Eufemio Zapata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar Eufemio (kiri) dan adiknya yang terkenal Emiliano (kanan).

Eufemio Zapata Zalazar (1873, Ciudad Ayala - 18 Jun 1917, Cuautla, Morelos ) merupakan abang kepada tokoh revolusi Mexico Emiliano Zapata. Beliau dikenali sebagai seorang kaki perempuan, lelaki macho dan pemabuk.

Beliau dibunuh oleh Sidronio "el loco Sidronio" Camacho, salah seorang askar Zapata yang paling berani, disebabkan Eufemio telah terlalu mabuk dan dalam keadaannya itu, tanpa sebab-musabab, telah memukul dan menghina ayah Camacho. Camacho menjejaki Eufemio di Cuautla dan menembak Eufemio di bahagian abdomen.

Menyedari yang beliau akan mati, dikatakan bahawa Eufemio telah meminta lelaki tersebut untuk menamatkan penderitaannya- dan memberikannya kematian yang cepat. Dan ini jawaban yang telah diberikan oleh Camacho:

"Engkau telah membuat ramai orang menderita. Hidup lah beberapa ketika lagi, agar engkau juga akan dapat merasai bagaimana rasa penderitaan."

Dia kemudian membawa Eufemio dengan kudanya, dan melemparkannya ke sarang semut. Camacho, menyedari yang Emiliano pasti akan membalas dendam, telah menyertai musuh Zapata untuk perlindungan.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.