Empayar Suci Rom
Laman ini adalah mengenai empayar Jermanik. Untuk empayar purba berpusat di Rom, sila lihat Empayar Rom.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Empayar Suci Rom (Bahasa Latin Imperium Romanum Sacrum / ɪmˈpɛɾɪʊm roˈmɑːnʊm ˈsakrʊm/) adalah penyatuan tanah yang didiami oleh puak-puak Jermanik sekitar Eropah Tengah sewaktu Zaman Pertengahan sehingga 1806. Empayar ini dikuasai oleh Maharaja-maharaja Suci Rom berketurunan Jerman. Nama ini datang dari kegemaran penguasa-penguasa zaman pertengahan menyambung tradisi purba Empayar Rom dan mengesahkan kekuasaannya itu sebagai kehendak suci tuhan di dalam pengertian agama Kristian.
Empayar ini mula ditubuhkan pada abad ke-10 di bawah Dinasti Otto yang berasal dari bekas Empayar Frank Timur. Penamaan Sacrum Imperium (Empayar Suci) dilakukan pada tahun 1157 dan ditambah menjadi Sacrum Romanum Imperium (Romanun daripada Bahasa Latin bermaksud (yang berkaitan dengan) Rom)pada tahun 1254. Sejak abad ke-15, nama rasmi itu menjadi Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ atau dalam Bahasa Melayu berbunyi Empayar Suci Rom bagi Bangsa Jerman.
Atas faktor sifat-sifatnya yang memang merentas bangsa dari awal-awal lagi, empayar ini tidak berkembang menjadi satu negara bangsa seperti yang wujud sekarang. Yang wujud ialah satu struktur sistem beraja yang berpengaruh luas yang merangkumi maharaja dan negeri-negeri jajahannya tanpa mempunyai institusi-institusi empayar yang sama. Sempadan empayar ini berubah-ubah setiap kurun. Pada waktu puncaknya empayar ini meliputi hampir seluruh kawasan Eropah Tengah dan juga Selatan.
Sejak permulaan Era Baru, empayar ini dari segi strukturnya tidak lagi mampu mengetuai serangan, meluaskan pengaruruh dan sempadannya dengan baik. Lantas fungsi asasnya ditukar kepada memberi perlindungan dan menjaga keamanan. Empayar ini menjamin kestabilan dan penyelesaian konflik secara aman dengan membendung dinamik sesebuah kuasa. Berikutan kemasukan negeri-negeri jiran yang membayar ufti ke dalam perlembagaannya sejak 1648, empayar ini memenuhi fungsinya sebagai penjamin keamanan dalam sistem Kuasa-kuasa besar Eropah pada waktu itu.
Kejatuhan [sunting]
| Sejarah Belanda |
|---|
| Zaman purbakala |
| Puak-puak Jermanik |
| Zaman Rom |
| Zaman Penghijrahan |
| Negeri pamah pada Zaman Pertengahan |
| Alam Frank / Orang Frank |
| Empayar Suci Rom |
| Belanda Burgundy |
| Tujuh Belas Provinsi |
| Belanda Sepanyol |
| Kebangkitan dan Kejatuhan Republik Belanda |
| Perang Lapan Puluh Tahun |
| Provinsi-provinsi Bersatu |
| Zaman Keemasan |
| Pemberontakan Batavia |
| Dari Republik ke Monarki |
| Republik Batavia |
| Kemaharajaan Belanda |
| Empayar Perancis Pertama |
| Kemaharajaan Bersatu Belanda |
| Belanda pada Zaman Moden |
| Sejarah Moden Belanda |
| Belanda dalam Perang Dunia II |
| Luctor et Emergo |
| Kawalan banjir di Belanda |
| Rampaian Belanda |
| Sejarah ketenteraan Belanda |
| Sejarah bahasa Belanda |
| Kesusasteraan Belanda |
| Pengaruh Belanda pada istilah ketenteraan |
| Perekaan dan penemuan Belanda |
Bermula dari abag ke-18, kemampuan empayar ini untuk melindungi negeri-negeri dan jajahannya daripada politik penguasaan penguasa-penguasa samada dari dalam atau luar semakin berkurangan. Disebabkan kelemahan inilah yang membawa kepada kejatuhan empayar. Akibat langsung penaklukan Napoleon dan penubuhan Konfederasi Rhein selepas itu, empayar ini terus kehilangan kuasanya. Empayar Rom Suci Bangsa Jerman dibubarkan pada 6 Ogos 1806 berikutan tindakan Maharaja Francis II menurunkan mahkota empayarnya.