Enjin hemi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kebuk pembakaran berbentuk hemisfera.

Enjin hemi (daripada perkataan Hemisfera) merupakan sejenis enjin pembakaran dalaman dengan kebuk pembakaran berbentuk hemisfera.

Kebuk pembakaran berbentuk hemisfera, yang pernah digunakan selama berabad lamanya pada mortar dan meriam,[1] mula diperkenalkan pada beberapa enjin automotif terawal, tidak lama selepas pembuktian konsep enjin pembakaran dalaman itu sendiri.

Teknologi dan penggunaan[sunting | sunting sumber]

Melalui reka bentuk kebuk pembakaran hemisfera, injap masukan dan keluaran selalunya diletakkan bertentangan pada kebuk, tidak seperti susunan injap sebaris pada enjin dengan kepala silinder berbentuk baji. Oleh itu, terdapat cabaran utama dalam mengkomersialkan enjin hemi iaitu reka bentuk mekanisme pergerakan injap, serta cara-cara menjadikan enjin hemi berkesan, cekap dan boleh diharap pada kos yang munasabah. Pada awal pembangunan enjin hemi Chrysler pada tahun 1950an, kepada silinder tersebut dirujuk pada iklan syarikat sebagai kepala Double Rocker.[2]

Kelebihan dan kelemahan[sunting | sunting sumber]

Walaupun reka bentuk kepala silinder baji menawarkan pergerakan injap yang dipermudahkan, ia memerlukan campuran udara-bahan api untuk membuat belokan tajam melalui kebuk pembakaran. Dengan kebuk berbentuk hemisfera, injap yang lebih besar boleh digunakan serta laluan aliran campuran udara-bahan api menjadi lebih lurus dan kurang halangan. Faktor sebegini boleh menambah baik kadar pernafasan enjin. Selain itu, palam pencucuh boleh diletakkan betul-betul pada bahagian tengah kebuk pembakaran untuk membantu pembakaran campuran udara-bahan api yang lebih sempurna, walaupun ia tidak wajib.

Kelemahan kebuk pembakaran hemisfera termasuklah kos pengeluaran yang semakin meningkat, berat relatif yang lebih tinggi (25% lebih berat daripada kepala baji yang setara bagi jurutera Chrysler[3]), prestasi yang kurang memuaskan pada kelajuan enjin rendah serta kesukaran mematuhi peraturan pelepasan asap, menyebabkan reka bentuk kepala hemi semakin kurang digemari. Selain itu, enjin hemi juga tidak boleh menggunakan lebih daripada dua injap bagi setiap silinder;[4] reka bentuk bumbung khemah (pentroof) digunakan untuk membolehkan enjin menggunakan berbilang injap bagi setiap silinder.

Penggunaan pada enjin moden[sunting | sunting sumber]

Kebuk pembakaran aktif bukan hemi (2007).
Kebuk pembakaran Chrysler "Hemi" keluaran sekarang.

Kebanyakan enjin pada zaman kini menggunakan kebuk pembakaran aktif yang direka bentuk untuk menjadikan campuran udara-bahan api "berpusar" di dalam kebuk untuk menghasilkan pembakaran yang secekap mungkin.[5] Kebuk aftif ini biasanya kelihatan seperti kacang buah pinggang ataupun gabungan "dua hemi" yang dikelilingi kawasan lindap kejut leper mengelilingi omboh.[6] Menjelang penghujung 1970an, pembangunan enjin yang menggunakan bentuk kebuk pembakaran hemisfera sebenar telah dihentikan di seluruh dunia; ia telah digantikan atau ditambah baik dengan reka bentuk yang lebih baharu. Hari ini, istilah "hemi" tidak lebih daripada cap dagangan yang kurang membawa makna bagi enjin yang direkabentuk sedemikian rupa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Gibbons Artillery Manual"
  2. A history of the origins of the American Hemi
  3. Mueller, Mike (2006). American Horsepower: 100 years of Great Car Engines. MBI Publishing. ms. 112, 113. ISBN 139780760323274 Check |isbn= value (bantuan). 
  4. HowStuffWorks - HEMI Pros and Cons - dari HowStuffWorks.com
  5. Genat, Robert (2007). Hemi: The Ultimate American V-8. MBI Publishing. ms. 13. ISBN 978-0-7603-2747-0. 
  6. "Quench Tumble and Swirl"