Estranged
| Estranged | |
| Asal | |
|---|---|
| Genre | Pop rock |
| Tahun aktif | 2001–kini |
| Label | EAD Entertainment |
| Laman web | http://www.estranged.info/ |
| Ahli-ahli | |
| Richael Lawrence Gimbang (vokal) Solihuddin "Din Hormatov" Hormat (gitar irama) Nor Hanafi (gitar utama) Azwin Andy Malik (dram) |
|
| Bekas ahli | |
| Ken Chung (bes) | |
Estranged ialah nama bagi sebuah kumpulan rock bebas yang berasal dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli, iaitu Richael "Rich" L. Gimbang Rich, vokalis kumpulan dari Kota Kinabalu, Sabah yang pernah menyertai musim keempat Akademi Fantasia; Solihuddin "Din Hormatov" Hormat sebagai pemain gitar irama; Nor Hanafi dari Ampang sebagai pemain gitar utama; dan Azwin Andy Malik dari Petaling Jaya yang bermain dram. Dahulunya, kumpulan Estranged ada seorang lagi ahli, iaitu Ken Chung yang bermain gitar bes, tetapi beliau meninggalkan kumpulan ini bagi menumpukan kepada kerjaya barunya pada pertengahan tahun 2007.[1]
Kumpulan Estranged mula-mulanya tertumpu kepada mendendangkan muzik hard rock yang banyak membayangkan perasaan marah, namun selepas pengalaman Richael di AF4, barulah kumpulan ini beralih ke muzik pop-rock beremosi ceria melalui single Itu Kamu yang dinobatkan sebagai Lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu 2007.
Isi kandungan |
[sunting] Diskografi
[sunting] Album
In Hating Memory
|
In Hating Memory (edisi repackaged)
|
Remain Unknown
|
[sunting] Single
- 2005
- "Velocity"
- "Chocolate Syrup"
- 2007
- "Itu Kamu"
- 2008
- "Yang Pernah"
- "Aurora"
- "In No Time"
- "Ketika Ini"
- 2009
- * "Masa" -Single
[sunting] Anugerah
- 2009
- Anugerah Industri Muzik 16
- Kulit Album Terbaik - "Remain Unknown"
- 2008
- Anugerah Juara Lagu 2007
- "Juara Lagu"
- Lagu Pop-Rock Terbaik
- Anugerah Planet Muzik 2008
- Lagu Paling Popular (Itu Kamu)
- Kumpulan Paling Popular
- 2006
- Anugerah Era
- Artis Inggeris Tempatan Terbaik
- hitz.fm Malaysian English Top 10
- Video Terbaik
- Artis Rock Terbaik
[sunting] Rujukan
- ↑ "Ken Departs". estranged.info. 2007=07=02. http://www.estranged.info/.