Felda Siantan Jengka 19

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari FELDA Siantan Jengka 19)

FELDA Siantan Jengka 19 merupakan sebuah kampung (FELDA) yang terletak di Bandar Jengka, Pahang.

Jengka 19, atau nama bunganya "Siantan", merupakan salah satu tanah rancangan FELDA yang terletak di dalam gugusan Jengka. Ia terletak di antara Felda Sg. Nerek and Jengka 18 melalui jalan Kg Awah-Bandar Pusat Jengka. Secara amnya, Jengka 19 bersempadan dengan Jengka 18, Felda Sg Nerek, and kampung-kampung tradisional di kawasan Chenor and juga sekitar Sungai Pahang.

Jengka 19 mempunyai kira-kira 500 keluarga atau lebih. Terdapat sebuah sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 19), sebuah masjid, sebuah sekolah agama rakyat, sebuah balai raya, sebuah dewan serbaguna, sebuah taska, sebuah taman rekreasi, sebuah kolam ternakan ikan atau juga kolam pancing, beberapa deretan kedai di simpang masuk utama ke Jengka 19,stesen minyak SMART yang baru dibuka dan juga beberapa kedai runcit di sekitar kawasan penempatan di sini.

Kebanyakan generasi asal keluarga di Jengka 19 sudah berumur dan tugas-tugas pengurusan ladang sama ada dikendalikan oleh FELDA atau generasi kedua/ketiga keluarga di sini. Kebanyakan anak-anak peneroka (generasi kedua) bekerja di luar tanah rancangan sama ada di bandar-bandar ataupun di kawasan sekitarnya. Disebabkan peningkatan taraf pendidikan anak-anak peneroka ini, ramai yang telah bekerja dan menjawat pelbagai jawatan di sektor awam dan swasta di serata Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]