Era FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Era)
Lompat ke: pandu arah, cari
ERA fm
Era FM.jpg
Kawasan penyiaran Bukit Jalil,Kuala Lumpur,Bendera Malaysia Malaysia
Tarikh siaran pertama 1 Ogos 1998
Format Muzik Hit Terbaik
Pemilik Astro All Asia Networks plc, di bawah Astro Radio Sdn Bhd
Tapak web ERA FM Online


ERA fm ialah sebuah stesen radio Malaysia dengan jumlah 4.8 juta pendengar pada tahun 2012 (dahulu jumlah 4.5 juta pendengar ERA pada tahun 2008). Stesen radio ini pernah menjadi stesen radio nombor 1 di Malaysia sehingga 2008, tetapi pada tahun 2012, ERA FM kembali menjadi stesen radio nombor 1 di Malaysia dengan hampir 5 juta pendengar. Stesen radio nombor 1 sebelum 2012 itu disandang oleh Hot FM dan Sinar FM. ERA merupakan stesen radio milik Astro Radio Sdn Bhd, anak syarikat Astro All Asia Networks dipancarkan dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Antara slot yang mempunyai jumlah pendengar yang tinggi adalah Carta ERA (kini dinamakan Carta ERA 40) dan Pagi di ERA (kini dinamakan JoHaRa Pagi ERA).

ERA fm bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998, selepas membuat siaran percubaan selama dua bulan, bermula pada Jun tahun yang sama. Stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock, yang muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Februari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro. Stesen radio tersebut diteruskan di ASTRO, selepas slot FM digantikan oleh ERA fm. Stesen radio ini adalah stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Melayu, dan juga stesen radio pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya. Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu Hijau. Kini ERA fm menyiarkan lagu dalam pelbagai bahasa yang hit.

ERA fm adalah radio yang pertama mencatat rekod dalam "The Malaysia Book Of Records" sebanyak 3 kali sejak 1998 hingga 2012. Pada 2010, ERA fm telah melebarkan sayap ke Kuching dan Kota Kinabalu, dengan studio dan penyampai yang berasal dari sana.

Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Hit Terbaik".

Penyampai radio[sunting | sunting sumber]

Bekas penyampai ERA fm (1998 - sekarang)[sunting | sunting sumber]

Stesen radio ini mempunyai jumlah bekas penyampai yang paling ramai dalam kategori stesen radio swasta.

Slot Siaran ERA[sunting | sunting sumber]

Isnin Hingga Jumaat[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Penyampai
JoHaRa Pagi Era 6pg - 10pg Johan, Hanif & Ray
Pilih Hit Era 10pg - 1tgh Hani
Hit Live Era 1tgh - 4ptg Dina
Sate 4ptg - 8mlm Shahrol, Adi & Tauke
Top 40 Era 8mlm - 11mlm Radin

Sabtu[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Penyampai
Sabtu Pagi Era 7pg - 11pg Jaa, Shuk Balas & Elfira Loy
Carta Era 40 11pg - 4ptg Nabelicious (Nabil)
Pentas Era 5ptg - 6ptg
Soundtrack Era 6ptg - 7ptg Elly
Dansa Era 10mlm - 11mlm Nazpoleon & Syko G, dan DJ Fuzz
Carta A-Pop 11mlm - 12tghmlm Hani

Frekuensi ERA fm[sunting | sunting sumber]

  • Lembah Klang / Kota Bharu, Kelantan / Tanjung Malim, Perak / Genting Highland, Pahang (103.3 FM)
  • Johor Bharu, Johor & Singapura (104.5 FM)
  • Langkawi (90.7 FM)
  • Miri, Sarawak (101.3 FM)
  • Melaka & Muar, Johor (90.3 FM)
  • Kuantan, Pahang & Mersing, Johor (98.0 FM)
  • Kuching, Sarawak (96.1 FM)
  • Ipoh, Perak (103.7 FM)
  • Seremban / Penang / Kedah / Perlis (103.6 FM)
  • Kota Kinabalu, Sabah (102.4 FM)
  • Taiping, Perak (95.2 FM)
  • Tapah, Perak (102.0 FM)
  • Kuala Terengganu, Terengganu (102.8 FM)
  • Sandakan, Sabah (103.3 FM)
  • Kemaman, Terengganu (98.6FM)- Sudah ditamatkan

JoHaRa Pagi Era[sunting | sunting sumber]

Penyampai[sunting | sunting sumber]

  • 2012 - kini = Johan, Hanif & Ray

Segmen[sunting | sunting sumber]

  • Sketsa JoHaRa = Menceritakan tentang situasinya melalui sketsa lawak oleh Johan. Hanif & Ray pula menjadi jemputan pada situasi tersebut. Dilakukan pada 7pg hinnga 8pg
  • Sepontan Era = Pelu bermain permainan iaitu: Soal Menyoal, Ayat Penyata dan Pantun dua Kerat. Anda perlu lawan dengan penyampai iaitu Johan dan Ray. Perlu menghubungi untuk bermain sepontan era. Dilakukan pada 8pg hingga 9pm.
  • Gossip Mossip Mak Jemah (GMMJ) = Menceritakan dan membacakan trending, komen & gosip minggu ini melalui Facebook, Twitter dan Instargram itu bersama Mak Jemah Mak Jemah (Johan). Dilakukan pada 9pg hingga 10pg

Laman web ERA fm[sunting | sunting sumber]

Laman web www.era.fm diwujudkan pada 5 Julai 2001 sempena dengan pelancaran Anugerah ERA 2001 bertujuan untuk memberi skop dan perkhidmatan yang lebih meluas kepada jutaan pendengar. Laman web berkenaan menyampaikan berita dan maklumat mengenai perkembangan remaja dan perkembangan hiburan kepada dunia di samping membawa revolusi ke wajah radio tradisional.

Radio ERA fm, melalui laman webnya, mencipta sejarah apabila berjaya memenangi Anugerah MSC-Asia Pasifik ICT (MSC-APICTA) 2002.

No. 1 hit di Carta ERA[sunting | sunting sumber]

2000

  • Melly Goeslow "Jika"

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

  • Adam "Benar-benar"
  • 6ixth Sense & Noe (Letto) "Cinta Yang Sempurna"
  • Bob "Cinta Terhalang"
  • Bunkface "Situasi"
  • Afgan "Terima Kasih Cinta"
  • Alyah "Tak Mungkin Kerna Sayang"
  • Bunkface "Revolusi"
  • Rossa feat. Pasha (Ungu) "Terlanjur Cinta"
  • Aizat "Kau Aku"
  • Stacy "Pakai Buang"
  • Agnes Monica "Teruskanlah"
  • Aril "Menatap Matamu"

2010

2011

2012

2014

  • Alyah "Sesal Separuh Nyawa"

Kritik[sunting | sunting sumber]

Sebelum kemunculan Hot FM, ERA fm pernah dikritik kerana memotong bahagian tertentu di dalam lagu yang sedang disiarkan. Bagaimanapun, ia tidak lagi berlaku selepas ERA fm mengambil keputusan untuk menyiarkan hanya lagu sahaja pada waktu tengah malam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]