Essaïd Belkalem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Use mdy dates

Essaïd Belkalem
Maklumat peribadi
Nama penuh Essaïd Belkalem
Tarikh lahir (1989-01-01) 1 Januari 1989 (umur 35)
Tempat lahir Mekla, Algeria
Ketinggian 1.90 m (6 ka ​2 1316 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
JS Kabylie
Nombor 4
Kerjaya remaja
2006–2008 JS Kabylie
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2013 JS Kabylie 83 (5)
2013–2014 Granada 0 (0)
2013–2014Watford (pinjaman) 8 (0)
2014–2016 Watford 0 (0)
2014–2015Trabzonspor (pinjam) 16 (2)
2016–2017 Orléans 27 (1)
2018– JS Kabylie 8 (0)
Pasukan kebangsaan
2007–2008 Algeria B20 4 (0)
2009–2010 Algeria B23 4 (1)
2009– Algeria A' 2 (2)
2012– Algeria 19 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:00, 2 April 2017 (EST)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20:00, 2 April 2017 (EST)

Essaïd Belkalem (lahir 1 Januari 1989) merupakan pemain bola sepak Algeria yang kini bermain untuk kelab JS Kabylie secara pinjaman dari Watford. Beliau juga mewakili pasukan kebangsaan Algeria. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Pada 2008, Belkalem menyertai kelab senior, JS Kabylie dari kelab remaja. Dalam musim 2009–2010, Belkalem telah membuat 20 penampilan dan menjaringkan satu gol.[1]

Pada 18 Julai 2010, Belkalem menjaringkan gol tunggal JS Kabylie selepas menang ke atas kelab Mesir, Ismaily dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara CAF 2010 dengan tandukan cantik pada minit ke-75.[2]

Pada Februari 2013, kontraknya akan tamat pada bulan Jun, Belkalem merasakan bahawa beliau akan meninggalkan JS Kabylie pada akhir musim untuk menyertai kelab Eropah.[3]

Granada[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2013, Belkalem telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab La Liga, Granada, dengan perpindahan percuma.[4]

Watford[sunting | sunting sumber]

Belkalem menandatangani untuk bersama kelab Watford secara pinjaman selama satu musim pada 12 Ogos 2013.[5] Beliau membuat debut bersama Watford ketika menang 2-0 ke atas Bournemouth pada 28 Ogos 2013 dalam perlawanan Piala Liga Inggeris di mana beliau bermain sehingga minit ke-90. Debut liga beliau ketika seri 1-1 menentang Charlton Athletic pada 14 September 2013.

Watford ingin membeli Belkalem apabila kontraknya akan tamat tidak lama lagi, kemudian, Belkakem dibeli oleh Watford pada Jun 2014.[6]

Trabzonspor (pinjaman)[sunting | sunting sumber]

Selepas berpindah ke Watford pada musim panas 2014, Belkalem berpindah ke kelab Süper Lig Turki, Trabzonspor selama satu musim secara pinjaman di bawah bekas pengurus Algeria, Vahid Halilhodžić.[7]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mei 2012, Belkalem telah dipanggil buat pertama kali untuk menyertai pasukan kebangsaan Algeria untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Mali dan Rwanda, dan perlawanan timbang balik kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2013 menentang Gambia.[8] Pada 4 September, beliau membuat debut untuk Algeria dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2013 menentang Libya, Algeria menang tipis 1-0.[9]

Pada 31 Mei 2014, Belkalem menjaringkan gol pertamanya untuk Algeria ketika menentang Armenia, 3-1.

Belkalem kemudian termasuk skuad Algeria ke Piala Dunia FIFA 2014, di mana beliau bersama rakan sepasukan lain membantu Algeria layak ke pusingan 16 buat pertama kali dalam sejarah.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 31 Mei 2014 Stadium Tourbillon, Sion, Switzerland  Armenia 1–0 3–1 Persahabatan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Algeria – Essaid Belkalem – Profile
  2. ^ "http://www.footafrica365.fr/coupes/ligue-des-champions-caf/article_435615_LDC-Ismaily-JS-Kabylie-0-1.shtml LDC : Ismaily-JS Kabylie (0–1)". Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 20, 2010. Dicapai pada Disember 4, 2014. External link in |title= (bantuan)
  3. ^ Walid Z. (Februari 5, 2013). "Belkalem: «C'est ma dernière saison en Algérie»" (dalam bahasa French). DZfoot. Dicapai pada Jun 22, 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/23669181
  5. ^ "Essaid Belkalem: Watford sign Granada defender on loan". BBC Sport. Ogos 12, 2013. Dicapai pada Ogos 12, 2013.
  6. ^ http://www.watfordobserver.co.uk/sport/11253839.Watford_activate_option_to_sign_Belkalem_permanently/
  7. ^ http://www.watfordobserver.co.uk/sport/11368745.UPDATE__Belkalem_to_leave_Watford_after_agreeing_a_loan_move_to_Trabzonspor/
  8. ^ "La liste des 29 pour les matchs de la fin de saison" (dalam bahasa French). DZFoot. Mei 12, 2012. Dicapai pada Mei 14, 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Libye 0–1 Algérie". DZFoot. September 9, 2012. Dicapai pada September 9, 2012.