Eurofighter GmbH

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Eurofighter Jagdflugzeug GmbH (bahasa Melayu: Pesawat Pejuang Eurofighter GmbH) merupakan sebuah syarikat multinasional yang mengkordisasi rekabentuk, pengeluaran dan tingkat upaya pesawat Eurofighter Typhoon. Ini termasuklah menggabungkan enjin jet yang direka oleh EuroJet Turbo GmbH.

Eurofighter GmbH yang ditubuhkan pada tahun 1986, didaftarkan dan beroperasi di Jerman. Syarikat ini ditubuhkan daripada syarikat-syarikat aeroangkasa utama yang berasal daripada empat negara kongsi dalam projek Eurofighter. Perincian saham-saham syarikat seperti berikut;

Pelanggan Eurofighter GmbH adalah NATO Eurofighter and Tornado Management Agency (NETMA), yang beroperasi bagi pihak negara-negara kongsi. Model pengurusan usahasama ini amat menyerupai program Tornado, di mana dalam kes ini Panavia Aircraft GmbH bertanggungjawab untuk menyerahkan sistem persenjataan, manakala syarikat berdaftar di UK iaitu Turbo-Union Ltd. pula bertanggungjawab untuk sistem dorongan.

Ibu pejabat syarikat ini terletak di pinggir bandar Munich di Germany.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]