Etok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Corbiculacea (Etok)
Kerang Etok (Corbicula) yang hidup dengan saifon dan kakinya yang menganjur keluar dari cengkerangnya
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Mollusca
Kelas: Bivalvia
Subkelas: Heterodonta
Order: Veneroida
Suborder: Corbiculacea
Famili

Corbiculidae
Sphaeriidae

Etok atau nama saintifiknya Corbiculacea adalah haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan bercengkerang mollusc dwicengkerang. Ia termasuklah Corbicula fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea.[1]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Menurut Kamus Dewan, perkataan etok diambil dari dialek Kelantan yang diaganti dengan perkataan "etak" yang merujuk kepada kerang sungai.

Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat, merujuk etok sebagai sejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp.[2]

Habitat[sunting | sunting sumber]

Etok umumnya boleh dijumpai dikawasan sungai air tawar yakni pada dasar sungai atau terusan. Ia boleh juga dilihat hidup dikawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Namun, etok lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi.

Etok yang kebanyakannya bersaiz batu kerikil, banyak mendiami kawasan sungai di bahagian negara-negara beriklim tropika seperti di negeri-neger pantai timur Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu. Selain itu, etok juga turut mendiami kawasan sungai pantai timur Thailand. Ia lebih gemar hidup dalam dasar sungai yang tanahnya berselut.

Di Malaysia, musim kemarau diantara bulan Mac hingga Ogos dilihat adalah musim terbaik untuk menangkap etok bagi dijadikan hidangan, kerana pada musim tersebut, sungai-sungai di Malaysia biasanya mengalami penurunan aras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan. Etok merupakan haiwan sungai yang dilihat suka pada kawasan yang tenang aliran airnya dan berlumpur.

Kulit kerang etok biasanya terdapat dalam 2 macam warna, iaitu coklat kehitaman dan warna kuning cerah. Etok bercengkerang warna coklat kehitaman sering dijumpai dikawasan sungai air tawar yang berlumpur, manakala berwarna kuning cerah pula dikawasan berpasir.

Etok boleh ditangkap dengan menggunakan pengaut atau jaring yang diperbuat dari kerawat besi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Akhbar Kosmo, Selasa 6 September 2011, Kudapan tradisi penduduk Kelantan, halaman 22-23.
  1. Veneroida
  2. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=etok

Nota[sunting | sunting sumber]

Templat:Bivalve-stub