Evolusi KL Drift 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Evolusi KL Drift 2
KLDRIFT2.jpg
Poster Promosi Evolusi KL Drift 2
Pengarah Syamsul Yusof
Penerbit Yusof Haslam
Pengarang Syamsul Yusof
Pengisah Syamsul Yusof
Lakonan Syamsul Yusof
Scha Al-Yahya
Farid Kamil
Shaheizy Sam
Hetty Sarlene
Pengedar Rosman Ibrahim
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Bahasa Hokkien

Rujukan Sinema Malaysia

Evolusi KL Drift 2 ialah sebuah filem bertemakan aksi arahan Syamsul Yusof yang ditayangkan di pawagam mulai 25 Mac 2010. Filem yang dibintangi oleh Syamsul Yusof, Farid Kamil dan Scha Al-Yahya. Filem ini alah kesinambungan dari filem Evolusi Evolusi KL Drift.

Filem ke-25 terbitan Skop Productions ini dikatakan merupakan filem termahal yang pernah dihasilkan oleh syarikat tersebut dalam sejarah, dengan dilaporkan menelan belanja RM 2.5 juta, termasuk promosi.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional. Dalam pada itu selepas kemalangan yang dialami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham. Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba. Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam ke atas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe.

Jalan cerita tamat di sini.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Ezekiel Lee untuk pihak Cinema Online memberi 2.5 bintang kepada filem ini, dengan membidas kepincangan logik cerita dan lakon layar yang 'tidak mendatangkan inspirasi', serta Syamsul Yusof sendiri gagal memperbaiki mutu lakonan, namun pada masa yang sama memberi pujian kepada lakonan pelakon pembantu seperti Aaron Aziz dan Shaheizy Sam yang menghiburkan penonton dengan dialog hebat mereka, di samping pemilihan kereta yang mengagumkan dan aksi lasak yang menunjukkan peningkatan dari filem pertama.[2] Portal Tupai juga memberi 2.5 bintang dengan memberi pujian kepada lakonan Scha al-Yahya, Shaheizy dan Aaron serta prestasi aksi lasak kereta, tetapi mengeluh akan "hilang fokus" jalan ceritanya.[3]

Ulasan Wahiduzzaman untuk mStar Online mengibaratkan EKLD2 dengan 'deruman kereta baru yang menggunakan enjin lama', dengan keluhan bahawa filem aksi dengan teknik sinematografi moden yang 'membanggakan' dihampakan oleh kepincangan plot, skrip, dan lakonan, tidak ubah seperti skrip-skrip filem Skop Production di era Datuk Yusof Haslam, tetapi dilaporannya pula bahawa "Syamsul mengakui dia tidak dapat lari sepenuhnya daripada acuan itu. Apa pun, kata Syamsul formula itu masih dianggap relevan dan berkesan hingga ke hari ini."[4]

Antara ulasan yang lebih memberangsangkan tiba dari portal gua.com.my yang memberi markah 8/10, bagaimanapun ulasannya tidak banyak selain terhadap perlumbaan yang 'makin mantap', di samping menjadinya watak gangster lakonan Aaron Aziz dan Shaheizy Sam.[5]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem Evolusi KL Drift 2 berjaya meraih kutipan pawagam terbanyak di seluruh pawagam Malaysia untuk hujung minggu pertama tayangannya (25 hingga 28 Mac), mengatasi filem-filem handalan Hollywood seperti How to Train Your Dragon dan Alice in Wonderland.[6] Dilaporkan bahawa pada minggu pertamanya di pawagam, hasil kutipan filem EKD2 mencecah RM 3.6 juta di 70 pawagam seluruh negara, termasuk RM560,000 pada hari pertama dan RM900,000 pada hari ketiga.[7] Pada takat 13 hari (6 April), jumlah kutipan meningkat lagi kepada RM 5.2 juta.[8]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pertandingan Anugerah Penerima dan Pencalonan Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-23 Pengarah Terbaik Syamsul Yusof Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Syamsul Yusof Pencalonan
Penyuntingan Terbaik Syamsul Yusof & Hisham Jupri Menang
Skor Muzik Asal Terbaik James Baum Pencalonan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Shaheizy Sam Menang
Penataan Seni Terbaik Shah Aznan Zainun Pencalonan
Penataan Bunyi Terbaik James Baum Pencalonan
Anugerah Skrin 2010 Filem Terbaik Pencalonan
Pengarah Filem Terbaik Syamsul Yusof Pencalonan
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Syamsul Yusof Pencalonan
Lakon Layar Filem Terbaik Syamsul Yusof Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Aaron Aziz Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Abd Aziz Itar. "Evolusi KL Drift 2 filem termahal Skop", Utusan Malaysia, 9 Mac 2010. Dicapai pada 15 April 2010. 
  2. Evolusi Kl Drift 2, Cinema Online, 15 Mac 2010. Diterima pada 30 Mac 2010.
  3. Ulasan: EVOLUSI KL DRIFT 2 - Cakap sampai tayar berasap, Tupai.com.my, 15 Mac 2010. Diterima pada 30 Mac 2010.
  4. Wahiduzzaman. ""KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'", mStar Online, 24 Mac 2010. 
  5. Evolusi KL Drift 2, gua.com.my, 30 Mac 2010. Diterima pada 30 Mac 2010.
  6. Lai Swee Wei. "Dragon soars over Alice", Cinema Online, 29 Mac 2010. Dicapai pada 30 Mac 2010. 
  7. Wan Asrudi Wan Hasan. "RM3.6j dalam 7 hari!", Harian Metro, 2 April 2010. Dicapai pada 15 April 2010. 
  8. Nurulhisham Abdul Latiff. "Evolusi KL Drift 2 dapat sambutan", Berita Harian, 9 April 2010. Dicapai pada 15 April 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]