Empangan Temenggor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Empangan Temenggor adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Gerik, Negeri Perak, dibina di hulu Sungai Perak. Ia terletak merentasi Sungai Perak lebih kurang 200 km ke timur laut Ipoh. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Temenggor.

Tasik Temenggor[sunting | sunting sumber]

Tasik Temenggor terletak di dalam Hutan Belum yang membentuk kawasan tadahan air Tasik Temenggor. Empangan ini mempunyai kepentingan sebagai sumber air dan penjana hidroeletrik. Selain itu, kawasan Temenggor dan hutan Belum berpotensi untuk dijadikan kawasan eko-pelancongan.

Stesen kuasa[sunting | sunting sumber]

Stesen janakuasa ini adalah stesyen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 87 MW setiap satu. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Empangan Temenggor[sunting | sunting sumber]

Pembinaan dimulakan pada tahun 1967 dan disiapkan pada tahun 1972. Kos pembinaannya RM352 juta. Operasi dimulakan pada 1975 dan dirasmikan pada 1976 oleh YM Sultan Idris Shah II, sultan Perak.

Spesifikasi Empangan Temenggor[sunting | sunting sumber]

Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:

  • Empangan utama
    • Tinggi 127m dari tapak ke puncak. Panjang xxx m dari hujung ke hujung. Isipadu xx.00 juta meter padu.
    • Aras puncak ialah 250 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 247 m. Aras operasi adalah 245 m maksima dan 200 m minima.
    • Takungan : luas permukaan pada 245m ialah 152 km persegi, dan kawasan tadahan ialah x,000 km persegi. Isipadu takungan ialah 6,000 juta meter padu.
  • Tandop – 4 petak.
  • Alur limpah – luahan x,000 meter padu sesaat.
  • Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
  • Rumah janakuasa
    • Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
    • 4 set janakuasa merangkumi 4 turbin jenis Francis dengan bersaiz 87 MW sebuah, 4 janakuasa bersaiz 100 MVA sebuah dan 4 pembolehubah bersaiz 100 MVA sebuah.

Fakta menarik[sunting | sunting sumber]

Empangan Temenggor kini telah menurun ke tempat ketiga sebagai empangan ketiga terbesar di Malaysia. Suatu masa dahulu, ia adalah empangan terbesar dan menpunyai daya upaya jana elektrik terbesar setelah siap pada tahun 1979.

Ia juga diingati dalam sejarah Malaysia kerana peranannya membendung kegiatan gerila komunis dengan menyekat ulu Sungai Perak, membentuk Tasik Temenggor dan menengelamkan laluan susupan gerila dari Betong, di Siam masuk ke negeri Perak.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Laman web TNB [1]