Empayar Latin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Imperium Romaniae
Empayar Romania
Emapayar Latin Constantinople

1204–1261

Jata Empayar Latin Constantinople

Empayar Latin dan jajahannya (warna kuning) dan negeri-negeri Greek yang mengantikan Empayar Byzantine (warna merah) selepas Perjanjian Nymphaeum pada 1214. Sempadan ini tidak dapat disahkan.
Ibu negara Constantinople
Bahasa Latin, Perancis Lama (rasmi)
Greek (popular)
Agama Katolik Rom (rasmi)
Ortodok Greek (popular)
Kerajaan Beraja
Maharaja
 - 1204–1205 Baldwin I
 - 1206–1216 Henry
 - 1217–1219 Yolanda (putera mahkota)
 - 1219–1228 Robert I
 - 1228–1237 John dari Brienne (putera mahkota)
 - 1237–1261 Baldwin II
Zaman bersejarah Akhir Zaman Pertengahan
 - Diasaskan 1204
 - Dibubarkan 1261

Empayar Latin atau Empayar Latin Constantinople (nama asal Latin: Imperium Romaniae, "Empayar Romania"[1]) adalah nama yang diberi oleh ahli sejarah kepada negeri Salibi feudal yang ditubuhkan oleh para pemimpin Perang Salib Keempat di tanah yang ditawan daripada Empayar Byzantine. Ia ditubuhkan selepas penawanan Constantinople pada tahun 1204 dan berlangsung sehingga tahun 1261. Empayar Latin berperanan bagi menyokong Empayar Byzantine sebagai penganti pada nama kepada Empayar Rom di timur, dengan Maharaja Katolik Barat ditabalkan bagi mengantikan Maharaja Byzantine Ortodok. Baldwin IX, Count Flanders, telah ditabalkan sebagai maharaja Latin pertama dengan nama Baldwin I pada 16 Mei, 1204. Empayar Latin gagal mendapatkan penguasaan politik dan ekonomi ke atas kuasa-kuasa Latin yang lain yang wujud di wilayah bekas Empayar Byzantine selepas Perang Salib Keempat, terutamanya Venice, dan selepas tempoh pendek kejayaan ketenteraan, empayar ini mula malap. Dilemahkan dengan peperangan yang berpanjangan dengan negeri-negeri penganti Bulgaria dan Greek, ia kemudian jatuh kepada Empayar Nicaea di bawah Maharaja Michael VIII Palaiologos pada tahun 1261. Maharaja Latin terakhir, Baldwin II, dibuang negeri, meskipun begitu gelaran maharaja kekal dengan beberapa pihak menuntutnya sehingga kurun ke-14.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. On the long history of "Romania" as a territorial name for the Roman and (later) Byzantine empires, see R.L. Wolff, "Romania: The Latin Empire of Constantinople". In: Speculum, 23 (1948), pp. 1-34.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]