Eyong Enoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eyong Enoh
Maklumat peribadi
Nama penuh Eyong Tarkang Enoh[1]
Tarikh lahir (1986-03-23) 23 Mac 1986 (umur 38)
Tempat lahir Kumba, Cameroon
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Standard Liège
Nombor 21
Kerjaya remaja
2002 Université de Buéa
2002–2003 Little Foot FC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Mount Cameroon FC 18 (4)
2004–2005 Mağusa Türk Gücü 36 (1)
2005–2006 Türk Ocağı Limasol 0 (0)
2006–2008 Ajax Cape Town 36 (1)
2008–2014 Ajax 98 (3)
2013Fulham (pinjaman) 9 (0)
2013Jong Ajax 9 (0)
2014Antalyaspor (pinjaman) 8 (0)
2014– Standard Liège 3 (0)
Pasukan kebangsaan
2009– Cameroon 38 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Jun 2014

Eyong Tarkang Enoh (lahir 23 Mac 1986) merupakan pemain bola sepak Cameroon yang kini bermain untuk Standard Liège dan untuk pasukan kebangsaan Cameroon. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Mount Cameroon FC[sunting | sunting sumber]

Enoh memulakan kerjaya bola sepaknya di kelab remaja Little Foot FC from Tiko. Selepas satu musim bermain di Little Foot FC, Enoh berpindah ke Mount Cameroon FC untuk musim the 2003–2004 yang bermain di Divisyen Perdana Cameroon, liga bola sepak teratas pada tanah airnya. Ketika di Mount Cameroon, beliau diberi nama samaran, Verón, kerana aksi beliau kelihatan serupa dengan pemain tengah Argentina, Juan Sebastián Verón.

Mağusa Türk Gücü[sunting | sunting sumber]

Enoh berhijrah ke Mağusa Türk Gücü S.K., sebuah kelab dari Cyprus Utara. Beliau bermain 36 perlawanan liga dan menjaringkan enam gol. Selepas satu musim, beliau berpindah ke Türk Ocağı Limasol, juga kelab di Cyprus Utara. Enoh tidak dapat bermain bersama kelab barunya.

Ajax Cape Town[sunting | sunting sumber]

Selepas tidak gembira di Cyprus Utara, Enoh kembali ke Cameroon dan menandatangani kelab Afrika Selatan, Ajax Cape Town pada musim panas 2006, yang bermain di Premier Soccer League. Pada musim pertamanya di Cape Town, Enoh membuat sembilan penampilan. Pada musim panas 2008, Enoh menjelajah ke Eropah termasuk Perancis, Denmark, Sweden, England tetapi tidak mendapat tawaran baru. Beliau mendapat tawaran dari Maccabi Haifa di Israel tetapi beliau tidak mengikut terma.[2] Harry Redknapp ingin menandatangani pemain Cameroon itu ke Portsmouth tetapi Enoh tidak mendapat pelepasan kerja di England.[3]

Ajax[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2008, beliau menandatangani kontrak dua tahun bersama Ajax. Enoh menjadi pemain Cameroon pertama yang pernah bermain untuk Ajax. Beliau membuat debut untuk Ajax pada 21 September 2008 menentang Feyenoord. Beliau menjaringkan gol pertamanya di Piala UEFA ketika menentang Olympique Marseille pada 18 Mac 2009. Ketika Frank de Boer mengambil alih sebagai pengurus, Enoh dilihat tidak diberi peluang untuk bermain dan lebih digunakan sebagai pemain gantian.

Enoh menandatangani kelab Liga Perdana Inggeris, Fulham secara pinjaman sehingga penghujung musim pada 31 Januari 2013.[4] Beliau membuat debut untuk Fulham ketika menang 1-0 ke atas Tottenham Hotspur pada 17 Mac 2013.[5]

Enoh kembali ke Ajax pada 11 Julai 2013 dan di mana beliau diberi jersi nombor 26.[6] Olympiakos dan Kasımpaşa telah berminat untuk menandatangani pemain tengah Cameroon itu.[7]

Sebelum beliau ingin berpindah ke Antalyaspor, Enoh telah membuat 98 penampilan liga dan menjaringkan tiga gol. Beliau bermain 13 perlawanan untuk Piala KNVB dan membuat 36 penampilan di pentas Eropah sambil menjaringkan satu gol. Beliau juga mengambil bahagian hanya sekali di Perisai Johan Cruijff.[8]

Pada 11 Januari 2014, Enoh dilaporkan telah menandatangani kelab Turki, Antalya. Ajax menerima bayaran pemindahan itu sebanyak 600.000euro. Beliau membuat debut pada Piala Turki menentang Galatasaray S.K., seri 1-1.

Standard Liège[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Ogos 2014, selepas hanya sebulan berpindah ke Antalyaspor, Enoh dilaporkan ke kelab Liga Pro Belgium, Standard Liège dan menandatangani kontrak dua tahun. Bayaran pemindahan itu tidak diketahui.[9] Pada 5 Oktober 2014, Enoh membuat debut untuk kelab barunya menentang Club Brugge. Beliau kemudian dibuang padang selepas menerjah keras ke atas pemain Ruud Vormer selepas 10 minit perlawanan dan perlawanan itu berkesudahan tewas 3-0[10]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Enoh membuat debut untuk pasukan kebangsaan Cameroon pada 7 Jun 2009 menentang Maghribi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014, seri 0-0.[11] Beliau kemudian dipanggil untuk ke kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2010 di Angola. Beliau memakai jersi 18.

Enoh bermain untuk Cameroon yang layak ke Piala Dunia FIFA 2010 dan membuat debut Piala Dunia pada perlawanan pembukaan kumpulan E menentang Jepun, tewas 1-0.[12] Beliau kemudian bermain dua lagi perlawanan peringkat kumpulan menentang Denmark dan Belanda. Cameroon kemudian tersingkir pada kejohanan itu selepas tewas tiga kali berturut-turut.

Pada 26 Ogos 2010, Enoh menjadi naib kapten pasukan kebangsaan Cameroon di belakang Nicolas N'Koulou. Pada 17 November 2013, Enoh bermain untuk Cameroon menewaskan Tunisia, 4-1 untuk layak ke Piala Dunia FIFA 2014 dan kejohanan Piala Dunia 2014 merupakan kali ketujuh Cameroon layak ke Piala Dunia FIFA.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 23 Jun 2014
Pasukan kebangsaan Cameroon
Tahun Kmncln Gol
2009 7 0
2010 11 1
2011 8 1
2012 1 0
2013 6 0
2014 5 0
Jumlah 38 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
29 Mei 2010 Klagenfurt, Austria  Slovenia
1–1
1–1
Persahabatan
2
11 November 2011 Marrakesh, Maghribi  Maghribi
1–0
3-1
Persahabatan

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 9 November 2014
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Cameroon Mount Cameroon 2003–04 18 4 - - - - 18 4
Jumlah 18 4 - - - - 18 4
Republik Turki Cyprus Utara Mağusa Türk Gücü 2004–05 36 1 - - - - 36 1
Jumlah 36 1 - - - - 36 1
Republik Turki Cyprus Utara Türk Ocağı Limasol 2005–06 0 0 - - - - 0 0
Jumlah 0 0 - - - - 0 0
Afrika Selatan Ajax Cape Town 2006–07 9 0 - - 9 0
2007–08 27 1 - - 27 1
Jumlah 36 1 - - - - 36 1
Belanda Ajax Amsterdam 2008–09 19 1 0 5 1 25 2
2009–10 27 1 5 0 9 0 41 1
2010–11 27 1 0 13 0 45 1
2011–12 22 0 2 0 5 0 29 0
2012–13 3 0 2 0 4 0 9 0
Jumlah 98 3 14 0 36 1 149 4
England Fulham 2012–13 9 0 - - - - 9 0
Jumlah 9 0 - - - - 9 0
Belanda Jong Ajax 2013–14 9 0 - - - - 9 0
Jumlah 9 0 - - - - 9 0
Turki Antalyaspor 2013–14 8 0 2 0 - - 10 0
Jumlah 8 0 2 0 - - 10 0
Belgium Standard Liège 2014–15 3 0 - - - - 3 0
Jumlah 3 0 - - - - 3 0
Jumlah kerjaya 217 9 16 0 36 1 270 10

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax Cape Town
  • Nedbank Cup (1): 2007
Ajax Amsterdam

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Eyong Enoh". Worldfootball.net. Dicapai pada 13 April 2010.
  2. ^ "Enoh hopeful of Maccabi move". Kickoff.com. Dicapai pada 22 July 2008.
  3. ^ "Enoh will not be joining Pompey". Kickoff.com. Dicapai pada 31 July 2008.
  4. ^ "White Move for Enoh". Fulham FC. Dicapai pada 31 January 2013.
  5. ^ "Tottenham 0 – 1 Fulham". BBC Sport. Dicapai pada 17 March 2013.
  6. ^ "Enoh terug op het trainingsveld bij Ajax". Ajax Inside. Dicapai pada 31 July 2013.
  7. ^ "Ajax geeft begeerde Enoh toestemming voor gesprekken". Voetbalzone.nl. Dicapai pada 31 July 2013.
  8. ^ Eyong Enoh statistics
  9. ^ Enoh vertrekt naar Standard Luik
  10. ^ Enoh krijgt rood bij debuut
  11. ^ Cameroon vs. Morocco 0–0
  12. ^ Japan vs. Cameroon 1–0