Endemik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Nectarinia violacea cuma dapat dijumpai di tumbuhan Fynbos

Endemik, "endemisme" atau lazimnyanya dipanggil "kebiasaan" ialah tahap ekologi sesuatu hidupan yang menjadi unik untuk sesetengah lokasi geografi, seperti pulau tertentu, jenis habitat, negara atau zon-zon lain yang tertentu. Menjadi endemik untuk sesuatu tempat bermakna ia hanya dijumpai di kawasan itu di dunia ini dan tiada di tempat lain. Contohnya, banyak spesies Lemur adalah endemik atau biasa di Pulau Madagaskar. Faktor fizikal, iklim dan biologi boleh menyumbang kepada endemik. Contohnya, Burung Matahari-Berdada Jingga endemik di Fynbos, bermakna ia hanya dapat ditemui di kawasan tumbuhan Fynbos di barat daya Afrika Selatan.

Terdapat dua subkategori bagi endemik - paleoendemisme dan neoendemisme. Paleoendemisme merujuk kepada spesies yang pada suatu ketika dahulunya membiak secara meluas tetapi sekarang hanya terhad di kawasan yang lebih kecil. Neoendemisme pula merujuk kepada spesies yang baru-baru ini meningkat pembiakannya seperti spesies yang tersebar dan manjadikannya terasing dalam pembiakan, ataupun yang telah dikacukkan dan sekarang telah dikira sebagai spesies yang berbeza. Ini adalah proses yang biasa dalam tumbuh-tumbuhan.