Entalpi pengewapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kebergantungan kepada suhu haba-haba pengewapan bagi air, metanol, benzena dan aseton.

Entalpi pengewapan (simbol \Delta{}H_{\mathrm{vap}}), juga dikenali sebagai haba pengewapan atau haba penyejatan, ialah tenaga yang diperlukan untuk mengubah jumlah tertentu jirim daripada cecair kepada gas dalam tekanan tertentu (biasanya tekanan atmosfera biasa).

Ia biasanya diukur pada takat didih normal sesuatu bahan; walaupun nilai-nilai yang dijadualkan biasanya dibetulkan kepada suhu 298 K; pembetulan ini biasanya lebih kecil daripada ketidaktentuan dalam nilai yang diukur.

Haba pengewapan bergantung kepada suhu, tetapi haba pengewapan malar boleh digunakan bagi julat suhu yang kecil dan apabila Tr << 1.0. Haba pengewapan berkurangan apabila suhu meningkat dan hilang sepenuhnya pada suhu kritikal (Tr = 1) kerana dalam suhu yang lebih tinggi daripada suhu kritikal fasa cecair dan wap tidak lagi wujud bersama-sama.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.