Empat Kebenaran Mulia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri
Agama Buddha

Lotus75.png

Sejarah

Agama-agama Dharma
Garis masa agama Buddha
Majlis-majlis agama Buddha

Asas

Empat Kebenaran Mulia
Jalan Lapan Lapis Mulia
Ajaran agama Buddha
Nirvāṇa · Tiga Manikam

Konsep-konsep Utama

Tiga tanda kewujudan
Skandha · Kosmologi · Dharma
Saṃsāra · Kelahiran semula
Shunyata · Pratitya-samutpada
Karma

Tokoh Utama

Gautama Buddha
Pengikut · Tokoh Buddha kemudian

Amalan dan Pencapaian

Tahap Buddha · Bodhisattva
Empat Peringkat Makrifat · Parami
Tafakur · Orang Berumahtangga

Kawasan-kawasan

Asia Tenggara · Asia Timur
India · Sri Lanka · Tibet
Negara-negara Barat

Mazhab

Theravāda · Mahāyāna
Vajrayāna · Mazhab awal

Teks

Hukum Pali · Sutra Mahayana
Hukum Tibet

Kajian Perbandingan
Kebudayaan · Senarai Topik
Portal: Agama Buddha

Dharma wheel 1.png

{{Tnavbar|Buddhism}}

Empat Kebenaran Mulia (bahasa Inggeris: Four Noble Truths; bahasa Pali: Cattāri ariyasaccāni ) merupakan salah satu ajaran agama Buddha yang paling asas, dengan ungkapan tersebut muncul banyak kali dalam teks Hukum Pali, teks agama Buddha yang paling kuno. Ia merupakan kebenaran-kebenaran yang dicapai oleh Gautama Buddha semasa beliau mengalami makrifat. [1]

Mengapa Buddha mengajar dengan cara ini dapat dijelaskan oleh konteks sosial pada masanya. Buddha merupakan seorang Śramaṇa, zahid berkelana yang "bertujuan untuk menemui kebenaran dan mencapai kebahagiaan." [2] Buddha mendakwa bahawa beliau mencapai tujuan ini di bawah sebatang pokok bodhi, berhampiran dengan Sungai Ganges. Empat Kebenaran Mulia merupakan perumusan pemahamannya tentang:

  1. sifat "penderitaan"; [3]
  2. punca asas untuk semua penderitaan;
  3. cara mengelakkan penderitaan; dan
  4. jenis usaha yang diperlukan untuk "mencapai kebahagiaan". [4]

Kebenaran-kebenaran ini tidak dinyatakan sebagai sebuah teori atau gagasan sementaraan, malahan Buddha berkata:

Empat Kebenaran Mulia ini, sami, adalah benar dan tepat, bukan sebaliknya. Justera itu, ia dipanggil kebenaran-kebenaran mulia. [5]

...Kerana ia berfaedah, ia tergolong dalam asas-asas kehidupan suci, ia menuju dari kekecewaan ke sikap berkecuali, ke pemberhentian, ke keamanan, ke pengetahuan langsung, ke makrifat, ke Nirwana. Inilah mengapa aku mengisytiharkannya. [6]

Ajaran ini merupakan asas syarahan Buddha yang pertama selepas makrifatnya. [7] Bagaimanapun, mazhab agama Buddha Mahayana mempunyai versi Empat Kebenaran Mulia yang tersendiri, dengan keabadian Buddha merupakan tumpuannya yang utama.


Pemahaman mazhab Theravada[sunting | sunting sumber]

Menuruf tafsiran Theravada yang tradisional, petikan-petikan kitab yang berikut merupakan ajaran lanjut untuk mereka yang bersedia: [8]

  1. Sifat Dukkha: Ini ialah kebenaran mulia tentang "dukkha": Kelahiran ialah dukkha, penuaan ialah dukkha, sakit ialah dukkha, kematian ialah dukkah; penyatuan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan ialah dukkha; pemisahan dengan perkara-perkara yang menyenangkan ialah dukkha; tidak dapat memperoleh apa yang dikehendaki ialah dukkha; mendapat apa yang tidak dikehendaki ialah dukkha; pendeknya, lima agregat yang tertakluk kepada perpautan ialah dukkha.
  2. Punca Dukkha (Samudaya): Ini ialah kebenaran mulia tentang punca dukkha: Keinginan ialah punca kelahiran semula, diiringi oleh keseronokan dan nafsu, mencari-carikan keseronokan di sana sini; iaitu keinginan untuk kepuasan sensual, keinginan untuk kewujudan, serta keinginan untuk penghapusan.
  3. Pemberhentian Dukkha (Nirodha): Ini ialah kebenaran mulia tentang pemberhentian dukkha: Ia adalah penghilangan beransur-ansur dan pemberhentian sama sekali keinginan tersebut, penyerahan dan peninggalannya, kebebasan daripadanya, serta ketakbergantungan kepadanya.
  4. Cara Yang Menuju ke Pemberhentian Dukkha (Magga): Ini ialah kebenaran mulia tentang cara yang menuju ke pemberhentian: Ia adalah Jalan Lapan Lapis Mulia, iaitu (1) pandangan yang betul, (2) niat yang betul, (3) pertuturan yang betul, (4) tindakan yang betul, (5) mata pencarian yang betul, (6) usaha yang betul, (7) kesedaran yang betul, dan (8) penumpuan yang betul. [7][9]

Pemahaman mazhab Mahayana[sunting | sunting sumber]

Sesetengah sutra Mahayana yang utama, termasuk Sutra Mahaparinirvana dan Sutra Angulimaliya, menyampaikan versi-versi kelainan Empat Kebenaran Mulia, selaras dengan metafizik dan soteriologi tersendiri. Sutra Srimala menerima Empat Kebenaran Mulia tetapi mendesak bahawa hanya Kebenaran Ketiga, iaitu pemberhentian penderitaan, adalah benar secara abadi. Dalam Sutra Mahaparinirvana, Buddha menyampaikan perumusan yang baru terhadap Empat Kebenaran Mulianya:

  1. Sifat Dukkha: Kebenaran tentang penderitaan adalah berkait dengan kegagalan untuk mengenal keabadian Buddha;
  2. Punca Dukkha (Samudaya): Kebenaran tentang punca penderitaan adalah berkait dengan pemutarbalikan Dharma yang Benar, iaitu salah menganggap bahawa Buddha dan Dharma adalah tidak kekal;
  3. Pemberhentian Dukkha (Nirodha): Kebenaran tentang pemberhentian penderitaan adalah berkait dengan pemupukan tathagatagarbha (Sifat Intipati Buddha yang memang wujud dalam semua makhluk) melalui tafakur yang betul, dan tidak berkait dengan tanggapan salah (tanggapan mazhab Theraveda) bahawa adannya bukan-Diri dan kosong. Pemberhentian penderitaan juga berlaku melalui penghapusan pencemaran dalaman: "Apabila penderitaan-penderitaan telah dihapuskan sama sekali, seseorang boleh mengesan kemasukannya ke tathāgata-garbha";
  4. Cara Yang Menuju ke Pemberhentian Dukkha (Magga): Kebenaran tentang cara memberhentikan penderitaan memerlukan pandangan bahawa Buddha, Dharma dan Sangha adalah abadi, tidak goyah, dan tidak dapat dimusnahkan. [10]

Serupa juga, Sutra Angulimaliya menegaskan pandangan sifat Buddha sebagai abadi, tidak berubah dan aman sebagai faktor-faktor yang utama dalam pembebasan diri daripada penderitaan; kegagalan untuk mengesan keabadian hakikat muktamad dikatakan merupakan punca utama keterperangkapan makhluk-makhluk dalam penderitaan samsara yang berterusan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

MN = Majjhima Nikaya [11]

SN = Samyutta Nikaya [12]

  1. MN. m/s. p.106. 
  2. A.K. Warder (1970). "Indian Buddhism". Delhi. m/s. 34. 
  3. Istilah yang digunakan oleh Buddha ialah dukkha. Sedangkan penderitaan, iaitu keadaan sakit fizikal atau mental, merupakan satu aspek dukkha, banyak orang mempercayai bahawa perkataan "penderitaan" merupakan satu perkataan terjemahan yang terlalu sempit dan oleh itu, perkataan "dukkha" lebih baik dibiarkan tanpa sebarang penterjemahan: untuk maklumat lanjut, sila lihat rencana Dukkha.
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan samana tidak disediakan
  5. MN. m/s. m.s.1856. 
  6. MN. m/s. pp.533-536. 
  7. 7.0 7.1 SN. m/s. 1844. 
  8. New Penguin Handbook of Living Religions
  9. Leon Feer, ed (1976). The Samyutta Nikaya. 5. London. m/s. 421 m.s.. 
  10. (Mahayana Mahaparinirvana Sutra, diterjemahkan oleh Kosho Yamamoto, disunting oleh Dr. Tony Page, Penerbitan Nirvana, London, 1999-2000)
  11. Bhikkhu Nanamoli (1995). Bhikkhu Bodhi. ed. "The Middle Length Discourses of the Buddha: A New Translation of the Majjhima Nikaya". Boston Publisher=Wisdom Publications. 
  12. Bhikkhu Bodhi (2000). "The Collected Discourses of the Buddha: A new translation of the Samyutta Nikaya". Somerville: Wisdom Publications. 

The Mahayana Mahaparinirvana Sutra in 12 Volumes (Nirvana Publications, 1999-2000), translated by Kosho Yamamoto, edited and revised by Dr. Tony Page.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]