Empat Novel Klasik Agung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Empat Novel Klasik Agung, juga dikenali sebagai Empat Novel Klasik Utama (Bahasa Cina: 四大名著), ialah empat buah novel dalam kesusasteraan Cina yang biasanya dianggap oleh para cendekiawan sebagai cereka Cina klasik yang teragung. Amat termasyhur dan dikenali oleh setiap pembaca bahasa Cina pada abad ke-20, empat buah buku ini harus tidak dikelirukan dengan Empat Buku Konfusianisme.

Menurut urutan kronologi, keempat-empat novel itu ialah:

Sesetengah orang menganggap Jin Ping Mei  (金瓶梅) (Plum di dalam Jambangan Keemasan  atau Teratai Keemasan ) (1610) sebagai klasik yang kelima. Pada akhir Dinasti Ming dan awal Dinasti Qing, Jin Ping Mei  telah dianggap sebagai salah satu daripada "Empat Novel Keajaiban Yang Utama" (四大奇書), bersama dengan tiga buah novel teratas dalam senarai. Bagaimanapun, kedudukannya kini telah dirampas oleh Mimpi Rumah Agam Merah.