Esplanade – Theatres on the Bay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Esplanade – Theatres on the Bay

Esplanade – Theatres on the Bay ialah sebuah bangunan di pinggir air yang terletak di kawasan dermaga enam hektar di sebelah Teluk Marina berhampiran muara Sungai Singapura, dibina khusus untuk menjadi pusat seni pentas di negara pulau Singapura. Dinamakan bersempena Esplanade, ia mengandungi sebuah dewan konsert dengan 1,600 tempat duduk dan sebuah teater dengan kapasiti 2,000 orang.

library@esplanade terletak di tingkat tiga bangunan ini. Terdapat pusat pementasan luar, dan kawasan membeli-belah dan makan di Esplanade Mall. Terdapat juga ruang lapang luar di tingkat empat, yang merupakan tempat tertinggi yang dibuka kepada awam.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Hiasan peneduh aluminium di bumbung Esplanade

Reka bentuk seni bina unik bangunan ini telah dikatakan mempunyai persamaan dengan sebiji durian atau mata lalat. Jadi, dalam gaya bahasa percakapan, bangunan ini juga digelar penduduk setempat sebagai "Durian".[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The New York Times "Travel Guide: Singapore"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 1°17′23.6″U 103°51′18.3″T / 1.289889°U 103.855083°T / 1.289889; 103.855083