Empayar Byzantine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Empayar Rom Timur)
Lompat ke: pandu arah, cari
Βασιλεία Ῥωμαίων
Basileía Romaíon
Empayar Rom Timur

330–1453
Bendera Empayar[1] Emblem kerajaan (Palaiologoi)
Empayar Bizantium semasa era kegemilangan sekitar 555 .
Ibu negara Constantinople¹
Agama Ortodoks Timur
Kerajaan Monarki
Maharaja
 - 306–337 Constantine Agung
 - 1449–1453 Constantine XI
Zaman bersejarah Zaman Pertengahan
 - Penemuan Constantinople² 11 Mei 330
 - Perpecahan Timur-Barat 1054
 - Kejatuhan Constantinople semasa Perang Salib Keempat 1204
 - Penawanan semula Constantinople 1261
 - Kejatuhan Constantinople 29 Mei 1453
Kependudukan
 - Kurun ke-4³ est. 34,000,000 
 - Kurun ke-8 (anggaran) 7,000,000 
 - Kurun ke-11³ (anggaran) 18,000,000 
 - Kurun ke-12³ (anggaran) 12,000,000 
 - Kurun ke-13 (anggaran) 3,000,000 
Mata wang Solidus, Hyperpyron
¹ Konstantaniah (330–1204 and 1261–1453). Ibu kota Empayar Nicaea, empayar selepas Perang Salib Keempat, terletak di Nicaea, sekarang İzmit, Turkey.
² Tarikh ditubuhkan ini secara tradisi dianggap sebagai penemuan kembali Konstantaniah sebagai ibu kota Empayar Roman walaupun tarikh lain selalu digunakan
³ Lihat angka populasi disediakan oleh Jabatan Sejarah Tulane University. Angka berdasarkan anggaran yang dibuat oleh J.C. Russell dalam "Late Ancient and Medieval Population," diterbitkan dalam Transactions of the American Philosophical Society (1958), ASIN B000IU7OZQ.

Empayar Bizantium atau Empayar Rom Timur atau Empayar Greek (Bahasa Greek: Βασιλεία Ῥωμαίων, Vasileía Romaíon) merujuk kepada Empayar Rom semasa Zaman Pertengahan, dan pusatnya terletak di Konstantaniah yang sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki. Walaupun empayar ini dikenali masyarakat barat sebagai Empayar Greek kerana budaya dan populasinya, ia dikenali oleh rakyatnya sendiri sebagai Empayar Rom atau Romania kerana maharajanya adalah dari maharaja berketurunan Rom dan menurut dunia Islam, mereka adalah orang Rom.

Permulaan empayar (330-440 M)[sunting | sunting sumber]

Maharaja Constantine I memindahkan Empayar Rom ke bandar Bizantium dan menamakan bandar tersebut Konstantaniah. Beberapa tahun kemudian, selepas bandar Rome diambil alih oleh orang Jerman, keseluruhan Empayar Rom berpindah ke Konstantaniah, dan satu empayar baru terbina. Empayar baru ini masih mengikut cara Empayar Rom kristian tetapi mempunyai wilayah yang lebih kecil berbanding Empayar Rom lama.

Empayar bermasalah (476-717 M)[sunting | sunting sumber]

Peperangan di barat[sunting | sunting sumber]

Empayar Bizantium cuba untuk menakluk Rome dan Itali dari orang Jerman. Di antara tahun 500 ke 600 SM, mereka memenangi banyak peperangan dan menawan kembali Rome.

Kemenangan ini tidak kekal apabila orang Jerman menawan kembali Itali dan Rome. Lebih memburukkan keadaan, orang Avar datang dan menawan Bulgaria dan Yunani(Greece) dari orang Bizantium. Selepas beberapa peperangan, orang Avar menang dan mengambil utara Greece dan Bulgaria. Mereka kemudiannya menggelar diri mereka sebagai orang Bulgar.

Peperangan di timur[sunting | sunting sumber]

Selepas Rome ditawan orang Jerman, Empayar Bizantium masih mengawal Mesir, Greece, Palestin, Syria dan Turki. Tetapi, satu lagi empayar yang dikenali dengan Empayar Parsi, mahu menawan kawasan-kawasan ini. Di antara tahun 476 ke 628 SM, Empayar Bizantium dan Parsi berperang dan ramai yang terkorban. Peperangan berakhir dengan tewasnya orang Parsi di Iraq, berdekatan dengan bandar lama Ninevah pada tahun 627 SM.

Malang bagi empayar apabila musuh baru muncul iaitu orang Arab. Empayar Bizantium yang baru sahaja tamat berperang dengan orang Parsi tewas dalam banyak peperangan dengan orang Arab. Palestin, Syria dan Mesir jatuh ke tangan Arab walaupun mereka dapat mempertahankan Turki dan menyekat kemaraan orang Arab.

Pemulihan empayar (717-1025)[sunting | sunting sumber]

Maharaja Basil II (976–1025), "Pembunuh orang Bulgar".

Pada tahun 717, orang Arab dikalahkan di Konstantaniah yang menyaksikan berakhirnya ancaman Arab di timur. Di barat, Empayar melancarkan peperangan dengan orang Bulgar. Sesetengah serangan ini berjaya tetapi ada juga yang gagal dan menyebabkan kematian ramai maharaja. Empayar Bizantium bagaimanapun menjadi kuat kerana musuh-musuhnya berperang sesama sendiri.

Pemulihan di barat[sunting | sunting sumber]

Antara tahun 1007-1014, Maharaja Basil II kerap menyerang Bulgaria sehingga dapat menawan kembali Greece. Beliau kemudian berjaya menawan Bulgaria pada tahun 1018.

Pemulihan di timur[sunting | sunting sumber]

Di timur, orang Arab sekali lagi menjadi ancaman kepada Empayar. Serangan Maharaja Basil II bagaimanapun berjaya dan sebahagian dari Syria kembali ke tangan empayar selain dari Turki dan Armenia. Selepas 1025, Arab tidak lagi menjadi ancaman kepada empayar.

Kejatuhan empayar (1025-1453)[sunting | sunting sumber]

Templat:Garis masa Empayar Bizantium

1025-1071[sunting | sunting sumber]

Selepas kemangkatan Maharaja Basil II, empayar diterajui oleh ramai maharaja yang tamak. Mereka membazirkan wang negara dan mengurangkan jumlah tentera. Ini melemahkan pertahanan empayar. Empayar juga tidak mempunyai tentera yang benar-benar ikhlas berjuang tetapi hanya mahukan wang dan tentera ini lebih mahal untuk diupah.

Pencerobohan Turki (1071-1091)[sunting | sunting sumber]

Bangsa dari Asia Tengah yang menunggang kuda (kemudiannya dikenali sebagai bangsa Turki) menyerang dan berjaya menawan seluruh Turki pada 1091. Tetapi empayar mendapat pertolongan dari tentera salib dari Eropah ketika Perang Salib Pertama. Mereka bukan sahaja mahu menolong empayar tetapi juga menawan kembali Jerusalem dari tangan orang Islam.

Empayar berjaya diselamatkan (1091-1185)[sunting | sunting sumber]

Empayar Bizantium selamat dengan pertolongan bangsa Eropah yang menawan kembali separuh dari Turki. Empayar juga selamat kerana diperintah oleh tiga orang maharaja yang berkebolehan secara berterusan.

Empayar menjadi lemah sekali lagi (1185-1261)[sunting | sunting sumber]

Selepas tiga orang maharaja yang berkebolehan, empayar diperintah kembali oleh maharaja jahat yang membazirkan wang dan tentera. Orang Turki menyerang kembali dan menawan lebih banyak kawasan Turki.

Di barat, bangsa Eropah mengkhianati empayar dengan menyerang ibu kota Konstantaniah. Empayar kehilangan ibu kota pada tahun 1202 dan tidak berjaya merampas kembali sehingga tahun 1261.

Turki memusnahkan empayar (1261-1453)[sunting | sunting sumber]

Selepas berjaya menawan Konstantaniah, empayar sibuk berperang dengan bangsa Eropah dan tidak mempunyai cukup tentera dan wang untuk berperang dengan bangsa Turki. Akhirnya, keseluruhan Turki jatuh ke tangan bangsa Turki pada 1331.

Antara 1354-1450, Turki menawan kebanyakan kawasan Greece dan empayar kehilangan banyak kawasan jajahan. Empayar menjadi lemah dan menagih pertolongan dari Eropah yang tidak menolong bersungguh-sungguh. Akhirnya, bangsa Turki menyerang Konstantaniah dalam bulan April 1453. Pada akhir Mei 1453, bangsa Turki berjaya menawan Konstantaniah dan berakhirlah Empayar Bizantium.

Tinggalan empayar[sunting | sunting sumber]

Antara tinggalan Empayar pada tamadun masa kini adalah:

Beberapa gereja yang cantik dan masjid di Turki dan Greece hari ini dibina dari bangunan zaman Bizantium atau ditiru melalui seni bina Bizantium. Kebanyakan darinya boleh didapati di Istanbul dan salah satu yang terkenal adalah Hagia Sophia.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Neubecker, Ottfried (1977). Le grand livre de l’héraldique. Elsevier Séquoïa: Brussels.