    • 5 set janakuasa merangkumi 4 turbin dengan bersaiz 10.7 sebuah, 1 turbin bersaiz 8.4 MW, 5 janakuasa bersaiz 15 MVA sebuah dan 5 pembolehubah bersaiz 15 MVA sebuah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rujukan dan Pautan luar[sunting | sunting sumber]