Enjut (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Enjut"
Single oleh Noraniza Idris menampilkan Cat Farish & Adeeb
daripada album Cintaku Satu
Dilancarkan pada2009
FormatMuat turun digital
GenreEtnik ‧ hip hop
Panjang3:42 (single)
SyarikatNoraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
PenulisCat Farish ‧ Illegal ‧ Ahmad Fedtri Yahya ‧ Adeeb
Kronologi single Noraniza Idris menampilkan Cat Farish & Adeeb
""Dayung Sampan"
(2007)"
"Enjut" ""Kuasa Cinta"
(2010)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Enjut merupakan sebuah lagu berentak pop kontemporari yang menggabungkan muzik hip hop dan tradisional kuda kepang yang dinyanyikan oleh penyanyi Noraniza Idris menampilkan Cat Farish dan Adeeb yang diterbitkan pada tahun 2009 dan ia merupakan single pertama daripada album Noraniza yang berjudul, Cintaku Satu.

Lagu ini merupakan salah sebuah lagu yang istimewa kerana menyaksikan titik mula pembabitan penggiat lagu-lagu urban dan hip hop Malaysia seperti Cat Farish, Illegal dan Roxy Tail yang sebelum ini aktif menerusi Phat Family untuk melahirkan inisiatif mencipta lagu-lagu berentak pop etnik. Atas galakan Noraniza, lagu ini dihasilkan sementelah sejak percubaan sebelum ini menerusi kerjasama Noraniza dan Ruffedge dalam lagu Onjak Sekaki.

Lagu ini turut menampilkan Cat Farish dan Adeeb daripada The Fabulous Cats menyanyikan beberapa rangkap baris. Biarpun percubaan pertama menyanyikan lagu tradisional, nyanyian Cat Farish dan Adeeb agak cemerlang. Lagu ini telah memenangi anugerah Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 serta turut dicalonkan untuk kategori Lagu Terbaik.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Ketika mula diputarkan, lagu ini dikatakan sebuah lagu yang berunsur lucah. Penulis lirik lagu ini, Ahmad Fedtri Yahya menegaskan lagu ini berkisar tentang seni budaya tari menari Melayu yang sudah makin dilupakan, dan beberapa baris patah dalam lagu ini menyeru anak muda supaya sama-sama turun padang dan mempelajari tarian tradisional.

Lagu ini mara ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 24. Namun, lagu ini gagal mara ke Anugerah Juara Lagu. Biarpun ramai yang beranggapan lagu ini layak, namun begitu Noraniza tidak pernah berputus asa untuk terus berkarya lagi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik ke-17

  • Lagu Terbaik (Tercalon)
  • Lagu Pop Etnik Terbaik (Menang)