Eustace Scrubb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Eustace Cladrence Scrubb (1933 - 1949) merupakan satu watak rekaan C. S. Lewis dalam The Chronicles of Narnia. Dia muncul dalam The Voyage of the Dawn Treader, The Silver Chair, dan The Last Battle. Dalam The Voyage of the Dawn Treader, dia bersama Edmund dan Lucy Pevensie, sepupunya. Dalam The Silver Chair dan The Last Battle, dia ditemani oleh Jill Pole, rakan sekelasnya dari sekolah.

Keperibadian[sunting | sunting sumber]

Eustace ditampilkan sebagai yang kini dikatakan seorang ulat buku dan sering membuli (apabila tidak dibuli). Daripada perangai Eustace dan ton yang digunakan Lewis untuk keluarga dan sekolahnya menunjukkan Lewis tidak menyukai perangai mengada-ngada. Malah, pada permulaan The Voyage of the Dawn Treader, Lucy dan Edmund (watak utama dari buku sebelumnya) mendapati Eustace sangat sukar dilayan dan benci untuk melawat keluarganya, walaupun kebanyakannya disebabkan lagak dan sombong Eustace.

Biografi[sunting | sunting sumber]

The Voyage of the Dawn Treader[sunting | sunting sumber]

Eustace diperkenalkan pada permulaan The Voyage of the Dawn Treader dengan pembukaan ayat, "There was a boy called Eustace Clarence Scrubb, and he almost deserved it" ("Terdapat seorang budak bernama Eustace Clarence Scrubb, dan memang hampir sesuai dengannya"). Dia merupakan anak tunggal, yang diterangkan Lewis, kepada ibu bapa yang progresif yang menghantarnya ke sekolah yang baik-baik. Eustace memanggil ibu bapa mereka dengan nama pertama mereka; ibu bapanya vegetarian, tidak perokok, tidak meminum arak dan memakai pakaian dalam yang pelik. Di sekolahnya, pembuli disokong oleh pentadbiran, dan semua pelajar dipanggil dengan nama keluarga sahaja.

Penceritaan The Voyage of the Dawn Treader bertumpukan watak Eustace, memandangkan ini kali pertama dia ke Narnia dan belayar di atas kapal eponim bersama Lucy dan Edmund. Sebahagian daripada cerita dikisahkan dari intisari diarinya, yang menceritakan betapa pandangannya bahawa semua benda adalah tidak betul. Dia menerangkan tentang kapal berada dalam ribut yang tak henti-henti, walaupun pelayaran dalam cuaca yang tenang dan mengatakan semua yang lain di atas kapal bodoh kerana tidak pandai mengemudi kapal berbanding menerima "kenyataan" bahawa pelayaran laut dalam memang begitu. Dia juga banyak merungut tentang Lucy diberikan kabin Caspian dan mengulas kepada anak kapal bahawa memberikan budak perempuan layanan yang istimewa sebenarnya 'melemahkan semangat mereka'. Tambahan pula, dia begitu tidak mahu menerima alam Narnia: dia betul-betul berterusan mencari kedutaan Britain untuk membantu pelayar melepaskan diri dari ikatan, atau mencari sistem mahkamah cara Britain, sebagai contoh, menentang Caspian kerana membenarkan Reepicheep hampir membunuhnya selepas Eustace memegang ekor tikus, dan dah tentu mempermainkannya.