Empayar Malayur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Empayar Malayur merupakan kesinambungan kepada Empayar Jawaka.

Pengasasan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1267, Raja Sang Tawal memindahkan ibu empayar baginda dari Kilatan ke wilayah Phatthalung, berhampiran dengan Ligor untuk mempertahankan Semenanjung dari ancaman orang Siam. Baginda menamakan empayar baginda dengan nama Malayur.

Peperangan[sunting | sunting sumber]

Siam[sunting | sunting sumber]

Empayar ini hanya meliputi kawasan dari Terengganu hingga Segenting Kra.Peperangan menentang Siam terjadi selama beberapa dekad. Dalam Yuan Shih ada disebut tentang peperangan yang lama diantara orang-orang Sien (Siam) dan Mali Yu Eul atau Mali Yu Erh (Malayur) dan oleh kerana ini Maharaja Dinasti Yuan menghantar surat kepada Sultan Muhammad Shah II pada 1294 M melarangnya untuk meneruskan peperangan itu.

Kandungan Yuan Shih yang menceritakan tentang itu ialah:- ... Apabila seorang Si-en muncul di mahkamah Monggol, sebuah angkatan Cina pergi bersamanya ketika kepulangannya membawa sebuah arahan empayar: "Pegang janjimu dan jangan berlaku jahat kepada Ma-li-yu-er". Prof DGE Hall, A History of South East Asia, London Macmillian,1955 m/s 149.

Sukhothai[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1294, sebuah sempadan pemisah telah dibuat di Petchburi-Ratchburi. Sempadan tersebut dibuat untuk memisahkan antara Empayar Malayur dengan Empayar Sukhothai.

Namun pada 1295 M, angkatan tentera Thai yang diketuai Raja Rama Khamheang telah menyerang kedudukan Raja Sang Tawal di Phattalung menyebabkan baginda memindahkan ibu negara ke Patani.

Puteri kepada Sang Tawal, Arduja Wijayamala Singha Cik Siti Wan Kembang I telah menubuhkan angkatan perang yang terdiri daripada balu dan wanita yang telah turut serta dalam peperangan tersebut dan berjaya memenggal kepala Raja Rama Khamheang.

Pengakhiran[sunting | sunting sumber]

Akhirnya Empayar Malayur ini runtuh pada tahun 1325 kerana serangan Sukhothai. Raja Sang Tawal memindahkan ibu kotanya ke Kilatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Penting