Enjin kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penjana elektrik kecil yang ditenagai enjin Honda OHC serta dilengkapi penghidup elektrik.

Enjin kecil merujuk kepada enjin pembakaran dalaman satu silinder serba guna kecil yang sering digunakan bagi menggerakkan pelbagai jenis mesin dan jentera ringan yang memerlukan sumber tenaga bebas seperti mesin rumput, penjana elektrik kecil, pam air, pembancuh konkrit, mesin pemerah air tebu, dsb.[1]

Enjin sebegini kecil dari segi saiz serta keluaran kuasa kuda. Kebanyakan enjin kecil hanya berkadaran 5 kuasa kuda ke bawah, dengan dimensi luarannya pula tidak melebihi satu kaki padu. Sungguhpun demikian, enjin yang lebih besar dengan keluaran kuasa sehingga 20 kk masih dianggap sebagai 'enjin kecil'. Enjin terkecil digunakan pada jentera tangan yang kecil, seperti mesin rumput dan gergaji rantai, dengan saiz enjin sehingga sekecil 25 cc.

Kebanyakan enjin sebegini adalah dari jenis enjin petrol silinder tunggal sistem sejukan udara. Kedua-dua enjin dua lejang dan enjin empat lejang boleh digunakan; enjin dua lejang digunakan bagi enjin bersaiz kecil serta dalam aplikasi mudah alih, manakala enjin empat lejang pula bagi enjin bersaiz lebih besar.

Tidak seperti enjin kenderaan moden, rekaan enjin kecil amat ringkas dan mudah dijaga. Kos modal lebih diutamakan daripada kecekapan bahan api, kos penggunaan atau ketahanannya, membawa kepada rekaan yang ringkas. Enjin empat lejang kecil adalah salah satu daripada penggunaan teknologi injap tepi yang masih wujud. Sungguhpun demikian, enjin kecil juga tidak terlepas daripada peraturan piawaian emisi dan kecekapan bahan api; maka, penggunaan teknologi automotif yang lebih moden seperti sistem penyalaan elektronik diterapkan.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Sistem injap enjin kecil selalunya dari jenis OHV. Contoh rekaan enjin kecil OHV yang masih popular sehingga sekarang ialah barisan enjin Honda GX, mula dikeluarkan pada awal 1980an.[2] Rekaan injap tepi masih digunakan kerana ia mudah dikeluarkan serta mudah diselenggara. Terdapat juga beberapa jenis enjin kecil seperti Siri Honda GC yang menggunakan sistem aci sesondol atas.[3] Model ini lebih mengutamakan prestasi serta kemudahan, berbanding ketahanan dan mudah diselenggara sebagai mana Siri GX.[3] Jika jentera kecil adalah dari jenis mudah alih seperti gergaji rantai, enjin yang digunakan mestilah daripada jenis dua lejang, kerana ia ringan serta penggunaan minyak 2T tidak akan menyebabkan enjin kejang kerana minyak pelincir beralih sebagai mana enjin empat lejang.

Sistem elektriknya juga amat ringkas serta tidak memerlukan bateri. Sistem elektrik enjin kecil hanya memerlukan magneto bagi sistem penyalaannya, sekaligus menyebabkan sistem penghidup tarik lazim digunakan. Enjin yang lebih besar boleh juga menggunakan penghidup elektrik tetapi ia memerlukan bateri sebagaimana kereta. Enjin kecil yang lebih moden menggunakan sistem penyalaan elektronik bebas selenggara bagi menggantikan sistem titik sesentuh.

Majoriti enjin kecil adalah dari jenis enjin petrol, tetapi ada juga enjin diesel kecil yang dikeluarkan, terutamanya yang bersaiz lebih besar. Sistem penyejuk udara adalah lazim, walaupun ada juga enjin kecil yang menggunakan sistem sejukan cecair. Hanya sedikit sahaja enjin kecil yang berbilang silinder, paling besar pun enjin V kembar.[4]

Sistem bahan api biasanya sangat mudah bagi enjin petrol. Tangki petrol ditempatkan di atas enjin supaya tenaga graviti boleh digunakan tanpa memerlukan pam bahan api. Karburetor yang digunakan biasanya dari jenis diafragma dan bukan jenis takungan. Belum ada lagi enjin kecil yang menggunakan sistem suntikan bahan api, walaupun sudah ada enjin kecil yang menggunakan penukar bermangkin untuk memenuhi keperluan peraturan alam sekitar bagi beberapa kawasan.

Mesin rumput rotari, dengan enjin aci menegak.

Kebanyakan aci engkol adalah melintang, dengan silinder menegak. Kebanyakan enjin menggunakan silinder yang dicondongkan 45° untuk mengurangkan ketinggiannya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Enjin kecil mula digunakan sejak enjin pembakaran dalaman mula dicipta. Jenis enjin kecil moden terawal muncul pada zaman penciptaan motosikal, di mana enjin yang digunakan selalunya daripada pengeluar yang sama.

Pengeluar utama sekarang
Bekas pengeluar UK

Rujukan[sunting | sunting sumber]