Erich Ludendorff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Erich Ludendorff
Erich Ludendorff.jpg
Jeneral Erich Ludendorff
Kesetiaan  Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
Perkhidmatan Bendera Tentera Darat Empayar Jerman Tentera Darat Empayar Jerman
Bendera Tentera Darat Republik Weimar Jerman
Bendera Tentera Darat Jerman Nazi Tentera Darat Jerman Nazi
Jumlah tahun berkhidmat 1883–1918
Pangkat General der Infanterie
Arahan Briged 14 Infantri, Kuartermaster Jeneral 1
Pertempuran Perang Dunia I
Anugerah Pour le Merite, Grand Cross of the Iron Cross

Erich Friedrich Wilhelm Ludendorff (kadang kala dipanggil von Ludendorff)[1] (9 April 1865 – 20 Disember 1937) ialah seorang jeneral Jerman, pemenang dalam pertempuran di Liège, dan dalam Pertempuran Tannenberg. Mulai Ogos 1916, jawatan beliau sebagai Kuartermaster Jeneral 1 (Asisten Ketua Staf 1) Tentera Darat Imperial Jerman menjadikan beliau ketua tentera bersama (dengan Paul von Hindenburg), dan ketua jurutera dalam urusan gerakan perang Empayar Jerman semasa Perang Dunia Pertama, sehinggalah perletakkan jawatannya pada bulan Oktober 1918.[2][3]

Selepas perang, Ludendorff menjadi seorang ketua nasionalis yang terkemuka dan seorang penganjur legenda tikam dari belakang iaitu tentang pengkhianatan pihak Marxis dan Republikan terhadap Tentera Jerman dalam Perjanjian Versailles. Beliau mengambil bahagian dalam kudeta Wolfgang Kapp pada tahun 1920 dan Beer Hall Putsch Adolf Hitler yang gagal pada tahun 1923. Pada tahun 1925 beliau bertanding untuk jawatan presiden menentang rakan sekerjanya, Paul von Hindenburg (Ludendorff menuduh Hindenburg meraih kepujian yang sepatutnya milik Ludendorff ekoran kejayaannya menentang Rusia.[2][4] Dari tahun 1924 hingga 1928 beliau mewakili Parti Kebebasan Rakyat Jerman di dalam Parlimen Jerman. Selepas Perang Dunia Pertama Ludendorff mengembangkan konsep "Perang Total"; beliau menerbitkan buku berjudul Der Totale Krieg (Perang Total) pada tahun 1935—dalam buku ini beliau menunjukkan pendapat yang keseluruhan kekuatan fizikal dan moral negara harus digembleng oleh sebab keamanan hanya merupakan tempoh antara peperangan.[5] Ludendorff merupakan penerima darjah-darjah Grand Cross of the Iron Cross dan Pour le Merite.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Foreign News: Lord Kitchener". Time. 25 May 1925. Diperolehi pada 27 March 2011. 
  2. 2.0 2.1 Saturday, 22 August 2009 Michael Duffy (2009-08-22). "Who's Who – Paul von Hindenburg". First World War.com. Diperolehi pada 2012-05-16. 
  3. Saturday, 22 August 2009 Michael Duffy (2009-08-22). "Who's Who – Erich Ludendorff". First World War.com. Diperolehi pada 2012-05-16. 
  4. Andreas Dorpalen. "Paul von Hindenburg (German president) : Introduction – Britannica Online Encyclopedia". Britannica.com. Diperolehi pada 2012-05-16. 
  5. "Erich Ludendorff (German general) : Introduction – Britannica Online Encyclopedia". Britannica.com. 1937-12-20. Diperolehi pada 2012-05-16. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.