Epcot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taman tema Disney
Logo Epcot
1 epcot spaceship earth 2010a.JPG
Spaceship Earth, mercu tanda Epcot
Epcot
Lokasi {{{location}}}
Dibuka 1 Oktober 1982
Taman peranginan Walt Disney World Resort
Tema Teknologi, inovasi dan keantarabangsaan
Laman web Epcot's homepage
Pengendali The Walt Disney Company

Epcot merupakan sebuah taman tema di Walt Disney World Resort yang terletak berhampiran Orlando, Florida. Taman ini ditujukan kepada kebudayaan antarabangsa dan inovasi teknologi. Taman tema kedua yang dibina di tempat peranginan ini dibuka pada 1 Oktober 1982 dengan nama asal EPCOT Center yang dipegangnya sehingga tahun 1994.

Epcot merupakan singkatan Experimental Prototype Community of Tomorrow (Komuniti Prototaip Bereksperimen Masa Depan), sebuah kota utopia masa depan yang dirancangkan oleh Walt Disney. Wawasan asal Disney untuk EPCOT berupa sebuah komuniti contoh yang menempatkan 20,000 orang, yang diharapkan menjadi bahan ujian untuk perancangan dan penyusunan bandaraya. Wawasan Disney tidak tercapai kerana pembiayaan dan kebenaran untuk memulakan kerja di atas hartanya di Florida tidak dapat diperoleh sehingga beliau bersetuju untuk membina Magic Kingdom terlebih dahulu. Disney meninggal dunia sebelum Magic Kingdom dibina, dan syarikat Walt Disney memutuskan untuk tidak menjalankan perniagaan membangunkan bandaraya.

Taman tema ini mula-mula dikenali sebagai EPCOT Center untuk mencerminkan kenyataan bahawa taman ini dibina untuk menjelmakan idaman dan nilai-nilai kota EPCOT. Taman ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Future World dan World Showcase, yang disusun atur dalam bentuk jam pasir. Kedua-dua bahagian dicorakkan sempena jenis-jenis pameran yang ditemui di eksposisi dunia. Pada awalnya, Epcot sering digelar "Pesta Sedunia yang berkekalan".

EPCOT Center dibina dengan memakan belanja antara $800 juta hingga $1.4 bilion, serta menghabiskan tiga tahun (projek pembinaan terbesar di Bumi ketika itu).[1] Meliputi kawasan seluas 300 ekar (120 ha), ia lebih dua kali besar Magic Kingdom.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kurtti, Jeff (1996). Since the World Began: Walt Disney World, The First 25 Years. New York, New York: Hyperion. ms. 89. ISBN 0-7868-6248-3. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 28°22′37″N 81°32′58″W / 28.376824°U 81.549395°B / 28.376824; -81.549395