Expo 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Expo 2010

170px

Expo 2010 logo
Cina Tradisional:

中國2010年上海世界博覽會

Cina Ringkas:

中国2010年上海世界博览会

Nama Cina alternatif
Tulisan Tradisional:

上海世博會

Tulisan Ringkas:

上海世博会

Expo 2010 (nama rasmi Expo 2010 Shanghai China) diadakan di kedua-dua tebing Sungai Huangpu di bandaraya Shanghai, Republik Rakyat China, dari 1 Mei hingga 31 Oktober 2010, dengan tema "Better City – Better Life" serta melambangkan taraf baru Shanghai sebagai "bandaraya dunia terunggul akan datang" pada abad ke-21.[1] Logo ekspo ini mengetengahkan aksara Cina 世 ('dunia', pinyin: "shì") yang diubah bentuknya untuk menyerupai tiga orang berganding bahu dengan tahun 2010. Inilah Expo termahal dalam sejarah pesta dunia dan juga mengisi tapak pesta dunia terbesar dalam sejarah iaitu 5.28 km persegi.[2]

Lebih 190 negara dan lebih 50 pertubuhan antarabangsa telah berdaftar untuk menyertai Shanghai World Expo ini. Negara China dijangka menyambut seramai 100 pemimpin negara luar dan jutaan orang dari seluruh dunia untuk mengunjungi World Expo ini. Lebih 70–100 juta pelawat dijangka melawati ekspo ini.[3][4]

Balai pameran bertema[sunting | sunting sumber]

Di Expo 2010, terdapat lima balai pameran bertema utama yang menerokai pelbagai segi pembangunan bandar, iaitu Urban Footprints, Urban Planet, Urban Dwellers, Urban Beings, dan Urban Dreams.[5]

Sesetengah balai pameran bertema ini terletak di dalam bangunan pameran pusat binaan pihak tuan rumah China sendiri yang menjadi struktur seumpamanya yang terbesar dalam sejarah eksposisi dunia dengan keluasan 11.5 hektar. Bangunan berkenaan terletak di Expo Axis, berhadapan dengan balai pameran negara China. Jumlah ruang pamerannya adalah 80,000 meter persegi, termasuk sebuah bilik berbilang fungsi berkeluasan 7,000 meter persegi di tengah-tengah bangunan yang diisi dewan sambut tetamu yang menjadi penghubung antara balai-balai pameran. Pembinaan luaran bangunan ini siap pada September 2009, diikuti kerja pembinaan dalamannya.[6]

Urban Footprints[sunting | sunting sumber]

Konsep dan rekabentuk balai Urban Footprints disumbangkan oleh Muzium Shanghai. Balai pameran ini memaparkan pertumbuhan bandaraya sebagai faktor utama kemajuan insan sepanjang zaman. Pamerannya terdiri daripada empat segmen, iaitu "City Origins", "Urban Development", dan "City Wisdom" dalam tiga bilik dan "Ideal Fantasy City" dalam lobi berkeluasan 3,000 meter persegi yang menggabungkan ciri-ciri Timur dan Barat. Pameran ini memanfaatkan teknologi tercanggih dan bahan tinggalan kebudayaan yang dipinjam dari muzium-muzium antarabangsa. Pihak penganjur menghuraikan konsep pembentangan evolusi bandaraya mereka sebagai "inspirasi kepada pembangunan bandar masa depan."[7]

Urban Planet[sunting | sunting sumber]

Balai Urban Planet, November 2008

Balai pameran Urban Planet terletak di bangunan pameran pusat di Expo Axis. Konsep dan rekabentuknya disumbangkan oleh agensi perhubungan Jerman, Triad Berlin Projektgesellschaft, yang pernah mereka bina sebuah balai pameran di Expo 2000 di Hanover. Setelah mengetepikan lebih 150 pesaing lain dalam peraduan pembidaan antarabangsa, Triad Berlin bertanggungjawab dalam pengurusan pembinaan serta penyeliaan aspek kesenian balai pamera, di samping bekerjasama dengan rakan-rakan seniaga di China.[8]

Dengan jumlah keluasan lantai pada 12,000 meter persegi, balai Urban Planet mengutarakan proses-proses pembandaran yang rumit. Menurut penjelasan pihak pereka binanya, pemandangannya menggabungkan kaedah bentuk seni Barat dengan gagasan yang diwarisi dari feng shui Cina. Dalam feng shui, proses-proses kehidupan dinamik boleh melahirkan keharmonian sesama unsur-unsur, tetapi juga boleh melepaskan kuasa pemusnah. Berdasarkan gagasan ini, pameran ini bercirikan struktur dikotomi yang menggambarkan perwatakan bandaraya bermuka dua sebagai pemakan alam sekitar dan juga tapak inovasi dan teknologi demi pembaharuan ekologi untuk masa depan.[9]

Di bahagian pertama pameran terdapat sebatang "Road of Crisis" yang terdiri daripada lima babak yang mencerminkan keupayaan bandaraya sebagai pemunsah, ancaman terhadap ekosistem, dan penghabisan sumber alam di Bumi. Tujuannya adalah mendepankan para pengunjung dengan persoalan cara kehidupan mereka pada masa depan. Kelima-lima babak tersebut berpadanan dengan lima unsur dalam falsafah Cina, iaitu: Air − Api − Logam − Kayu − Tanah.[10] Dalam bahagian kedua pameran, "Road of Solution" menawarkan cadangan mendekati kepada masalah-masalah tersebut, seperti contoh-contoh amalan terbaik, inovasi teknologi, dan inisiatif dan ketetapan politik yang memegang pelbagai pilihan yang ada dalam perjalanan transformasi ekologi. Para pelawat boleh juga mencari petua-petua kesedaran ekologi dalam kehidupan seharian.[10]

Urban Dwellers[sunting | sunting sumber]

Konsep balai pameran Urban Dwellers disumbangkan oleh agensi pereka Belanda, Herman Kossmann, dan memberi tumpuan kepada para penduduk bandaraya moden. Menurut Kossmann, prinsip panduannya adalah kesedaran bahawa perancang bandaraya harus memenuhi keperluan penting para penduduknya sebagai "prasyarat pembangunan mapan bandaraya."[11]

Di balai Urban Dwellers, klip video ditayangkan untuk menceritakan kisah-kisah enam keluarga contoh dari enam benua, iaitu Paris (Eropah), São Paulo (Amerika Selatan), Phoenix, Arizona (Amerika Utara), Lijiang, Yunnan (Asia), Melbourne (Oseania), dan Ouagadougou (Afrika). Keadaan hidup keenam-enam keluarga ini disampaikan dalam lima babak yang bertumpu pada isu-isu rumah, kerja, hubungan, pendidikan dan kesihatan.[11]

Urban Beings[sunting | sunting sumber]

Peraduan pembidaan balai pameran Urban Beings dimenangi oleh cadangan bersama Akademi Kesenian Halus China dan Land Design Studio di London. Pamerannya membincangkan perkembangan prasarana di bandaraya moden, membentangkan rangkaian lalulintas, bekalan air dan tenaga yang rumit sebagai unsur-unsur teras dalam "organisme" bandar. Balai ini terletak di dalam bangunan pameran pusat di Expo Axis.[12]

Bilik-bilik pamerannya diisi sebuah "Dynamic Station" yang mengimbau seni bina stesen keretapi besar pada awal abad ke-20, dengan model-model keretapi dari zaman ke zaman. Pengunjung juga melalui sebatang "Circular Pipeline", di mana terlihatnya kerja-kerja prasarana bawah tanah bandaraya yang selalunya tidak kelihatan di mata awam. Di "Soul Square", sebuah teater besar dengan tujuh layar berlipat dan tirai lelangit 7000 meter persegi, ditayangkannya klip video 8 minit yang terakam gambar-gambar indah.[13]

Urban Dreams[sunting | sunting sumber]

Balai pameran Urban Dreams terletak di sebuah stesen jana kuasa awal abad ke-20 yang dibina semula khusus untuk acara ini. Pamerannya direka oleh agensi Ingeniaqued dari Sepanyol bersama seniman China, Bu Hua. Konsepnya melibatkan imaginasi mengembara ke masa depan dengan wawasan wujudnya peluang membangunkan bandaraya bandaraya yang senang dihuni hasil gabungan kemajuan teknologi dan tradisi.[14]

Dalam kelima-lima bilik pamerannya terdapat contoh-contoh penyelesaian mapan untuk masalah-masalah kehidupan bandar, lalulintas, bekalan tengaga dan perancangan bandar, dengan menyebut beberapa amalan inovasi tertentu di bandaraya-bandaraya seperti Beijing, Kōbe, Freiburg im Breisgau, Canberra dan San Diego. Titik utama pameran ini ialah sebuah filem animasi dunia fantasi berwarna-warni yang ditayangkan dalam sebuah dewan berketinggian 35 meter.[15]

Balai pameran negara[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Balai pameran Malaysia terletak di Zon B, dalam bentuk rumah Minangkabau berkeluasan kira-kira 3,000 meter persegi[16] yang membawa tema "1Malaysia - City Harmonious Living". Balai Malaysia diperbuat daripada bahan tempatan termasuk getah, kayu-kayan dan kelapa sawit yang mesra alam dan boleh dikitar semula.[17] Antara tarikannya termasuk persembahan tarian kebudayaan 47 kaum etnik, pameran hasil warisan dan kesenian tradisional, hidangan masakan tempatan dan simulasi menaiki lif di Menara Berkembar Petronas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. China Rules the World at Expo 2010
  2. "Shanghai World Expo showcases China's soft power". Associated Press. Diarkibkan daripada asal pada 2010-04-30. 
  3. Chinese FM says World Expo a diplomacy priority
  4. [http://www.engineeringnews.co.za/article/xxx-2010-03-23 China to host world’s first green energy expo next month]
  5. An Introduction to the Theme Pavilions of the Expo 2010. Dalam: Shanghai Expo Magazine. Isu 6/2009.
  6. Theme Pavilion Saw the Successful Completion of Its Construction. Dalam: Shanghai Expo Magazine. Isu 11/2009.
  7. The Urban Footprints Pavilion. Recap of History, Inspire the Future. Dalam: Shanghai Expo Magazine. Isu 6/2009.
  8. An Urban Planet. Dalam: Business Forum China. pp. 79–80.
  9. An Urban Planet. Dalam: Business Forum China. pp. 79–80. „Urban Planet" Pavillon auf der Expo Shanghai 2010. Website of the Triad Berlin Projektgesellschaft. PDF, 1 MB (in German).
  10. 10.0 10.1 An Urban Planet. Dalam: Business Forum China. pp. 79–80. „Urban Planet" Pavillon auf der Expo Shanghai 2010. PDF, 1 MB (in German).
  11. 11.0 11.1 The Urban Dwellers Pavilion. Various Stories of 6 Families Dalam: Shanghai Expo Magazine. Isu 6/2009.
  12. An Introduction to the Theme Pavilions of the Expo 2010. Dalam: Shanghai Expo Magazine. Isu 6/2009. The Urban Beings Pavilion. Logic of Life. Dalam: Shanghai Expo Magazine. Isu 6/2009.
  13. The Urban Beings Pavilion. Logic of Life. Dalam: Shanghai Expo Magazine. Isu 6/2009.
  14. The Urban Dreams Pavilion. Dream Guides City's Future. Dalam: Shanghai Expo Magazine. Isu 6/2009.
  15. The Urban Dreams Pavilion. Dalam: Shanghai Expo Magazine. Isu 6/2009.
  16. Expo 2010: Malaysia Pavilion
  17. Malaysia Pamer Keistimewaan Dan Kekuatannya Yang Tersendiri Di World Expo Shanghai, Bernama, 1 Mei 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]