Emping padi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Emping padi merupakan sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada butiran jenis beras pulut.

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Padi yang ditanam untuk mendapatkan beras dibahankan sebagai emping adalah padi pulut yang lewat ditanam khas sebagai penutup musim menanam padi; padi jenis ini biasanya lebih lambat masak dan akan dituai semasa masih muda hijau. Butir-butir beras padi muda ini direndam penuh dalam air selama tiga hari.[1]

Padi ini digoreng,[1] digemal dan dilerai sebelum ditumbuk dengan menggunakan lesung kayu; ia ditumbuk dan ditampi untuk dibuang sekamnya.[1] Gula dan kelapa parut akan dicampurkan bagi menghasilkan emping dan renga sebagai satu resmi yang menjadi tradisi dikalangan pesawah.

Hubungan dengan budaya[sunting | sunting sumber]

Pesta mengemping padi kebiasaannya menjadi satu acara yang dinantikan kerana pada masa dahulu, pada ketika itu lah para pemuda kampung dapat mencari pasangan hidup atau gadis-gadis kampung bergaul di bawah pengawasan orang-orang tua. Di Kampung Lonek terletak di Jempol, Negeri Sembilan yang masih mengekalkan acara mengemping padi sebagai acara tahunan sehingga sekarang. Di kawasan ini juga wujudnya suatu alat muzik dikembangkan disebut sebagai tumbuk kalang yang sering dipertontonkan di pesta keramaian seperti perkahwinan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Manshhor Mansor; Mohd Kipli Abdul Rahman (2013). Merekayasa Kearifan Tempatan: Alam dan Manusia. Pulau Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 20. ISBN 978-983-861-629-4.
  2. ^ Alias Zakaria; Mastura Mohamed Berawi (2017). "5: Busana Persembahan Kebudayaan dan Kesenian". Busana Tradisional Negeri Sembilan. Shah Alam, Selangor: Universiti Utara Malaysia Press. m/s. 42. ISBN 978-967-2210-30-6.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]