FELDA New Zealand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

FELDA New Zealand atau Kampung New Zealand merupakan sebuah petempatan FELDA di Pahang, Malaysia. FELDA ini dinamakan bersempena negara New Zealand dan terletak 10 km dari bandar Maran.

Asal usul nama FELDA New Zealand[sunting | sunting sumber]

PM Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan juru ukur terawal bagi pelan pembukaan tanah Felda Kg New Zealand yang juga berasal dari New Zealand.

Mengikut cerita lisan orang-orang Maran dan peneroka kampung New Zealand sendiri, perkampungan ini sewaktu dijadikan tanah rancangan ( FELDA ), mendapat bantuan dari kerajaan New Zealand. Sumbangan pembukaan tanah rancangan disalurkan melalui kedutaan New Zealand di Kuala Lumpur. Lebih dari itu, juruukur terawal bagi pelan pembukaan tanah Felda juga berasal dari New Zealand. Atas dasar sumbangan dan bantuan inilah perkampungan ini dinamakan Kampung New Zealand. Namun begitu, satu versi cerita lain yang mengatakan perkampungan ini dibuka oleh orang asli Maori yang berasal dari New Zealand. Walaubagaimanapun kenyataan kedua ini tidak dapat ditentu sahihkan dengan tepat, kerana tidak wujud sebarang catatan mengenai pendudukan besar-besaran penduduk Maori di desa New Zealand dari dahulu hingga kini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]