Kampung Empelam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Empelam)
Kampung Empelam
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Empelam
Mohor rasmi Kampung Empelam
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriSarawak
Daerah Kabong
KampungKampung Empelam
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
95300
Lokasi Kampung Empelam di Peta Google

Kampung Empelam merupakan sebuah kampung yang terletak di Kabong, dalam negeri Sarawak, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Kampung Empelam adalah sebuah kampung kecil dalam Daerah Kabong Sarawak. terletak di bawah pentadbiran Daerah Saratok, Bahagian Betong, Sarawak. Kampung Empelam mempunyai lokasi yang strategik dan berpotensi mempunyai prospek menjadi sebuah kawasan pertanian dan sesuai untuk aktiviti penanaman sawit dan padi.

Kampung Empelam adalah sebuah kampung yang rata-rata dihuni oleh kaum melayu Sarawak.Aktiviti ekonomi penduduk adalah pertanian dan nelayan.Jaraknya dari Saratok ialah 30 km sementara dari Sarikei 48 km. Kampung ini boleh dihubungi melalui jalan darat. Pengangkutan utama penduduk persekitarannya adalah menggunakan van persendirian atau kereta persendirian. Kampung Empelam mempunyai 100 buah rumah. Jumlah penduduknya seramai 500 orang pada 2012, di mana 100% daripadanya adalah orang Melayu.

Penduduk di sini menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan ekonomi utama mereka selain menjadi nelayan serta berniaga secara kecil-kecilan. Hasil pertanian yang utama ialah kelapa sawit di mana pekebun-pekebun kecil kelapa sawit akan menjual hasil kelapa (tua) dan kebun kelapa sawit kepada pemborong di pusat pengumpulan di sekitar Roban atau menjualkan terus ke Kilang.

Manakala nelayan sungainya pula ialah penangkapan ikan sungai dan udang galah yang akan dijual kepada pemborong atau dijual sendiri oleh para nelayan ke pekan-pekan lain.

Dari aspek pelancongan pula, Kampung Empelam mempunyai potensi untuk menarik kehadiran para pemancin yang gemar memancing udang galah.Sungai Sebelak mampu memberikan kepuasan kepada para pemancing kerana sungai ini bersih dan tidak tercemar. Ikan bulu adalah spisis ikan bermusin antara bulan april hingga ogos adalah merupakan hasil tangkapan istimewa disini.


Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Kebangsaan Kampong Emplam

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Empelam, Kabong , Sarawak adalah 95300.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]